DENDAM DAN HELAH NEETANYAHU

Dalam bahagian kedua, dijelaskan mengenai Jerusalem yang menjadi rebutan atas kaitannya sejarahnya dengan tiga agama wahyu, iaitu Nasrani, Kristian dan Islam. Dalam bahagian ketiga, perjalanan sejarah turut menyaksikan bagaimana kelompok Yahudi yang mendokong idealisme zionis berusaha dengan pelbagai cara untuk menyakinkan kepada masyarakat dunia bahawa bumi Palestin adalah ‘Tanah Yang Dijanjikan’ kepada orang Yahudi yang membentuk diaspora dan menjadi bebanan kepada masyarakat Eropah sehingga munculnya apa yang dinamakan sebagai anti-semitisme.

Dalam perkembangan terbaharu, ekoran pembedilan berterusan tentera negara haram yang dipimpin oleh Benjamin Neetanyahu, ia sebenarnya merupakan helah dan strategi pemimpin itu untuk menguasai semula kepimpinan Israel selepas parti pimpinannya gagal memperoleh keputusan mencukupi untuk memerintah. Ia juga merupakan sebahagian punca dendam Benjamin Neetanyahu setelah abangnya, Jonathan Neetanyahu terbunuh dalam operasi pasukan elit Israel untuk membebaskan tawanan perampas pesawar Air France pada tahun 1976 di Entebee, Uganda semasa pentadbiran Idi Amin, yang pro Palestin.

Sejak April 2019, Israel megadakan empat kali pilihan raya, namun dalam keputusan terakhir yang diumumkan (1 April 2021), parti pimpinan Benjamin Neetanyahu gagal memperolehi keputusan majoriti biarpun diisytiharkan mempunyai kerusi terbanyak dalam pilihan raya terbabit. Parti Likud hanya mampu memperoleh 30 kerusi manakala sekutunya membantu untuk menyumbangkan 22 buah lagi kerusi. Secara jelasnya, Benjamin Neetanyahu sebenarnya sudah ditolak oleh majoriti penduduk (maksudnya pengundi) Israel dan kerana itu, sebagai Perdana Menteri sementara, kedudukannya akan terus tergugat dalam politik negara haram itu. Neetanyahu memerlukan sekurang-kurangnya 9 kerusi lagi bagi membolehkan beliau terus memimpin dengan majoriti mudah. Kerusi Knesset (Parlimen) Israel ialah 120 dan ini bermakna bagi mencapai majoriti mudah, ia memerlukan 61 kerusi.

Berdasarkan kedudukan itu, parti pembangkang mempunyai jumlah kerusi yang lebih besar, iaitu 57 kerusi. Bagaimanapun kerana parti-parti pembangkang tidak berada dalam mood kerjasama yang jelas, kedudukan tersebut membolehkan Benjamin Neetanyahu  terus diberikan peluang untuk memimpin sementara berusaha untuk mendapatkan jumlah majoriti mudah dengan memujuk atau ‘mencuri sokongan’ parti-parti pembangkang.

Parti Likud menang 30 dan menduduki tempat pertama (dari segi jumlah kerusi) manakala Parti Yesh Atid pimpinan bekas Menteri Kewangan, Yair Lapid menang dengan 17 kerusi (tempat kedua). Dalam pada itu, Neetanyahu memperoleh sokongan daripada tiga parti yang lebih kecil sebanyak 22 kerusi untuk menjadikannya mendapat dokongan tambahan 22 kerusi. Ketika ini, Neetanyahu mengharapkan sokongan daripada Parti Yamina, pimpinan bekas sekutunya, Naftali Bennett, yang memenangi tujuh kerusi.

Parti Islam Ra’am, yang dipimpin oleh Mansur Abbas memenangi empat kerusi dan menyebabkan kedudukan antara parti yang diberikan kuasa memerintah sementara dan pembangkan dalam keadaan seimbang. Setakat ini, Parti Islam Ra’am menyatakan kemungkinan bersedia bergabung dan menyokong mana-mana gabungan. Sebelum pilihan raya, Neetanyahu memperlihatkan sikap dan pendiriannya, tidak akan bergabung dengan mana-mana parti Arab, dan dikatakan ada kemungkinan akan mengadakan pakatan dengan Parti Ra’am.

Parti Biru Putih, parti pusat dan rakan Netanyahu dalam kerajaan yang kini berkuasa, memenangi lapan kerusi. Harapan Baharu (New Hope), sebuah parti sayap kanan yang ditubuhkan baru-baru ini oleh bekas sekutu Netanyahu, memenangi enam kerusi. Kedudukan politiknya yang kurang kukuh menyebabkan Neetanyahu perlu mencari alternative untuk terus berkuasa, apatah lagi dalam keadaan sedang berhadapan dengan isu rasuah.

Setelah keputusan muktamad diumumkan, gabungan parti pimpinan Neetanyahu tidak mempunyai kedudukan majorti, yakni seimbang dengan kemenangan parti-parti pembangkang. Walaupun menang empat kali dalam siri pilihan raya dalam tempoh setahun, terus membuktikan bahawa Neetanyahu bukan lagi pemimpin popular, dan didakwa turut dikaitkan dengan dua persoalan besar, iaitu proses penjajahan dan penjarahan ke atas Palestin semakin ‘memakan diri’ di mana percaturan pemikiran antara Yahudi sendiri (ultra-otordoks) dalam mengenalpasti identiti negara haram Israel (sekular- demokratik atau halaka-Yahudi).

Dari luar, projek untuk menjadikan Israel sebagai sebuah negara Yahudi yang khusus turut menunjukkan kegagalan yang besar kerana nilai-nilai politik dan idealisme Arab semakin memperoleh perhatian daripada penduduk Israel sendiri. Pada awalnya, pembabitan negara-negara Arab dilihat sebagai kosmetik, tetapi semakin lama semakin memperlihatkan bahawa keangkuhan zionisme dengan sendirinya memberikan ruang kepada peningkatan nilai-nilai Arab dalam pelbagai aspek, termasuk ‘keterpaksaan Neetanyahu’ untuk mengubah pendiriannya, bekerjasama dengan Parti Islam Ra’am bagi membolehkan beliau terus berkuasa dengan majoriti mudah.

Dalam pilihan raya terbaharu, Israel telah menyaksikan kebangkitan parti-parti berhaluan Arab yang dikenali sebagai Arab Joint List (Pakatan Arab), iaitu Parti Hadash, Taal, Balad dan The United Arab List. Pakatan Arab menggunakan slogan ‘perpaduan asas kekuatan kita’. Bagaimanapun pada bulan April 2019, Suruhanjaya Pilihan Raya Israel menggantung penyertaan Pakatan Arab dengan alasan ‘menyokong pengganas menentang Israel’. Kesan daripada itu, pengundi-pengundi Arab berusaha untuk menjatuh dan memusnahkan karier politik Neetanyahu.

Tindakan Neetanyahu seterusnya menuduh Parti Balad yang memperoleh sokongan dalam pilihan raya pusingan pertama menerusi ‘pengundi hantu’, tetapi sehingga sekarang tidak ada apa-apa bukti dan dakwaan telah dilakukan. Selain daripada itu, Neetanyahu terus menyebarkan ‘politik kebencian’ terhadap pengaruh Arab dengan mengeluarkan kenyataan bahawa ‘Orang Arab akan memusnahkan kita (Yahudi)’.

Neetanyahu juga berhadapan dengan perbezaan ideologi politik dengan Benny Gantz, bekas ketua tentera Israel. Gant yang memimpin Parti Biru dan Putih (warna rasmi bendera Israel), menggunakan isu pendakwaan yang dihadapi oleh Neetanyahu berhubung dengan skandal rasuah, yakni strategi yang sama digunakan semasa pilihan raya pusingan pertama (April 2019).

Gantz merupakan bekas ketua tentera Israel yang terbabit ketika Perang 2014. Pembabitan tersebut telah membunuh 1,324 orang rakyat Palestin dan Gant berbangga dengan pencapaian tersebut. Beliau juga berjanji akan ‘memperbaiki kerosakan yang dilakukan oleh Neetanyahu’ dan akan terus kekal memecahkan ‘penyatuan politik Palestin’ termasuk apa yang telah dilakukan oleh Neetanyahu, iaitu mengasingkan Gaza dan Tebing Barat.

Neetanyahu sudah berkuasa (memegang jawatan Perdana Menteri) selama 13 tahun (1996-1999, 2009-sekarang). Jika Benjamin Neetanyahu kekal memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, beliau bukan sahaja akan mencipta rekod keduanya, bahkan akan mengatasi kehebatan Perdana Menteri Israel, Ben Gurion (1955-1963 (antara tahun 1954-1955 berlaku ‘short break’)  dan sebelumnya sebagai pemegang Mandat Palestin 1935-1948). Selepas berundur (1963), Ben Gurion bersara daripada politik (1970). Beliau kemudiannya dinobatkan sebagai 100 Most People’s of the 20th Century.

Rekod pertama Neetanyahu ialah PM termuda dalam kalangan pemimpin-pemimpin Israel sejak penubuhan negara haram pada tahun 1948. Ketika itu (1996), Neetanyahu baru berusia 47 tahun. Neetanyahu juga menjadi orang yang berpengaruh sebelum memasuki politik kerana telah berjaya mempengaruhi PBB untuk mengekalisifikasikan semula arkib mengenai Yahudi dengan meletakkan kesalahan ke atas kekejaman Jerman.

Selepas berkhidmat dengan sebuah perundingan pengurusan di Amerika Syarikat (1976 di Boston Consulting Group), Neetanyahu kembali ke Israel mengasaskan sebuah pertubuhan anti-terrorisme, sebagai langkah pembelaan dan simpatinya di atas kematian abangnya, Jonathan . Jonathan terkorban semasa berusaha membebaskan rampasan pesawat Air France oleh perampas Uganda pada tahun 1976. Tragedi tersebut turut dikenali sebagai Tragedi Entebee.

Pasukan Elit Israel (Syeret Matkal) ditugaskan oleh menyelamatkan tawanan penumpang pesawat Air France di Lapangan Terbang Entebee (Uganda) pada malam 3 Julai 1976 dan awal pagi keesokannya.  Penyertaan Syeret Matkal sebenarnya lebih besar daripada itu, yakni untuk menjatuhkan kepimpinan Uganda ketika itu, Idi Amin dengan menggunakan alasan membebaskan penumpang pesawat Air France oleh Israel, atas sokongan Idi Amin terhadap rampasa pesawat berkenaan.

Dalam tragedi tersebut, seorang askar Israel, 45 askar Uganda, enam perampas dan tiga tebusan telah terbunuh, manakala 100 orang tebusan telah berjaya dibebaskan. Askar Israel yang terbunuh itu ialah Jonathan “Yoni” Neetanyahu. Sebab itulah bagi Israel, tragedi berkenaan turut dikenali sebagai Operasi Thunderbolt atau Operasi Jonathan.

Pesawat Airbus A300, Air France berlepas dari lapangan terbang Tel Aviv dengan membawa seramai 248 orang penumpang dan 12 anak kapal menuju ke Paris pada 27 Jun 1976. Pesawat itu kemudian singgah di Athens dan kira-kira jam 12.30 malam, ia dirampas oleh empat orang perampas, iaitu dua orang berketurunan Palestin (dari PLO) dan dua lagi adalah rakyat Jerman (dari Revolutionary Cells, RZ). Pesawat itu kemudiannya dilencongkan ke Beghazi untuk membebaskan seorang perempuan yang mengakui dirinya mengandung (berpura-pura), dan kemudiannya sampai ke Entebee sekitar jam 3.15 pagi.

Tiga orang gerila pro-Palestin yang disokong oleh Idi Amin telah membantu empat orang perampas. Mereka kemudiannya menuntut agar Israel membebaskan 40 orang Palestin yang dipenjara, dan 12 orang tawanan lain yang dipenjarakan di Kenya, Perancis, Switzerland dan Jerman. Perampas memberikan amaran, jika semua tawanan tidak dibebaskan, pada 1 Julai 1976 kesemua penumpang-penumpang yang ditawan itu akan dibunuh. Bagaimanapun, para perampas membebaskan beberapa orang, kecuali mereka yang berketurunan Yahudi. Jumlah keseluruhan tawanan yang tidak akan dibebaskan ialah 83 keturunan Yahudi dan 20 orang termasuk anak kapal.

Sehingga tarikh akhir, Israel masih belum membuat sebarang tindakan kecuali meminta tempoh dilanjutkan kepada 4 Julai 1976. Sehari sebelumnya, Israel memuluskan penghantaran misi penyelamat dan kemudiannya mula menghantar bantuan-bantuan lain secara rahsia termasuk empat pesawat pengangkut Hercules (C130) dan sebuah jet tentera udara (membawa keperluan perubatan). Pasukan itu mendarat di lapangan terbang Jomo Kenyatta (Nairobi), dan manakala Seyeret Matikal yang dianggotai oleh 29 orang elit penyelamat menyerang Entebee. Pasukan khas dikatakan telah mendarat di Entebee sejam sebelum waktu tengah malam dengan menjadikan terminal kargo yang sering digunakan oleh Idi Amin. Seorang rakyat Israel telah meminjamkan sebuah Mercedes, yang kemudiannya disembut cat hitam bagi mengelabui mata pihak pengawal, menyerupai kereta yang digunakan oleh Idi Amin. Mercedes itu dipandu laju menuju ke kedudukan pesawat Air France dengan diiringi oleh pasukan pengawal seumpama Idi Amin sedang menuju ke pesawat untuk terbang ke mana-mana.

Setelah pasukan elit berjaya memecah masuk bangunan di mana tebusan itu ditempatkan, tiga buah pesawat Hercules turut mendarat di Entebee (dari Jomo Kenyatta), dan seterusnya menurunkan beberapa buah kereta kebal. Dalam tempoh tiga puluh minit, kesemua perampas berjaya dibunuh manakala Jonathan Neetanyahu merupakan satu-satunya askar Israel yang terbunuh. Peristiwa itulah yang membangkitkan dendam dalam diri Neetanyahu ke atas Palestin hingga kini.

Sebelum memasuki politik, Neetanyahu adalah wakil Israel di Washington DC (1982-1984) dan selepasnya dilantik sebagai Duta Besar Israel ke PBB (1984-1988). Ketika berada di PBB itulah Neetanyahu melancarkan kempen untuk mengkelasifikasikan semula perihal kejahatan Yahudi sehingga menimbulkan gerakan Anti-Semitisme dengan menyalahkan ‘kegilaan Hitler’, termasuk memperbesar-besarkan holocaust sehingga lebih enam juta Yahudi dibunuh kejam.

Senario politik yang menunjukkan populariti Benjamin Neetanyahu mula dikaitkan dengan kemunculan Avignor Liebermann, bekas Menteri Luar Israel dan Benjamin Grant, bekas Ketua Tentera Israel. Selepas kebangkitan Arab Spring, Avigdor Lieberman mula menunjukkan pendirian berbeza dengan Benjamin Neetanyahu. Selepas tiga tahun Revolusi Arab, Isreal memohon maaf kepada Turki sebagai ‘satu kesilapan besar’ dan akan ‘menjatuhkan moral tentera Israel’.

Selama tiga tahun Avigdor Lieberman tegas mempertahankan Israel, termasuk ketika merampas kapal Mari Marvara (Flotila Pembebasan Gaza) yang membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza pada 31 Mei 2010 di Laut Mediteranean.  Serangan tersebut menyebabkan 9 orang penumpang terbunuh (8 rakyat Turki dan seorang warganegara Turki-Amerika Syarikat). Serangan tersebut membangkitkan konflik yang lebih besar manakala kapal MV Mavi Marmara ditunda ke Pelabuhan Ashdod, manakala barang-barang yang dibawa itu dirampas dengan alasan, untuk dihantar menggunakan jalan darat.

Gesaan untuk dilakukan siasatan antarabangsa telah ditolak oleh Israel. Israel terus memekakkan kecaman Majlis Keselamatan PBB kerana ‘membunuh orang awam’ dan Israel kemudiannya bersandiwara dengan menghantar pulang tahanannya yang bukan rakyat Israel. Israel yang menolak siasatan antarabangsa itu kemudian menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Tempatan yang diketuai oleh hakim Mahkamah Agung yang bersara, Jacob Turkel.

Dalam satu klip video yang sedang sohor, jelas membuktikan bahawa pemuka-pemuka Yahudi yang berpegang kepada ideologi zionis telah melakukan propaganda dan pembohongan besar kepada masyarakat antarabangsa menggunakan cetakan versi Bible sejak awal abad ke-20, sebaik sahaja memperolehi sokongan moral daripada Britain hasil persetujuan Athur Balfour dan termeterainya Perjanjian Skyes-Picot.

Menurut seorang sejarahwan, cetakan Bible versi yang diterbitkan pada tahun 1905, dan versi Scofield pada tahun 1913, turut dicetak dengan peta Palestin. Bible itu menjadi rujukan penting masyarakat Kristian di Amerika Syarikat, sama ada di rumah mahupun di gereja dan digunakan untuk membenarkan pembohongan bahawa Palestin adalah negara Israel pada masa hadapan. Peta Palestin itu dinamakan “Tanah Suci” dan mereka “salah mengejanya sebagai Israel, Palestin dan semua orang Kristian” dengan menekankan bahawa sebenarnya Palestin tidak pernah wujud (ada).

Pembohongan tersebut berjaya mereka tanamkan dalam pemikiran masyarakat Amerika Syarikat dan menyifatkan reaksi rakyat Palestin   ke atas Israel ialah ‘menuntut negara mereka yang hilang, bukannya pengganas.’ Hal itu turut dinafikan oleh John Higgy, sebenarnya tidak ada istilah Israel  kerana yang ada ialah Palestin.Tujuannya, ialah untuk memperolehi sokongan penganut Kristian agar bersimpati dan mewajarkan perjuangan besar Zionisme. Keganasan Yahudi turut menyebabkan serangan dan berlakunya Revolusi Bolshevik di Rusia pada tahun 1917.

Dari segi politiknya, pembohongan masonik zionsime itu telah mendapat sokongan daripada ramai ahli politik Amerika Syarikat, termasuk Lyndon Johnson pada tahun 1930, yang kemudiannya menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-36 (1963-1969) selepas pembunuhan Presiden John F Kennedy (22 November 1963). Ketika itu beliau adalah Ahli Kongress dari Texas.

Loyndon Johnson turut membantu Yahudi dengan menyeludup kotak-kotak yang berisi senjata kepada pengganas Yahudi dengan mengisytiharkannya sebagai Texas Grapefruits. Begitu juga dengan bantuan Harry S Truman, Presiden Amerika Syarikat ke-33 (1945-1953) yang bertanggungjawab membentuk negara haram, iaitu Israel sehingga mendapat pengisytiharan rasmi pada 14 Mei 1948. Ia disokong oleh PBB, maka sejak itu istilah Palestin dilihat sebagai gerakan dan pertubuhan yang dianggotai oleh kelompok pengganas. Propaganda seterusnya dilakukan dengan membentuk persepsi antarabangsa bahawa apa yang berlaku dan dilakukan oleh Israel, menyerang, membunuh dan merampas tanah milik penduduk Palestin adalah dengan tujuan ‘mempertahankan diri’ dan ‘menjamin keselamatan penduduk’ daripada tindaka agresif pelampau Palestin.

Keadaan menjadi semakin galau apabila tertubuhnya HAMAS pada tahun 1987. HAMAS muncul sebagai tindakan untuk berjuang dan membebaskan Palestin selepas Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang dipimpin oleh Yasser Arafat (1964). Awalnya, PLO ditubuhkan melalui gabungan beberapa buah parti politik bertujuan untuk ‘menghapuskan negara Israel’, yang kemudiannya dilihat semakin liberal apabila bersetuju dengan kehendak kuasa-kuasa besar agar penyelesaian konflik Israel-Palestin diselesaikan menerusi rundingan dua negara. Hal itu dikatakan bermula selepas kekalahan Palestin (yang turut disokong oleh sebahagian negara Arab) dalam Perang Tujuh Hari (1967).

Pada tahun 1988, Arafat semakin liberal apabila bersetuju menerima Resolusi 242 Majlis Keselamatan PBB, perundingan menyelesaikan konflik Sidang Madrid (30 Oktober hingga 1 November 1991), Perjanjian Oslo (20 Ogos 1993) dan Pertemuan di Camp David (11 hingga 25 Julai 2000).   Keputusan-keputusan tersebut telah merugikan Palestin sehingga Israel semakin dilihat ingin melakukan pembersihan etnik Palestin dan ganas menjarah setiap kawasan petempatan serta tanah yang dimiliki oleh warga Palestin.

HAMAS mula menjadi cabaran besar kepada PLO dan Fatah setelah munculnya gerakan Intifada pada tahun 1987. Perjuangan PLO dan Fatah dilihat semakin lesu, maka Syeikh Ahmad Yassin menubuhkan HAMAS dengan harapan untuk memusnahkan negara zionis Israel dan menggantikan dengan sebuah negara Islam yang adil dan damai tanpa dibezakan oleh identiti agama, bangsa dan etnik.

Pada tahun 2006, HAMAS berjaya memenangi memenangi pilihan raya dan membentuk sebuah pemerintahan baru Palestin, yang kemudian menyebabkan Fatah mula berusaha memulihkan persepsi awam dengan mewujudkan konflik. Dalam melaksanakan ‘pemulihan imej’, Fatah dikatakan turut membantu pengherotan imej terhadap HAMAS dengan menyokong pihak barat mewajahkannya sebagai kelompok pengganas dan ‘pertubuhan haram’.

Bagaimanapun kemenangan HAMAS di Gaza tidak mendapat pengiktirafan Israel, kerana bagi Israel, hanya PLO merupakan sebuah pertubuhan yang sah dan boleh berurusan atau berkuasa di Palestin. Hal itu menyebabkan Israel menggunakan pengaruhnya melobi Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah untuk mengenakan sekatan ekonomi ke atas Palestin.

Pada bulan Februari 2007, HAMAS bersetuju untuk berkongsi kuasa dengan Fatah bagi membolehkan sekatan dan bantuan ekonomi dicabut. Bulan Jun 2007, berlaku pertempuran antara HAMAS dan Fatah, apabila Mahmud Abas membubarkan parlimen untuk melantik kerajaannya sendiri.

Keputusan Mahmud Abas itu mendapat tentangan hebat daripada HAMAS, dan konflik itu kemudiannya menyebabkan Fatah kalah dan seluruh Gaza jatuh ke tangan HAMAS. Pengaruh Fatah hampir tenggelam di Gaza. Muhammad Abas yang memimpin PLO dilihat sudah tidak mampu membawa aspirasi rakyat Palestin setelah mengambil alih daripada Yassser Arafat sejak tahun 2005, dan kerana itulah Israel semakin giat untuk melakukan kekejaman ke atas HAMAS dengan mengepong dan melancarkan peperangan di Gaza.

Peperangan pertama yang membabitkan Gaza dan Hamas berlaku selepas Gaza dikuasa oleh HAMAS dalam pilihan raya umum Palestin pada tahun 2006. PAda tahun 2006, Israel melancarkan serangan ke atas Gaza dan Lebanon dengan alasan untuk mencari dua orang tenteranya yang ditawan oleh Palestin. Hezbollah kemudiannya mengakui bahawa mereka mempunyai dua orang tentera yang ditawan, iaitu Ehud Goldwasser dan Eldad Regev.

Ehud Barak (Perdana Menteri Israel) kemudiannya mengeluarkan kenyataan akan menghentikan serangan ke atas Lebanon sekiranya Hezbollah mematuhi Resolusi 1559, iaitu pelucutan senjata. Israel mendakwa sebanyak 130 serangan roket dalam tempoh 48 jam menyebabkan dua orang terkorban dan 115 orang lagi cedera. Hezbollah kemudian membalas cadangan Israel dengan menuntut Ladang Shaab seluas 25 kilometer persegi yang dkuasainya sejak tahun 1967 diserahkan dan permintaan Hezbollah ditentang oleh Syria. Israel membalas dengan memulakan serangan pada 12 Julai 2006 selama enam hari. Hezbollah membalas serangan.

Tindakan Israel mengepong Gaza, sekatan ekonomi oleh Kesatuan Eropah telah menyebabkan lebih 1. 5 juta penduduk Gaza berhadapan dengan pelbagai masalah, kekurangan makanan, kesihatan dan keselamatan mereka terancam. Pada tahun 2007, Amerika Syarikat dengan bantuan Mesir melancarkan ‘rampasan kuasa’, tetapi misi itu tidak berjaya. Bagaimanapun Mesir mengambil langkah kejam dengan menutup terowong bawah tanah yang sebelumnya digunakan untuk mendapatkan bekalan makanan, perubatan dan bahan-bahan pembinaan ke Gaza.

Tahun 2008 berlaku lagi serangan Israel ke atas Gaza. Serangan selama tiga minggu itu ( 27 Disember 2008 – 20 Januari 2009) telah membunuh lebih 1,400 penduduk Palestin, termasuk  lebih 80 peratus daripadanya merupakan orang awam, dan lebih 6,400 buah rumah musnah. Obama yang baharu memperoleh kemenangan dan mentadbir Rumah Putih hanya mampu ‘melihat’ tanpa mengeluarkan apa-apa tindakan atas alasan, ia adalah perancangan akhir Presiden George W Bush (Jr).  Apa yang menyedihkan dalam serangan tersebut, Israel bukan sahaja menyerang menggunakan teknologi ketenteraan yang canggih (F-16, helicopter Apachee dan DIME (dense inert material exsplosive), senjara terbaharu), turut menyalahi etika perang dan undang-undang antarabangsa bila menggunakan senjata kimia (fosforus). Penggunaan fosforus akan menyebabkan penduduk Palestin mengalami cedera yang berpanjangan dan sukar dirawat kerana agen kimi tersebut akan bertindak sebagai agen kanser. Kesemua kemudahan persenjataan (termasuk senjata kimia) itu adalah produk Amerika Syarikat yang diberikan kepada Israel dalam misi bantuan keamanan dan pembersihan etnik Palestin.

September 2009, Hakim Richard Goldstone mengetuai Misi Mencari Fakta menemui banyak bukti mengenai pencabulan Isreal ke atas hak asasi dan melanggar prinsip kemanusian di Gaza. Israel secara jelasnya telah melakukan  jenayah terhadap kemanusiaan. Laporan itu tidak dapat diterima oleh Amerika Syarikat, dan dianggap ‘cacat’ dan ‘tidak seimbang’.

Eropah turut tidak mengesahkannya manakala Obama memulakan kempen untuk menyekat sebarang pertimbangan yang bakal dilaksanakan oleh Majlis Keselamatan PBB ‘jenayah perang kemanusiaan’ mahupun memulakan siasatan ke atas Israel. Beberapa kejadian ganas turut berlaku selepas itu, termasuklah tindakan Israel membunuh sekurang-kurangnya sepuluh orang awam. Majlis Keselamatan PBB yang gagal mengenakan sebarang tindakan ke atas Israel disifatkan oleh salah seorang pemimpin Turki sebagai ‘perompak dan lanun’ ke atas ‘pembunuhan yang dilakukan oleh sebuah negara.’

Tindakan Muhammad Abas untuk membubarkan parlimen bagi mengadakan pilihan raya Palestin yang baharu turut memperlihatkan ketakutan Benjamin Neetanyahu kepada Hamas yang bakal memenangi lebih banyak kerusi, bahkan boleh menjadikan PLO dan Fatah tidak lagi mampu memainkan peranannya sebagai Pihak Berkuasa Palestin.

Dengan dua senario ‘ketakutan’ itu, seolah-olah Benjamin Neetanyahu tidak ada pilihan, kecuali melakukan serangan ke atas Gaza dengan harapan parti-parti pembangkang berubah sokongan dan menyebelahi gabungan yang diketuai oleh Parti Likud, sekurang-kurangnya untuk melepasi majoriti mudah. Inilah mungkin agenda sebenar Benjamin Neetanyahu, walaupun ada beberapa faktor lain yang turut memberikan makna kepada tindakan rejim zionis itu untuk menekan, menjarah dan menghapuskan bangsa Palestin di negara haram tersebut. (Bersambung)

Kamarun KH

Translate »