Divide et Impera.

Divide et Impera adalah salah satu istilah strategi perang yang dikembangkan oleh tentera untuk membolehkan mereka memenangi peperangan. Istilah itu kemudiannya dikembangkan dalam strategi kolonialisme setelah merasakan ia adalah cara terbaik dan berkesan untuk menakluki sesebuah wilayah, serta menguasainya untuk jangka panjang.

Dalam bahasa Inggeris, istilah tersebut diterjemahkan kepada ‘divide and rule’ atau dalam bahasa Melayu ialah ‘pecah dan perintah’. Istilah ini mula diperkenalkan oleh Julius Ceaser, dan dilakukan olehnya semasa membina Empayar Rom. Caranya, untuk mendapatkan kuasa, ia memerlukan satu tindakan keras memecahbelahkan sesuatu kawasan atau kumpulan orang. Tanpa tindakan tersebut, sesuatu wilayah adalah sukar untuk dikuasai. Begitu dengan kekuatan atau kesatuan manusia.

Dalam persekitaran yang lain, untuk menguasai sesebuah kelompok yang besar atau kuat, tindakan pertama harus dilakukan ialah pecahkan kelompok-kelompok itu dalam kumpulan kecil. Untuk menjadikan kelompok besar kepada beberapa kelompok kecil, peranan komunikasi propaganda adalah sangat penting dan mustahak.

Dalam propaganda, ia dapat dipecahkan dengan mengeluarkan mesej yang berbeza atau dilihat hampir berbeza. Tujuannya, perbezaan yang diuar-uarkan itu akan menyebabkan timbulnya percanggahan pendirian, yang kemudiannya, menyebabkan berlakunya keberpihakan kepada sesuatu pendirian. Dalam politik, tindakan tersebut dikenali sebagai ‘adu domba’, sentiasa berlaku konflik dan percanggahan.

Strategi tersebut telah digunakan oleh kuasa kolonial untuk mengekalkan kedudukannya sebagai pemerintah di wilayah-wilayah yang dikuasainya. Di Tanah Melayu, Inggeris yang mula bertapak pada tahun 1786 menerusi pembukaan Pulau Pinang, mencapai kata sepakat dengan lain-lain kuasa kolonial untuk tidak menyerang satu sama lain. Dengan Belanda, Inggeris menandatangani satu perjanjian pada tahun 1824, iaitu membahagi-bahagikan wilayah Melayu di antara mereka.

Indonesia diberikan hak kepada Belanda, Tanah Melayu dan Borneo Utara kepada Inggeris. Inggeris dan Belanda tidak akan memperluaskan jajahannya ke Filipina, kerana rantau itu diberikan kepada Sepanyol. Begitu juga wilayah Indochina diserahkan kepada Perancis. Sebelumnya, kuasa-kuasa Eropah: Portugis, Belanda, Sepanyol, Perancis dan Inggeris saling berperang.

Selepas menyedari bahawa peperangan antara kuasa penjajah sangat tidak menguntungkan, kuasa-kuasa tersebut membuat keputusan tidak akan berperang sesama sendiri, sebaliknya mengukuhkan kedudukan masing-masing di wilayah yang dijajahnya dengan mengadakan beberapa perjanjian dan ketetapan.

Selepas tidak adanya ancaman antara kuasa penjajah, mereka mula membentuk kolonialisme di wilayah-wilayah yang dikuasainya dengan cara melakukan ‘pecah dan perintah’ ke atas penduduk tempatan. Langkah pertama dilakukan ialah memerhatikan faktor-faktor yang berkaitan dengan kekuatan politi setempat dan memahami kelemahan-kelemahannya. Setelah itu, bila munculnya krisis, misalnya perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin tempatan, penjajah akan mula campur tangan dengan alasan untuk membantu menyelesaikan krisis.

Apa yang berlaku ialah penjajah akan menyokong satu pihak, kebiasaannya pihak yang disokong itu adalah tokoh yang tidak bersetuju dengan keputusan yang sudah dilakukan oleh lembaga atau kumpulan yang membuat keputusan. Akhirnya, penjajah akan memberikan tekanan kepada pemimpin yang baharu dipilih, dan jika tekanan itu membawa kepada pertentangan yang lebih besar, tiada persetujuan, maka pemimpin berkenaan akan dijatuhkan, pemimpin yang disokongnya akan dilantik sebagai pemimpin yang sah.

Kebiasaannya, pemimpin yang disokong itu adalah yang mesra penjajah atau boleh dijadikan pemangkin kepada pengekalan kuasa.  Atau, telah bersetuju dengan perkara-perkara yang ditetapkan termasuk melantik penjajah sebagai penasihat. Ini berlaku dalam sistem residen di Tanah Melayu, yang terpaksa diterima oleh Raja-Raja Melayu.

Selepas Perang Dunia II, sebahagian besar negara-negara yang dijajah sudah terlepas daripada pemerintahan kuasa kolonial menerusi perjuangan rakyat tempatan menuntut pembebasan atau kemerdekaan. Namun, dalam politik antarabangsa, wujud suatu pertubuhan yang pada awalnya kecil tetapi sangat berpengaruh. Kelompok tersebut, World Zionist Organization (ZO) telah ditubuhkan pada tahun 1897 selepas dipersetujui dalam Kongress Pertama pada tahun 1896 di Basel, Switzerland.

Hasrat utama WZO ialah menubuhkan sebuah negara untuk keturunan Yahudi di Palestin. Untuk membolehkan idea ini menjadi kenyataan, beberapa orang pemimpin Yahudi bekerja keras untuk mempengaruhi mereka yang berkuasa di Eropah, yang ketika itu masih menjadi kuasa kolonial yang berpengaruh. Antara kuasa kolonial yang berpengaruh ketika itu ialah Perancis dan Britain.

Disebabkan kuasa ekonomi dan sistem kewangan (perbankan) dikuasai oleh kapitalis Yahudi daripada keluarga Mayer Amschel Rothschild (1744–1812), maka ia cukup mudah dieksploitasikan. Arthur Balfour pada ketika itu merupakan seorang ahli parlimen konservatif (Manchester East) berkenalan dengan Lord Walter Rothschild, tokoh Yahudi yang cukup kaya di Britain setelah menjalin hubungan persahabatan terlebih dahulu dengan Dr Chaim Wisemann. Chaim Wisemann adalah tokoh Yahudi yang diberikan tanggungjawab untuk merealisasikan penubuhan Israel selepas kematian pengasas ZO, Theodore Herzyl pada tahun 1904.

Arthur Balfour menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Britain pada tahun 1902 sehingga 1905. Balfour kembali menduduki kabinet apabila tertubuhnya gabungan baharu pada bulan Disember 1916 dan dilantik sebagai Setiausaha Luar Britain.  Pada 18 Julai 1917, Lord Walter Rothschild menulis surat kepada Arthur Balfour bahawa WZO bercadang menubuhkan sebuah negara Yahudi dan kemudian surat itu tersebar kepada sebahagian besar ahli kabinet. Arthur Balfour bersetuju dan kemudiannya kendapat persetujuan kabinet Britain pada 31 Oktober 1917.  Pada 2 November 1917, jawapan peretujuan tersebut dikenali sebagai Deklarasi Balfour.

Sebelumnya, sudah ada perjanjian antara Perancis dan Britain mengenai pembahagian kawasan secara rahsia wilayah takluk di Timur Tengah. Ini membuktikan bahawa Perancis dan Britain adalah perancang utama dalam Perang Dunia I di mana kemenangan yang dijangka diperoleh itu akan digunakan untuk memecahbelahkan wilayah yang dikuasai oleh Empayar Uthmaniyyah. Ia sebenarnya membawa mandat WZO yang sebelumnya permohonan Theodore Herzyl untuk mendapatkan sebidang tanah di Palestin bagi menubuhkan negara Israel ditolak oleh Sultan Abdul Hamid II.

Negara-negara barat (Britain dan Perncis) juga mempunyai dendam yang besar terhadap Empayar Uthmaniyyah kerana telah banyak memalukan kuasa-kuasa  barat dalam beberapa siri Perang Salib. Sebahagian kemenangan dalam peperangan tersebut dimenangi oleh tentera Islam dan yang paling mengecewakan ialah kecekapan Salehudin al-Ayubbi berjaya menawan beberapa buah kota yang dikuasai oleh tentera Salib, termasuk Baitulmaqdis. Kemenangan itu menyebabkan Britain mencetuskan Perang Salib III pada tahun 1191.

Selepas hampir tiga ratus tahun kemudian, muncul seorang lagi panglima yang cukup terkenal, iaitu Muhammad al-Fateh, yang kemudiannya berjaya merampas Constantinapole (Istanbul) daripada Empayar Byzantine pada usia 21 tahun (1453). Muhamad al-Fateh kemudiannya berusaha untuk menduduki Serbia, yang kemudiannya dapat ditawan pada Jun 1459 setelah menawan Smederevo. Kejayaan ini telah menghancurkan tamadun Serbia.

Rentetan daripada kejayaan tentera Islam mengalahkan kuasa barat menjadikan barat cukup berdendam dengan Islam, yang akhirnya, mereka berusaha menumbangkan Uthmaniyyah, dengan merancang memasuki Perang Dunia I. Uthmaniyyah yang termasuk dalam perangkap Britain dan Perancis kemudiannya terpaksa menerima tekanan di mana beberapa wilayah yang dibawah Uthmaniyyah telah berjaya dikuasai, termasuk Palestin.

Britain kemudiannya membentuk Mandat Palestin dan seterusnya memberikan kuasa itu kepada Amerika Syarikat sebaik sahaja selesai Perang Dunia II. Amerika Syarikat telah muncul sebagai satu kuasa yang kuat, manakala Britain semakin memperkecilkan peranannya kerana berhadapan dengan masalah kewangan dan pembiayaan pentadbiran wilayah-wilayah yang dikuasainya.

Mandat Palestin itulah kemudiannya digunakan untuk menubuhkan Israel dengan sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Liga Bangsa-Bangsa) pada 14 Mei 1948. Wilayah Palestin kemudiannya dibahagikan kepada dua, dibawah kuasa Israel diberikan keluasan tanah sebanyak 55 peratus dan untuk Palestin sebanyak 45 peratus. Namun, Israel tidak pernah cukup dengan apa yang diberikan, dan setiap hari berusaha untuk merampas setiap inci tanah penduduk Palestin sehinggalah kedudukannya tanah milik Palestin hanya tinggal sekitar 20 peratus daripada keluasannya.

Ia dirampas secara paksa, dan bila timbulnya konflik dengan penduduk Palestin, Israel menguasai secara kejam wilayah-wilayah tersebut. Tanpa mempedulikan kecaman masyarakat antarabangsa, Israel terus menjarah tanah milik Palestin, dan konflik yang berlaku pada 10 Mei 2021 adalah berpunca daripada tindakan ganas memaksa penduduk Sheikh Jarrah menyerahkan rumah dan tanah untuk dibina penempatan baharu Yahudi.

Dengan cara itu, Israel dapat menguasai Palestin. Keturuan Arab yang menjadi penduduk asal Palestin sebahagiannya terpaksa menjadi pelarian di bebarap buah negara terdekat, manakala tindakan tentera Israel membunuh kanak-kanak dan wanita dikaitkan dengan rancangan zalim penghapusan etnik.

Tindak tanduk dan strategi pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh Israel akhirnya terdedah apabila Oded Yinon menulisnya dan diterbitkan dalam sebuah jurnal berbahasa Ibrani, Kivunim pada bulan Februari 1982. Oded Yinon adalah bekas penasihat kepada Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel 2001-2006. Oded Yinon menjadi penasihat semasa  Ariel Sharon adalah pegawai kanan di Kementerian Luar Negeri Israel. Tulisan itu kemudiannya dikenali sebagai Yinon Plan atau Rancangan Yinon. (Bersambung)

MONOSIN SOBRI

Translate »