Rakusnya Zionis Menjarah Palestin
Dua faktor yang membabitkan dendam dan sikap terdesak Benjamin Neetanyahu menjadi semakin’gila’ bila kita memerhatikan perkembangan politik dunia semasa, terutama mengenai perhatian terus diberikan terhadap pengkajian dan minat terhadap Islam. Hal ini disebabkan oleh kegagalan badan-badan dunia yang diharapkan dapat berperanan sebagai kuasa pemutus dan membentuk keseimbangan geopolitik dunia tidak menunjukkan banyak kejayaan sejak tertubuhnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (asalnya Liga Bangsa-Bangsa) pada tahun 1945.
Badan dunia yang berpengkalan di Amerika Syarikat itu telah gagal, dan dilihat semakin mengamalkan polisi bercapah yang secara langsung berbentuk prejudis terhadap Islam dan kebangkitannya. Dalam beberapa tindakan penyelesaian, yang bukan sahaja lambat, PBB dilihat dengan sengajanya ikut berada dalam perangkap Islamofobia, bukannya membuktikan bahawa badan dunia itu benar-benar menghormati dan menghargai prinsip hak asasi dan kemanusiaan.
PBB yang menjadi dalang pembentukan negara haram Yahudi, turut menjadi pemangkin kepada pembunuhan penduduk Palestin kerana enggan melaksanakan tekanan dan menghalang pemimpin-pemimpin mereka daripada terus melakukan ‘jenayah kemanusiaan’. Ia dilihat berbeza dengan sikap dan pendirian PBB berhubung dengan penyelesaian konflik yang membabitkan bukan Islam, sebagaimana mereka menubuhkan proses referendum ke atas Irian Jaya (Indonesia) dan juga perpecahan Sudan atas faktor agama. PBB terus bermain sandiwara dengan membiarkan masyarakat Islam di Selatan Thai terus dikeronyok oleh pemerintahan Buddha sejak Inggeris dan Thailand berjaya menandatangani Perjanjian Bangkok 1909. Begitu juga dengan tindakan keras tentera Filipina ke atas umat Islam di Mindanao.
Ramai masyarakat sedang memerhatikan apakah PBB akan terus membiarkan umat Islam di Kashmir terus dibantai oleh rejim pelampau Hindu (Narendra Mordi) dan syarat baharu kewarganegaraan penduduk Wilayah Assam; pembantaian etnik Rohingya oleh junta tentera dan pelampau Buddha di Myanmar; pembersihan etnik Uighir oleh kerajaan China; dan tentunya kisah duka umat Islam di Serbia yang dibunuh, dan dilaksanakan program genosid oleh Serbia. Tragedi itu tetap menampakkan sikap dan pendirian sebenar PBB, khususnya Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu sebelum mencampurkan penjarahan Amerika Syarikat di Iraq sehingga kekal tidak stabil dan porak-peranda, mengongkong Iran dan tindakan ‘sekatan ekonomi’ hanya kerana jatuhnya rejim boneka (1979) atas kehendak dan keinginan rakyatnya sendiri.
Amerika Syarikat yang pada suatu ketika memperjuangkan demokrasi itu sebenarnya berusaha merosakkan demokrasi itu sendiri. Sebab itu, semakin lama semakin ‘tidak laku’ nilai-nilai demokrasi yang dipropagandakan oleh Amerika Syarikat, yang mungkin akan mengakhiri wilsonisme (doktrin mengeksport demokrasi yang digagaskan oleh Woodrow Wilson, Presiden Amerika Syarikat ke-28 (1913-1921) pada masa hadapan.
Masyarakat dunia sebenarnya sedang menempelak sistem politik Amerika Syarikat selepas Donald Trump berjaya dalam kempennya ke Rumah Putih dengan amalan psot-truth. Bagaimanapun kerana post-truth itu hanya berasaskan persepsi semata-mata, Donald Trump tidak lagi mampu mempertahankan idealismenya sehingga tewas dalam persaingan pusingan kedua (November 2020).
Kisah kegagalan wilsonisme berlaku di China apabila para pelajar yang membantah dasar komunis berhimpunan di Dataran Tianamen pada tahun 1989. Diberitakan antara 200 hingga 400 orang terkorban manakala penangkapan besar-besaran dilaksanakan. Bagi menyekat kebebasan media, China mengharamkan semua media membuat liputan, biarpun dikutuk oleh masyarakat antarabangsa.
Kekalahan Donald Trump tidak akan membaiki situasi politik di Timur Tengah. Bahkan, Joe Biden yang mula menduduki Rumah Putih pada 20 Januari 2021 semakin mengecewakan masyarakat antarabangsa atas tindakannya melalui dasar ‘diplomasi senyap’ berhubung dengan serangan terbaharu Israel ke atas penduduk Gaza yang mula dilakukan pada 10 Mei 2021, tiga hari sebelum umat Islam menyambut kedatangan Aidilfitri.
Sikap sembunyi-sembunyi Joe Biden meluluskan pembelian senjata canggih dari Amerika Syarikat oleh Israel bernilai lebih USD$730 juta dolar menimbulkan rasa sangsi, kerana kelulusan segera tersebut sebenarnya untuk membantu melenyapkan keturunan Palestin. Ini dapat dilihat daripada kenyataan Joe Biden mempertahankan tindakan Israel, atas alasan, Isreal berbuat demikian kerana mahu mempertahankan diri daripada serangan kelompok Hamas.
Amerika Syarikat sebenarnya cuba menggelapkan sejarah zionis yang kejam. Tindakan terbaharu itu adalah berpunca daripada perancangan dan penjarahan pimpinan Benjamin Neetanyahu untuk merampas satu kawasan petempatan Palestin bagi membangunkan sebuah petempatan Yahudi, iaitu di Sheikh Jarrah. Sejumlah penduduk Palestin yang sudah lama menghuni kawasan tersebut dipaksa pindah, dan setelah muncullah beberapa bantahan, bermulalah konflik yang sengajar ingin digelapkan oleh zionis Israel.Insiden menjadi semakin besar dan kemuncaknya ialah pada Jumaat terakhir Ramadhan di Masjidil Aqsa.
Umat Islam yang bersembahyang Jumaat di Masjidil Aqsa yang cukup kuat hubungan sejarahnya dengan Islam dan menjadi arah kiblat pertama umat Islam telah dihalang oleh pasukan tentera zionis. Selepas selesai sembahyang Jumaat, polis negara haram Yahudi menembak kea rah umat Islam yang masih berada dalam masjid dengan gas pemedih mata dan peluru getah. HAMAS seterusnya menggesa polis negara haram Israel agar berhenti melakukan tindakan provokasi seperti itu, jika tidak, HAMAS akan bertindak.
Akhirnya tercetuslah pelbagai serangan dalam skala lebih besar yang dilakukan oleh tentera negara haram tersebut sehingga berjaya meruntuhkan bangunan 12 tingkat yang menempatkan penduduk Palestin di Gaza. Sebaliknya, Israel menggelapkan punca sebenar, bertopengkan ‘tindakan mempertahankan diri’ apabila diserang oleh Briged Al-Qassan, dari HAMAS. Media Israel menyebarkan laporan bahawa HAMAS telah menembakkan roket dan roket itu ditangkis oleh Iron Dome (sistem pertahanan udara Israel). Ekoran itu, Israel membalas serangan dan menargetkan penduduk Gaza, berbanding Tebing Barat sedangkan ia berpunca di Masjidil Aqsa, yang terletak di Tebing Barat. Kenapa Gaza?
Kita dapat membacanya dengan mudah, bukan sesukar pengamatan Joe Biden yang sangat berpengalaman dalam bidang hubungan diplomatik kerana kita tidak terikat dengan visi dan misi zionisme. Joe Biden walaupun pernah mengkritik tindakan Donald Trump apabila mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara baru bagi Israel, hanya berlakon ketika ingin mendapat undi bagi menumbangkan tokoh yang sangat terkenal dengan pekikan “You’re Fire” itu.
Walau sesiapa pun yang menerajui Rumah Putih, dasar dan pengurusannya yang dibentuk mesti ada hubungan yang erat dengan tradisi mempertahankan Israel sampai bila-bila. Sebab itulah Konflik Israel-Palestin sangat sukar ditamatkan, ia adalah helah dan kesengajaan Amerika Syarikat dengan menggunakan pengaruh dan kuasa vetonya dalam Majlis Keselamatan PBB. Siapa pun presiden Amerika Syarikat, tidak boleh bebas daripada zionisme kerana ekonomi negara itu dan dunia dikuasainya, manakala mereka yang cuba menghalanginya akan menerima tekanan bunuh dan percubaan dibunuh.
Kita mungkin segera mengingatkan tentang kepalsuan janji zionis apabila berjaya membunuh John F Kennedy, Abraham Lincoln, James A Garfield dan William McKinley. Abraham Lincoln dibunuh pada 14 April 1865, semasa menghadiri persembahan teater di Teater Ford, Washington DC. Ketika sedang asyik menonton, Abraham Lincoln didatangi oleh seorang lelaki, John Wilkies Booth, seorang pelakon pentas terkenal.
Pembunuhan itu dikaitkan dengan usaha untuk penyatuan semula dengan Amerika Utara, atau dikenali sebagai United Confederate, yang turut mempengaruhi pemikiran Booth. Lewis Powel dan David Herold ditugaskan membunuh Setiausaha Negara, William Seward manakala George Alterzolt akan membunuh Naib Presiden, Andrew Johnson. Hanya Abraham berjaya dibunuh manakala William mengalami cedera ringan dan penembak yang ditugaskan untuk membunuh Andrew Johnson enggan melakukannya. John Booth kemudiannya ditembak manakala tiga lagi dijatuhkan hukuman digantung sampai mati.
James A Garfield, presiden Amerika Syarikat ke-20 ditembak kurang dari empat bulan memegang jawatan tersebut, dan beliau ditembak pada 2 Julai 1881, iaitu sebaik sahaja tiba di stesen keretapi Baltimore dan Potomac. Garfield yang ditembak oleh Charles Guiteau itu akhirnya mengalami komplikasi dan disahkan meninggal dunia 11 minggu kemudian (19 September 1881).
William McKinley pula ditembak pada 6 September 1901 ketika menghadiri Exspo Pan-America di Temple of Music, New York. Beliau menerima dua das tembakan di bahagian perut dari jarak dekat oleh Leon Cololsz dan presiden Amerika Syarikat ke-25 itu disahkan meninggal dunia seminggu kemudian, tepatnya 14 September 1901. Leon kemudiannya dijatuhkan hukuman mati menggunakan renjatan kerusi elektrik. Selepas itu, diputuskan bahawa pasukan rahsia akan mengawal keselamatan presiden Amerika Syarikat hingga kini.
Pembunuhan John F Kennedy mencatatkan pelbagai sejarah teori konspirasi sehingga sekarang, ia belum dapat dirungkaikan dengan jelas dan tepat. John F Kennedy ditembak ketika menyaksikan perarakan presiden di Plaza Dealy, Texas pada 22 November 1963. Beliau ditembak dari belakang ketika berada dalam kereta bersama isterinya, dan Gabenor Texas, John Cannally. John F Kennedy meninggal dunia setengah jam kemudian, manakala Cannally cedera parah di bawa ke hospital. Lebih sejam kemudian, penembak tersebut Lee Harvey Oswald ditangkap. Lee, bekas seorang tentera turut membunuh seorang pegawai polis Dallas, JD Tippit.
Pada 24 November 1963, Lee dipindahkan ke penjara bawah tanah di Ibu Pejabat Polis Dallas, dan kemudian ditembak oleh seorang pengendali kelab malam, Jack Ruby. Lee kemudiannya meninggal dunia manakala Jack Ruby mati dalam tahanan pada tahun 1967. Setelah dilakukan siasatan, John F Kennedy disahkan dibunuh oleh Lee Harvey Oswald yang bertindak sendirian begitu juga Jack Ruby ketika menembak Lee. Hal itu hingga sekarang mencetuskan pelbagai teori konspirasi, yang turut dikaitkan dengan zionis Yahudi.
Sepanjang sejarah politik Amerika Syarikat, empat orang presiden berjaya dibunuh ketika masih memegang jawatan, manakala terdapat 45 percubaan bunuh yang gagal (sehingga tempoh pentadbiran Donald Trump). Antara percubaan bunuh yang gagal ialah Eisenhower (1953–1961), Lyndon Johnson (1963–1969) dan Gerald Rudolf Ford (1974–1977).
Lincoln dibunuh kerana membubarkan konfederasi penyatuan dengan Amerika Utara; Garfield kerana menyerahkan beberapa jawatan kepada pegawai kulit hitam; McKinley kerana campur tangan di Hawaii, Filipina dan Puerto Rico; Kennedy selepas setahun tamatnya Insiden Teluk Babi (1961) dan Krisis Cuba (1962), juga membabitkan diri dalam Perang Vietnam (1961). Semua pembunuhan tersebut ada kaitannya dengan White Supremacy, kecuali McKinley akibat tidak puas hati Leon Colgosz apabila dia dibuang kerja akibat kemelesatan ekonomi pada tahun 1893. Leon merupakan pendatang dari Poland, yang kemudiannya dikaitkan dengan anarkis.
Faktor kedua, selain menguasai ekonomi, Rumah Putih sebenarnya melaksanakan perintah yang dikehendaki oleh zionis, kerana perintah itulah yang bakal menjadikan Amerika Syarikat tetap kekal sebagai kuasa besar. Sekiranya, ada presiden Amerika Syarikat yang enggan mengikut telunjuk kaum pemodal dan taikun zionis, ia membangkitkan pelbagai masalah ekonomi, sosial dan politik. Ini kerana sistem kewangan, operasi perniagaan dan sistem perbankan dikuasai oleh pemodal zionis Yahudi.
Amerika Syarikat terpaksa mengikut telunjuk zionis Yahudi, hampir menyamai keyakinan umat Kristian terhadap propaganda agama yang dilakukan oleh pemuka agama Nasrani. Kisah pemesongan agama oleh rabai Yahudi menjadi pegangan pemeluk Kristian, sehingga melihat agama itu hanyalah sekadar kepercayaan, bukan cara hidup dan tidak perlu dimasyarakatkan, cukup sebagai pegangan individu.
Fahaman sekular itu telah menjadikan agama sebagai ‘kambing hitam’ dan akhirnya menyebabkan segelintir rakyat Amerika Syarikat hidup sebagai masyarakat tanpa agama, hanya berdasarkan kepercayaan misalnya kelompok saintisme, new age dan sedang berkembang ialah compassionate, kehidupan berdasarkan pemupukan dan pembudayaan kasih sayang.
Ia berbeza dengan masyarakat zionis Yahudi. Mereka tetap mempertahankan apa sahaja yang dikaitkan dengan ikatan sejarah agama mereka, termasuklah menolak kehadiran Nabi Muhammad SAW kerana bukan dalam kalangan Bani Israel. Atas sebab itu juga, zionis Yahudi bersedia mengkhianati dan menolak nabi-nabi sekiranya ajaran yang dibawa itu tidak menepati aspirasi dan kehendak mereka.
Itulah yang dapat kita lihat bagaimana eksploitasi apa sahaja akan tetap dilakukan demi menjadikan ‘bangsa pilihan’ termasuklah menggambarkan bahawa Masjidil Aqsa dan Doom of the Rock seolah-olah satu entity yang sama. Sebenarnya, apa yang sedang dan akan dilakukan ialah meruntuhkan Masjidil Aqsa, kerana ia menjadi tempat ketiga ‘tanah suci’ dalam Islam selepas Mekah dan Madinah.
Apabila melihat kepada pencapaian Parti Likud dalam empat siri pilihan raya sejak bulan April 2019, masih besar sokongan kepada pimpinan Benjamin Neetanyahu walaupun tidak memperolehi kemenangan yang cukup untuk memerintah. Ini bermakna, masyarakat yang memilih Benjamin Neetanyahu tidak hirau mengenai perilaku rasuah dan salah guna kuasa. Pemimpin yang sedang berhadapan dengan tuduhan rasuah, masih diberikan peluang sedangkan sebelum ini, presiden, perdana menteri, menteri dan ahli Knesset Israel pernah dihukum atas pelbagai kesalahan jenayah – rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa, sumpah bohong (perjury) dan mencabul kehormatan.
Selain dari itu, apa yang dapat dilihat daripada penerusan kepimpinan Neetanyahu bahawa Israel semakin ketandusan pemimpin berwibawa. Setelah memimpin kerajaan selama empat penggal (Sejak 2009), Neetanyanhu masih berpengaruh dan ia bertentangan dengan tradisi politik yang diamalkan sebelum ini.
Bagaimanapun, kerana nilai-nilai politik Arab semakin menyinar, mahu tidak mahu Neetanyahu perlu melakukan sesuatu yang lebih dahsyat ke atas penduduk Gaza berbanding Tebing Barat. Tebing Barat yang dikuasai oleh PLO dan Fatah sudah dilihat lebih liberal dan kepimpinannya semakin bercelaru, lebih menyokong kehendak zionis Israel. Dalam serangan ke atas Gaza yang berlaku sejak Isnin lalu (10 Mei 2021) belum kedengaran kecaman dan tindakan Fatah untuk membantah, sebaliknya, ada dalam kalangan mereka berusaha menyalahkan tindakan Hamas yang memulakan serangan.
Ini kerana PLO dan Fatah sudah mendapat kedudukan politik dan perlindungan lebih baik daripada HAMAS. HAMAS tetap dilabelkan sebagai kelompok ganas, dan Fatah turut menyokongnya, kerana sebilangan besar masyarakat Arab Palestin sudah mula ‘bosan’ dan ‘lupa kepada perjuangan’ untuk mendapatkan balik negara mereka yang cuba dilenyapkan atau dihapuskan oleh zionis Israel.
Dalam hal ini, Palestin dilihat mempunyai masa depan yang cerah jika demokrasi berfungsi dan dengan baik, Gabungan parti-parti Arab dijangka mampu menyahkan kepimpinan Fatah dan pemimpin Pihak Berkuasa Palestin yang dibarisi oleh PLO. Perubahan pemikiran masyarakat antarabangsa juga sedang menuju kepada Post-zionisme, di mana semakin ramai sejarahwan sedar dengan jenayaah kemanusiaan yang sudah berlanjutan sejak tahun 1947, dan kerana itu, zionisme perlukan naratif baharu untuk menyekat kemaraan intelektual barat yang semakin ramai tidak bersimpati dengan Israel, termasuk intelektual keturunan Yahudi sendiri.
Ada di antara mereka bukan sahaja mendekati Islam, bahkan semakin dilihat membela Islam berdasarkan daya intelektualnya, biarpun dikenakan pelbagai tekanan, seperti mendiang Edward Said; tokoh bahasa dan pengkaji propaganda, Noam Chomsky; intelektual perbandingan agama, John L Esposito; bekas biarawati yang terjun ke bidang akademik di Britain, Karen Arsmstrong dan ramai lagi. Mereka muncul bukan sekadar bercakap mengenai Islam bahkan bersedia berhujah secara ilmiah mengenai kebejatan dan keganasan yang berpunca daripada niat dan prinsip songsang zionisme. (Bersambung)
Kamarun KH
Recent Comments