Usaha menjatuhkan Hafiz al-Assad terus dilaksanakan, Amerika Syarikat dan sekutunya  menyokong dan membekalkan senjata kepada kumpulan pemberontak. Yaman dikeronyok oleh Arab Saudi. Kini, hanya tinggal Turki dan Iran. Sudan sudah dipecahbelahkan,  dengan bantuan PBB, negara itu terbelah dua, Sudan Utara (majoriti Muslim) dan  Republik Sudan Selatan (majoriti Kristian).

Dajal merupakan golongan yang sangat cenderung kepada fitnah dan setelah Islam muncul, ia difahami dengan lebih baik. Sebelumnya, dajal muncul sebagai makhluk asing yang tidak dikenali. Nabi Muhammad SAW menjelaskan: Tidak ada satu makhluk sejak Adam diciptakan sampai ke hari kiamat nanti, yang ujiannya lebih besar daripada dajjal.” (hadis riwayat Muslim).

Dajal, seperti juga kisah Namrud, seorang raja yang berkuasa di Babylon. Namrud mengakui dirinya sebagai Tuhan dan memerintahkan tenteranya membakar Nabi Ibrahim AS setelah berjaya menyebarkan fitnah.

Kini kisah dajal tampil dalam pelbagai wajah dan imej. Dajal menurut Ibnu Dihyah al-Hafiz dari segi istilah, dajal mempunyai ‘sepuluh bentuk maksud’. Antaranya;  menipu manusia;  menutupi bumi dengan kepalsuan, menginjak bumi bagi membangunkan kebencian (kecual Mekah dan Madinah); menyebarkan nilai-nilai kehidupan penuh kelekaan, kelalaian dan kefasikan; dan  membawa cahaya bagi mengaburi mata manusia (iluminati). (Nurani Maarif, (2016), Dajjal Rising, hal.3-4).

Dalam hadis yang lain, Nabi Muhammad SAW memperincikan sosok dajal, iaitu: Sesungguhnya dia (dajal) adalah seorang pemuda yang sangat kerinting rambutnya, matanya tersembul keluar, seolah-olah saya menganggapnya dia menyerupai dengan Uzza bin Qatan (salah seorang sahabat Baginda). (Riwayat Muslim).  Gambaran tersebut membenarkan apa yang telah diceritakan oleh Taman ad-Dari, akan hadir seorang manusia untuk menjajah manusia, iaitu seorang lelaki (pemuda) .

Ibnu Hajar Asqalani pula menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: Dajal akan keluar dari kampong Yahuddiyah di Asfahan di mana bersamanya terdapat 70,000 orang Yahudi.”

Dajal pernah dilaporkan sebagai seorang lelaki yang bermata satu. Hal ini seperti suatu kebanggaan kepada seorang pemimpin Israel, yang memakai penutup mata (sebelah kiri), Mosye Dayan. Beliau merupakan pemimpin tentera Israel yang cukup dihormati kerana kejayaannya mengalahkan pakatan negara-negara Arab dalam Perang Enam Hari 1967). Beliau turut terkenal kerana berperanan dalam memuktamadkan Perjanjian Damai Mesir-Israel.

Ketika Perang Enam Hari, Mosye Dayan adalah Menteri Pertahanan. Semasa pembentukan negara haram Israel, Mosye Dayan adalah komander Batalion 89, dan mengepalai serangan ke atas Lydda dan Ramla. Serangan ke atas Lydda telah mengorbankan 250 orang, manakala hanya empat orang askar Israel terkorban. Serangan tersebut dilihat sebagai sautu permulaan kejam Yahudi-Zionis.

Mosye Dayan turut terbabit dalam Perang Yom Kipur (6 Oktober 1973). Walaupun peperangan itu dilihat sangat tidak bersedianya tentera Israel, Mosye Dayan tidak dipertanggungjawabkan atas kekalahan tersebut. Sebaliknya, Golde Mier (PM Israel) dan Mosye Dayan dipaksa meletakkan jawatan.

Tahun 1977, Mosye Dayan dilantik sebagai Menteri Luar bagi mengusahakan pelan damai  di Timur Tengah. Tahun 1980, Mosye Dayan meletakkan jawatan apabila berbalah dengan  Menahim Begin, PM Israel.

Tahun 1981, menubuhkan Parti Telem dan memperjuangkan pemisahan Palestin kepada dua wilayah, Tebing Barat dan Segenting Gaza. Selepas beberapa bulan pilihan raya, Parti Telem yang memenangi dua kerusi Knesset, Mosye Dayan dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung (16 Oktober 1981).

Mosye Dayan sangat diingati oleh orang Arab akibat tafsirannya terhadap budaya Arab yang dikatakan tidak akan membaca apa yang ditulis oleh akhbar Israel, “usah dibimbangkan, kerana kalau pun golongan Arab (Islam)  membacanya, mereka tak habiskan, kalau habis pun mereka tak ingat, kalau  ingat pun, mereka tak buat, kalau buat pun mereka tak bersungguh, kalau  bersungguh pun mereka tak bersatu!”

Kata-kata itu memang ada benarnya. Setelah letih berperang dan berada di bawah naungan Amerika Syarikat, negara-negara Arab semakin berpecah, dan hanya bertegas untuk mempertahankan negara masing-masing. Hal inilah yang sangat mengecewakan, juga menyebabkan Pertubuhan Negara-Negara Islam (ditubuhkan 25 September 1969) semakin tidak bermaya untuk mempertahankan kedaulatan Palestin dan membawa suara umat Islam.

Selepas memasuki millennium ketiga, Amerika Syarikat dilihat semakin bermasalah. Jumlah hutangnya telah meningkat berkali ganda, manakala perusahan-perusahan Amerika Syarikat berhadapan dengan cabaran besar. Kemelesetan ekonomi pada tahun 2007 oleh krisis subprima, dan sebelumnya 1986, menyebabkan negara itu semakin terjejas imejnya. Pembabitannya sebagai ‘penaja peperangan’ dan campur tangan dalam banyak negara. Amerika Syarikat pernah digelas “negara haus darah”.

Kemunculan Donald Trump yang dikaitkan dengan white supremacy telah membangkitkan momentum kebencian baharu masyarakat dunia.  Kebencian itu diseret pula dengan sikapnya yang sangat cenderung mempertahankan negara haram Israel.

Kini, Amerika Syarikat perlu membaiki ‘kerosakan’ yang dilakukan oleh Donald Trump. Dalam peperangan terbaharu (Konflik Palestin-Yahudi Zionis), dasar Washington sangat jelas mempertahankan aksi brutal Zionis, dan ini bakal mengeruhkan lagi persepsi dunia Islam.

Amerika Syarikat berhadapan dengan pelbagai hubungan perdagangan yang kurang menyebelahinya, setelah perang perdagangan dengan China (misalnya kenaikan tariff dan tekanan terhadap syarikat telekomunikasi Huawei) bakal menjadikan Joe Biden terpaksa melihat semula dasar perdagangannya dengan China.

Masyarakat dunia mempunyai banyak pilihan dan tidak lagi bergantung kepada produk dari Amerika Syarikat. Dakwaan ke atas Huawei turut dianggap sebagai langkah terdesak, kerana sebahagian produk Amerika Syarikat bukan sahaja mahal bahkan teknologinya sedikit terkebelakang (contoh teknologi 5G).

Hampir semua produk alternatif sudah dikeluarkan oleh China dan dijangka masa yang diperlukan oleh China untuk memintas ekonomi Amerika Syarikat tidaklah terlalu lama. Pendakian kea rah itu sudah semakin dekat, setelah China semakin agresif membuat pelaburan luar dan memperbanyakkan produk eksport. Misalnya dalam industri kereta, China bukan lagi boleh dicap ‘mengeluarkan kereta yang ditiru’ bahkan  membeli mana-mana syarikat pengeluar kereta yang bermasalah (misalnya Volvo).

Peralihan ini bakal memperlihatkan kuasa hegemoni ekonomi Amerika Syarikat boleh berakhir. Tentunya peralihan sebegini akan sangat membimbangkan negara haram Israel. Bila  kedudukan Amerika Syarikat tergelonsor, godfather boleh bertubah menjadi ‘orang tua yang tidak bermaya’.

Israel perlu mempercepatkan kekuatan politiknya, dan kerana itulah pemimpin-pemimpinnya sangat ghairah untuk meneruskan proses pembersihan etnik Arab di Palestin. Itu juga menjadi sebab kenapa rundingan damai Palestin-Israel sering tergendala, bahkan setiap kali rundingan diusahakan, pemimpin Israel sangat cenderung dengan dasar imperialismenya.

Biarpun ada cadangan untuk meneruskan rundingan damai dua pihak untuk kali ini, rundingan itu tetap tidak akan mencapai kejayaan selagi Washington tidak bersedia membelakangkan atau menggertak Israel. Amerika Syarikat tidak sepatunya menyekat keinginan masyarakat dunia melihat pemimpin-pemimpin Israel diadili di Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana menzalimi penduduk Palestin.

Bukan sekali dilakukan, bahkan  selama 73 tahun menjarah bumi Palestin tidak ada tahun yang tidak ada peperangan. Paling memilukan ialah jenayah kemanusiaan terhadap penduduk Gaza selepas mereka memilih Hamas sebagai parti yang  boleh membentuk kerajaan yang sah. Kemenangan Hamas dinafikan oleh Israel dengan mengepung dan melancarkan serangan nuklear, serbuk berwarna putih (fosforus) dan dengan jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

Setiap kali Israel dikecam, Amerika Syarikat akan menggunakan kuasa veto (dalam Majlis Keselamatan PBB) dan ini sangat mengecewakan dan seterusnya menjadi pendorong kepada rejim Yahudi-Zionis untuk melakukan kekejaman. Sebab itulah ada yang berpendapat, dunia akan menjadi lebih aman sekiranya tiada lagi negara haram Israel, dan Yahudi-Zionis ditelan bumi.

Barangkali ada benarnya jika ramai yang percaya, dajal akan muncul dari negara haram Israel, kerana apa yang berlaku sekarang semakin hampir dengan tindakan yang dikaitkan dengan perangai dajal.

Mahanor Saleha.

 

Translate »