Negara haram Israel mendapat pengiktirafan secara rasmi daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 14 Mei 1948. Pengiktirafan itu membangkitkan kemarahan negara-negara Arab, negara-negara Islam dan juga sebahagian masyarakat antarabangsa atas alasan, PBB tidak wajar memberikan keturunan Yahudi bernegara kerana Yahudi yang menuntut itulah mereka yang berideologikan Zionis, satu pertubuhan yang sangat licik untuk berkuasa secara sepihak dan menakluki dunia menerusi doktrin “one world, one order’.
Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan dan menjayakan Yahudi sebagai ‘bangsa pilihan’ dan mana-mana kaum atau bangsa dibawah telapak kaki mereka atau sekurang-kurangnya pemikiran diarahkan kepada ‘kemuliaan Yahudi’, suatu kaum yang paling ramai dianugerahkan Tuhan dengan nabi-nabi dan ilmuan. Bahkan, tidak ada penciptaan dan idea yang tidak berakar-umbikan daripada pemikiran cendekiawan Yahudi, termasuklah pembinaan ideologi politik yang menjadi kerangka pentadbiran dan pemerintahan negara moden.
Namakan sahaja pemikir ulong yang sangat berprestasi. Sigmund Freud dengan teori psikoanalisa telah berjaya memerangkap pemikiran manusia dengan ‘pengaruh seks’ dan ‘odepus complexs”; Karl Marx dengan mazhab ekonomi dan sosial yang menentang kelas dalam masyarakat; keluarga Roschild dengan kaedah ekonomi yang sangat bergantung kepada penggunaan mata wang; Mark Zukerberg dengan kelekaan masyarakat dunia terhadap teknologi sosial digital (facebook, whatsapp, dan aplikasi perhubungan maya); atau Behn Meyer, Martin Burber dan sebagainya.
Martin Burber (1878-1965) pernah menyuarakan pandangan bahawa manusia tidak lagi berada dengan manusia untuk berdiri (atau membina kehidupan) sebagai jiran, melainkan hidup dengan stranger, Inilah yang berlaku dalam perspektif kehidupan individualistik, menolak perihal kepenting jiran sebagai penyokong kehidupan. Sikap individualistik itu membawa pula kepada ketidakpedulian awam (civic indifference), dan terus berkembang membengkak budaya konsumerisme.
Martin Burber mendapat asuhan Theodore Herzyl, bila mana ditugaskan untuk menyunting akhbar Zionis, Der Welt. Beliau kemudiannya sangat berbangga bila dapat memahami pemikiran Weizman mengenai “democratic fraction’ dan “cultural Zionists”. Tahun 1916 menerbitkan majalah Der Jude.
Semasa Pemberontakan Arab (1936–1939), akibat menguatkuasakan kouta migrasi ke Palestin oleh British, Burber menentangnya atas alasan ‘demographic parity’ daripada membantu menjadikan meningkatkan majoriti Yahudi di Palestin. Suara-suara yang dikumandangkan dalam beberapa persidangan, misalnya dalam Sidang Baltimore, mendesak agar diadakan dua kerakyatan (bi-national) kerana adalah lebih baik daripada membentuk Negara Yahudi di Palestin. Langkah itu adalah lebih baik bagi membina kebenaran moral, dan mempopularkan istilah ‘politics of authenticity’ dalam kalangan aktivis Zionis.
Identiti Yahudi bukan berasaskan kenegaraan seseorang, tetapi ia lebih bersifat keagamaan. Burber menjadi terkenal setelah menerima beberapa anugerh; juga menjadi tokoh yang disanjungi oleh tokoh perbandingan agama, Maurice Friedman (1921-2012); Walter Krugmann; pakar teologi Yahudi, Frenz Rosenweigh (1886-1929); dan ahli falsafah Perancis dan Yahudi, Emmanuel Levinas (1905-1995), berkenaan perkembanan falsafah Zionis (atau Yahudi). Burber akan terus diingat sebagai seorang tokoh yang banyak memperkatakan tentang budaya konsumer atau budaya popular, yang kini menyerang setiap individu, dan menjadi kebimbangan pemimpin Korea Utara apabila mengharamkan pemakaian seluar jeans ketat atau koyak (skinny) dan bergaya dengan rambut mullet.
Muhamad Asas (Leopold Weiss 1900-1992) yang cukup banyak meninggalkan kesan pemikiran dalam masyarakat Barat, juga Islam, sangat tidak bersetuju dengan apa yang berlaku dan dilakukan untuk menubuhkan negara haram Israel. Menurutnya, Chaim Weizmann (1922) ketika mereka bertemu, memperlihatkan Wiesmann “sedang bercakap tentang kesulitan kewangan yang sedang mengendalakan impian “Tanah Air Kebangsaan Yahudi” dan kekurangan sambutan orang luar negara terhadap impian ini; dan aku dapat rasakan bahawa di sepertimana Zionis yang lain, cenderung untuk memindahkan tanggungjawab moral akan apa yang sedang berlaku di Palestin kepada ‘dunia luar’. Hal ini mendesak aku memecah kesunyian sedang orang lain sedang khusyuk mendengar syarahannya.”
Selepas itu Weiss mengemukakan soalan kepada Wiesmann. Soalan itu berkaitan dengan keadaan masyarakat Arab, yang merupakan majoriti penduduk asal Palestin. Pertanyaan tersebut menyebabkan Weismann sedikit gelabah dan serba salah. Namun, untuk tidak menjawab secara langsung, Weismann berusaha menukarkan persoalan.
Tanya Weiss: Begini-bagaimana kau boleh bercita-cita untuk menjadikan Palestin sebagai tanah air kau bila terpaksa berdepan penentangan keras orang Arab, yang pada hakikatnya majoriti dalam negara ini?”
Pemimpin Zionis itu mengangkat bahunya dan menjawab dengan selamba: “Kita menjangkakan mereka tidak akan lagi majoriti dalam beberapa tahun akan datang.”
“Mungkin juga. Kau telah berdepan dengan masalah ini bertahun-tahun dan mesti lebih tahu keadaan sebenar berbanding aku. Tetapi selain kesukaran politik yang berpunca daru penentangan Arab, atau pun tidak – tidak pernahkah kau fikir tentang aspek moral? Tidakkah kau fikir adalah menjadi satu kesalahan di pihak kau untuk mengusir orang yang telah lama tinggal di sini?
“Tapi ini negara kita’ jawab Dr Weismann, mengangkat keningnya. “Apa yang kita lakukan hanya mengambil balik apa yang telah dinafikan secara salah.”
“Tapi kau telah tinggalkan Palestin untuk hampir 3,000 tahun! Sebelum itu, kau telah memerintah negara ini, buan juga keseluruhannya, untuk tempoh kurang 500 tahun. Jika begitu hujahnya, bukankah orang Arab boleh menuntut Sepanyol kembali untuk mereka? –kerana mereka memerintahnya hampir 700 tahun dan hanya kehilangannya untuk tempoh 500 tahun sahaja?”.
Dr Weizmann mula hilang sabar: “Mengarut, orang Arab hanya menakluk Sepanyol; ia tidak pernah menjadi tanah air asal mereka, maka memang wajarlah mereka kemudiannya dihalau oleh Sepanyol akhirnya.”
Muhamad Asad sangat cerdas pemikiran, banyak perkara yang diajukan menyebabkan Weizmann tidak keruan, dan hilang sabar. Selain daripada gambaran di atas, Muhamad Asad mencatatkan:
“Maafkan saya”, aku menyangkal, “tapi aku lihat ada bahagian sejarah yang dikesampingkan di sini. Apatah lagi, Yahudi juga datang sebagai penakluk di Palestin. Sebelum mereka datang, di sini telah ada beberapa kabilah Semitik dan bukan Semitik – Anomirite, Edomite, Philistine, Moabite dan Hittie.
“Kabilah-kabilah itu kekal tinggal di sini bahkan hingga zaman pemerintahan raja Israel dan Judah. Mereka terus tinggal di sini selepas orang Rom halau keluar nenek moyang kita. Mereka tinggal di sini hari ini. Orang Arab yang tinggal di Syria dan Palestin selepas penaklukan mereka dalam kurun ke-7 hanyalah minoriti kecil dari populasi; yang apa disebut hari ini sebagai Palestin atau “Arab” Syria hakikatnya adalah orang asal peribumi yang menjalani proses Arabisasi.
“Sebahagian mereka menjadi Muslim dalam tempoh masa beberapa kurun, sebahagian kekal Kristian. Muslim biasanya berkahwin campur dengan orang dari Tanah Arab yang seagama. Tetapi kau tidak boleh nafikan bahawa sebahagian besar di Palestin, yang bertutur bahasa Arab, sama ada Muslim atau Kristian adalah keturunan langsung penduduk asal di sini: asal dalam erti kata hidup di negara ini berkurun-kurun sebelum Yahudi datang.
Dr Weismann tersenyum sopan terhadap keberangan aku dan ubah perbualan ke tajuk lain.
“Aku rasa tidak senang dengan hasil dari sampukan itu. Aku pastinya tidak mengharap mereka yang ada di situ –khususnya Dr Weismann sendiri –untuk terima pendirianku bahawa idea Zionis sangat kontang moral tetapi aku harap pembelaan aku terhadap Arab boleh memberi sedikit rasa tidak selesa kepimpinan Zionis –ketidakselesaan yang boleh membawa kepada muhasabah, atau mungin kesediaan untuk mengakui kewujudan sebab yang absah penentangan Arab.
“Semua ini tidak berlaku nampaknya. Aku dapati aku hanya menghadap dinding kosong mata-mata yang merenung ada yang memperlihatkan rasa tidak setuju terhadap dakwaan yakinku itu, yang berani mempersoalkan hak-hak Yahudi ke atas tanah datuk nenek mereka yang tidak boleh dipersoalkan.
“Dengan rasa kesal dan sedikit mengeluh, Wiess menjelaskan “aku hairan, untuk orang yang dikurniakan kebijaksanaan kreatif seperti orang Yahudi boleh fikir bahawa konflik Zionis-Arab hanya dari perspektif Yahudi sahaja? Mereka tidak sedar bahawa masalah Yahudi di Palestin, dalam jangka panjang boleh diselesaikan hanya melalui kerjasama mesra dengan Arab?
“Apakah mereka betul-betul buta akan masa depan perit akibat polisi mereka?—penentangan dan kebencian terhadap ‘pulau’ Yahudi yang berpanjangan selamanya di tengah-tengah ‘lautan’ Arab?
“Betapa aneh aku fikir, sebuah bangsa yang telah menderita dispora yang panjang dan perit kini, mementing diri untuk capai matlamatnya—dan bersedia untuk menyerang bangsa lain—bangsa yang tidak pernah terlibat dengan penderitaan Yahudi sebelum ini.
“Fenomena, apa yang aku tahu, tidak pernah berlaku dalam sejarah: tapi membuatkan aku cukup sedih kerana berlaku di depan mata.” (Keseluruhan gambaran ini dipetik dari Muhamad Asad, Jalan ke Mekah. (terjemahan Mukhriz Mat Rus dan Ahmad Nabil Amir, Kuala Lumpur: Islamic Renaissance Front, 2017, hal. 95-97).
Mahanor Saleha
Recent Comments