AWAL DISEMBER 2020, Council Foreign Relation (CFR mengeluarkan laporan satu dekad Arab Spring, bertajuk The Arab Spring at Ten Years: What’s the Legacy of the Uprising?. Laporan itu tidak menunjukkan kesan yang lebih baik selepas ianya mula mencetuskan kebangkitan menentang establishment di negara-negara Arab dan Afrika Utara yang bermula di Tunisia pada pertengahan Disember 2010.

Hanya Tunisia yang menunjukkan ada sedikit kemajuan daripada asas bernegara daripada kepimpinan autokrasi kepada amalan demokrasi. Perubahan konsep sistem pemerintahan di Mesir tidak kekal kerana selepas kemenangan Ikhwanul Muslimin dalam pilihan raya paling demokratik, ia kembali bertukar menjadi warisan kepimpinan tentera setelah Abdul Fatah El-Sisi merampas kuasa pada 3 Julai 2014.

Laporan CFR turut menjelaskan kebanyakan negara-negara Arab dan Afrika Utara berhadapan dengan kemerosotan tahap kehidupan (standard of living) ekoran penurunan harga minyak mentah dunia, kadar pengangguran yang tinggi dan rasuah dalam kalangan elit politik. Keadaan tersebut menyebabkan kadar kemiskinan rakyat telah meningkat terutama dalam kalangan penduduk luar bandar dan tidak ada peningkatan yang lebih baik di seluruh zon yang bergolak itu. Ia menduduki tangga teratas kadar pengangguran berbanding wilayah-wilayah lain di dunia.

Menurut laporan Global Employment Trend for Youth 2020: Technology and the Future of Jobs yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, walaupun berlaku pertambahan bilangan pencari kerja (15 hingga 24 tahun) dari 1 bilion kepada 1.3 bilion antara tahun 1999 dan 2019,  ia tidak meningkatkan jumlah mereka yang bekerja, bahkan telah menurun dari 568 juta orang kepada 497 juta. Ia membuktikan jumlah pengangguran dalam kalangan generasi muda semakin meningkat manakala peluang pekerjaan semakin kecil. Keadaan ini menjadi semakin sukar dan getir setelah wabak COVID-19 memasuki fasa pandemik pada pertengahan Mac 2020 dan selepas setahun ia belum menunjukkan bilakah akan berakhir.

Isu rasuah turut menjadi persoalan yang besar bahkan dilaporkan semakin meningkat berbanding sebelum masa tercetusnya Arab Spring. Ia menjadi semakin kritikal dengan tragedi pembunuhan seorang wartawan  The Washington Post dan Ketua Pengarang Al-Arab News Channel,  Jamal Kashogi yang dikatakan berlaku di Konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober 2018. Keluarga di raja Arab Saudi dilaporkan terbabit dalam tragedi terbabit dengan mengarahkan kakitangan kedutaan mencekiknya sebelum mayatnya dilupuskan.

Walaupun keluarga di raja Arab Saudi menafikan pembabitan tersebut, berdasarkan maklumat penyiasatan, Mohamad bin Salman dikaitkan secara jelas dengan pembunuhan wartawan keturunan Arab Saudi yang banyak mengkritik keluarga di raja di atas dasar pemerintahan yang autokratik. Mohamad Salman yang menafikan pembabitannya turut membuat pengakuan mengambil tanggungjawab tersebut.

Pada 8 September 2020, Mahkamah Arab Saudi mengetepikan lima mereka yang didakwa terbabit daripada hukuman mati setelah anak lelaki Jamal Kashogi, memaafkan ‘pembunuh’ ayahnya itu yang telah membuka hukuman lebih ringan. Bagaimanapun, tunang Jamal Kashogi, wanita rakyat Turki, Hetice Cengiz yang tidak berpuas hati menyifatkan keputusan meringankan hukuman mati kepada penjara antara tujuh hingga dua puluh tahun sebagai “sandiwara” manakala seorang pakar ‘keadilan’ PBB menggelarkan keputusan terebut sebagai ‘parodi keadilan’.

Arab Spring turut dikenali dengan pelbagai nama. Antaranya, Revolusi Arab, Revolusi Musim Bunga, Revolusi Jasmin dan juga Kebangkitan Gelombang Demokrasi. Arab Spring dalam bahasa Arab dikenali sebagai Al Tsaurat Al Arabiyah bermula di Tunisia pada pertengahan Disember 2020 apabila seorang pemuda bernama Mohamad Bouzizi tertekan dengan keputusan dan ejekan pihak berkuasa tempatan yang merampas barang-barang jualannya kerana menjaja tanpa lesen. Pekerjaan tersebut dilakukan oleh Mohamad Baouzizi sejak dia berumur 10 tahun, akibat kegetiran hidup keluarganya untuk mencari sesuap nasi.

Mohamad Bouzizi dilahirkan pada 29 Mac 1984 di sebuah kampong bernama Sidi Salah, berhampiran pekan Sidi Bouzid. Mohamad Bouzizi memulakan perniagaan dengan menjual buah-buahan dan sayur-sayuran dengan menggunakan kereta tolak,  setelah ayah tirinya tidak lagi mampu mencari sumber pendapatan dan kehilangan tanah selepas gagal membayar pinjaman bank.

Ayah Mohamad Bouzizi, seorang buruh binaan di Libya meninggal dunia ketika umurnya tiga tahun akibat sakit jantung. Akibat kesempitan hidup, Mohamad Bouzizi tidak dapat meneruskan persekolahan dan setelah ibunya berkahwin dengan saudara bekas suami, mereka mengusahakan tanah seluas tiga hektar peninggalan arwah Bouzizi. Tanah itu tidak mempunyai punca air, maka ayah tiri Mohamad Bouzizi mencagarkannya untuk meminjam wang bagi membina sistem saliran dan dijadikan model penanaman. Beberapa lama kemudian, kerana hasil tidak seberapa, mereka gagal membayar pinjaman tersebut mengakibatkan pihak bank merampasnya.

Dalam keadaan kehilangan punca pendapatan, Mohamad Bouzizi akhirnya berusaha berniaga secara kecil-kecilan sebagai penjaja sayuran dan buah-buah ketika usianya menjejaki 10 tahun. Dengan gambaran yang diberikan oleh adik perempuannya, Samiz Bouzizi jelaslah bahawa abangnya tidak pernah belajar di mana-mana pusat pengajian tinggi, hanya bekerja sebagai penjaja untuk meraih rezeki keluarga. Bagaimanapun, sebagai seorang abang yang bertanggungjawab, Mohamad  Bouzizi sentiasa mengharapkan adik-adik terus maju dalam pelajaran hingga ke peringkat universiti, dan sentiasa memastikan harapan itu tercapai dengan menyimpan sedikit demi sedikit hasil pekerjaannya sebagai penjaja.

Mohamad Bouzizi ketika menginjak umur 26 tahun, sangat kecewa dengan ejekan seorang penguatkuasa yang merampas kereta tolak dan sayur-sayuran akibat menjaja secara haram. Kejadian itu berlaku pada pagi 17 Disember 2010. Menurut tafsiran, menjaja di pinggir jalan memerlukan permit manakala agensi lain, ia tidak memerlukan sebarang permit menjaja dengan menggunakan kereta tolak. Sebelumny, ia tidak menjadi pertengkaran yang serius, tetapi pada hari itu, ia benar-benar menyebabkan Mohamad Bouzizi kecewa. Untuk berniaga, Mohamad Bouzizi dikatakan meminjam sebanyak USD$200 sebagai modal, termasuk membayar ansuran kereta tolaknya.

Akibat kesalahan itu, Bouzizi didenda oleh pihak berkuasa tempatan atas kesalahan menjaja tanpa permit. Bouzizi menawarkan denda setaraf dengan hasil jualannnya sehari, tetapi, pihak berkuasa dengan angkuhnya menyelar dan mengejek. Mohamad Bouzizi dilaporkan telah ditampar oleh seorang petugas wanita bernama Faida Hamdi, yang ketika itu berusia 45 tahun. Disebabkan berlakunya pertengkaran antara keluarga Mohamad Bouzizi dan pihah berkuasa mengenai insiden tersebut, Mohamad Bouzizi mengambil keputusan mengadu kepada gaboner. Bagaimanapun, kakitangan di pejabat berkenaan enggan melayan dakwaan dan aduannya. Akibat kecewa, Mohamad Bouzizi mengancam  “Jika tidak mahu bertemu saya, Saya akan membakar diri”.

Mohamad Bouzizi kemudian ke sebuah stesen minyak untuk mendapatkan sebotol minyak, yang kemudiannya kembali ke pejabat gabenor dalam tempoh kurang sejam. Jam 11.30 pagi, Mohamad Bouzizi mengambil keputusan nekad dengan mencurahkan minyak ke seluruh badan dan membakar diri. Insiden itu menyebabkan kakitangan di pejabat berkenaan panik dan salah seorang daripadanya cuba membantu memadamkannya dengan menyimbah air. Namun, setelah api berjaya dipadamkan, kebakaran sudah berlaku sebanyak 90 peratus, bererti peluang untuk kembali pulih sangat kritikal.

Mohamad Bouzizi kemudiannya dibawa ke hospital dan dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU), kemudiannya dipindahkan ke hospital yang lebih lengkap dan besar di Sfax, yang terletak 110 kilometer, sebelum dipindahkan ke Ben Arous Burn and Trauma Center di Tunis yang jaraknya 270 kilometer. Hari terakhir tahun 2010, doktor melaporkan keadaan Mohamad Bouzizi sudah stabil, serta menunjukkan peluang positif untuk pulih. Mohamad Bouzizi kemudian mendapat perhatian Presiden Tunisia, yang datang melawatnya di hospital, pada hari yang sama doktor mengesahkan keadaan kesihatannya stabil.

Menurut ibu Mohamad Bouzizi, Zine Abidin Ben Ali berjanji akan menghantarnya ke Perancis untuk menerima rawatan terbaik, tetapi tidak kesampaian. Mohamad Bouzizi menghembuskan nafas terakhirnya pada lewat petang 4 Januari 2011. Kematian Mohamad Bouzizi telah menimbulkan simpati dalam kalangan golongan beliau di Tunisia, dan pada hari pengkebumiannya, lebih daripada 5,000 orang hadir memberikan penghormatan terakhir. Ketika itu pula berlaku perhimpunan anak muda melaungkan rasa marah ke atas pihak berkuasa dan berzaman untuk ‘membela’ kematian Mohamad Bouzizi. Tidak kurang juga yang meletakkan kematian Mohamad Bouzizi itu sebagai ‘syahid’ dan ada yang berikrar,  “wee will make those who cused your death wep”.

Selepas itu, protes semakin rancak dan menjadi ganas sehingga menyebabkan presiden Tunisia, Zine Abidin Ben Ali tidak lagi mampu mengawal kemarahan ‘anak muda’ yang menuntut peletakan jawatannya. Pada 14 Januari 2011, Zine Abidin cuba melarikan diri ke Paris, tetapi tidak mendapat kebenarangan Kerajaan Perancis. Zine Abidin dan keluarganya kemudian dibenarkan berlindung di Arab Saudi berdasarkan kriteria ‘a long list of conditions’ sehinggalah bekas presiden yang berkuasa selama 24 tahun (7 November 1987 hingga 14 Januari 2011) selama lima penggal meninggal dunia pada 19 September 2019 dalam usia 83 tahun (lahir 3 September 1936). (Bersambung)

Kamarun KH

 

Translate »