Muhyiddin sudah lama dilihat berada dalam dilema. Bukan hanya ketika menduduki jawatan Perdana Menteri ke-8 selepas Dr Mahathir meletakkan jawatan pada 24 Februari 2020. Muhyiddin sudah dilanda kemelut politik ketika dirinya memegang jawatan sebagai Menteri Besar Johor ke-13 (12 Ogos 1986-13 Mei 1995).
Ketika menjawat jawatan Menteri Besar Johor selama sembilan tahun, Muhyiddin dikatakan “angkuh dan sombong” ekoran titah Sultan Johor berkaitan prestasi pembangunan Johor semasa berbanding ketikanya.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, ini kerana hubungan baik Istana dengan dua MB selepas Muhyiddin (Ghani Othman3 Mei 1995 hingga 3 April 2013 dan Khaled Nordin 8 Mei 2013 hingga 10 Mei 2018). Walaupun tidak menyebut Muhyiddin, ramai pihak mentafsirkan bahawa titah Sultan Johor itu ditujukan kepada Muhyiddin, iaitu “angkuh dan sombong dan hanya mengikut telunjuk kerajaan Persekutuan”.
Bagaimanapun, Muhyiddin dalam kenyataan akhbarnya menafikan yang dimaksudkan itu adalah dirinya. (mStar online, “Muhyiddin Nafi Sombong, Angkuh Ketika Jadi MB Johor”, 27 Februari 2017). Jelas Muhyiddin, ketika beliau adalah Menteri Besar, “rakyat menikmati kemajuan ekonomi yang pesat”, “krisis perlembagaan (1983) yang melibatkan imuniti Raja-Raja Melayu dapat ditangani dengan baik”, “kerjasama yang baik antara rakyat dan kakitangan kerajaan”, “urusan negeri dapat dilaksanakan tanpa campur tangan pihak luar termasuk Istana”, “menjalankan urusan pentadbiran negeri bedasarkan dasar-dasar yang memberi faedah kepada rakyat:, dan “tidak ada tanah hak milik kekal jatuh ke tangan warganegara asing manakala tanah-tanah yang dipindah untuk pembangunan adalah berstatus pegangan pajakan dan bila sampai waktunya, tanah-tanah itu diserahkan semula kepada kerajaan.”
Isu penggunaan tanah untuk pelaburan atau perindustrian pernah menyintak perjalanan politim Muhyiddin apabila didakwa bersetuju dengan Dr Mahathir (Perdana Menteri ke-4) memeterai perjanjian dengan Singapura ‘bebas mengambil alih tanah seluas 54,000 ekar ) 216 kilometer persegi bagi membina Empangan Sg Linggui, Kota Tinggi”. Perjanjian itu dimeterai pada 24 November 1990. Berdasarkan pendedahan eksklusif Lim Sian Ee, penganalisis politik, sekaligus “terbongkar cerita kenapa Sultan Joho, Alhamrhum Sultan Iskandar amat murka terhadap Dr Mahathir”.
Tempiasnya, turut dirasakan oleh Muhyiddin yang ketika itu adalah Menteri Besar. Dalam perjanjian tersebut, Singapura perlu membaayar RM 320 juta sebagai pampasan ketugian kekal dan premium tanah berjumlah RM 388 manakala sewa tahunan ialah RM 30 untuk setiap kaki persegi. Ia dilihat sebagai perjanjian pelik kerana Singapura dibenarkan mengambil air mentah tanpa had dari Sungai Linggui yang merupakan anak Sungai Johor yang mengalir dari Gunung Gemuruh ke Selat Johor sejauh 123 kilometer. (“Kisah Mahathir Gadai Johor Kepada Singapura, https://www.mynewshub.tv/, 31 Disember 2017.)
Muhyiddin kembali ke pusat pada 8 Mei 1995, iaitu selepas PRU ke-9 dan dalam percubaan kali kedua dengan menjadikan dirinya sebagai ‘Team Wawasan’, Muhyiddin menang jawatan Naib Presiden dalam Pemilihan UMNO pada November 1993. Mula menjadi ahli UMNO pada tahun 1971 dan tahun 1984, dipilih sebagai Ketua UMNO Pagoh menggantikan Tan Sri Othman Saat (1927-2007). 1978 bertanding di Parlimen Pagoh dan mengekalkan kerusi itu pada PRU 1982. Dilantik peringkat pusat sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Luar Negeri , Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan seterusnya Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum menjawat jawatan Menteri Besar Johor.
Di peringkat pusat, Muhyiddin pernah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan (1995-1999), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1999-2004), Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2004-2008), Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2008-2009), Menteri Pelajaran (2009-2013), Menteri Pendidikan (2013-2015) dan Timbalan Perdana Menteri (2009-2015) selepas memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO (2009-2016). Muhyiddin pada 28 Julai 2015 telah digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Malaysia apabila mengkritik secara terbuka pembabitan Najib dalam skandal 1MDB.
Selepas dipecat daripada UMNO (26 Februari 2016), Muhyiddin bersama Tun Dr Mahathir menjadi pengkritik utama kepimpinan Najib dan seterusnya berjaya mendaftarkan sebuah parti baharu, iaitu Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Muhyiddin dilantik sebagai Presiden Bersatu manakala Tun Dr Mahathir ialah Pengerusinya. PRU ke-14, Muhyiddin menang di Pagoh dan DUN Gambir. Muhyiddin dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri dalam kabinet Tun Dr Mahathir (Malaysia Baru) namun, kelibat Muhyiddin dilihat tidak begitu menyerlah akibat mengalami kanser prostat.
Kelibat Muhyiddin dilihat sedikit keras apabila menarik balik penyertaan Bersatu dalam Pakatan Harapan pada 24 Februari 2020 sebaik sahaja Dr Mahathir menulis surat perletakan jawatan sehari selepas Langkah Sheraton. Beberapa hari sebelum suatu perjumpaan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, Dr Mahathir berhadapan dengan ‘tekanan’ dan dilemma untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri atau meneruskan ‘proses peralihan kuasa’ sebagaimana dituntut oleh penyokong Anwar.
Dalam kemelut tersebut, Dr Mahathir enggan menamakan Anwar sebagai penggantinya, walaupun pernah dipersetujui dan dilafazkan berkali-kali. Tanpa perbincangan dan persetujuan PH, Dr Mahathir meletakkan jawatan sehingga menyebabkan situasi politik Malaysia tegang selama seminggu. (Mohamad Takiyudin Ismail dan Sufian Mansor (penyunting), Tujuh Hari Panjang: Saga Sheraton, K.Lumpur: Penerbit Univesiti Malaya, 2020; Ahmed Faezal, Langkah Sheraton, K.Lumpur: Patriots Publishing Sdn Bhd, 2020; dan M Hafizul Hilmi, Mesyuarat Terakhir (The Last Meeting), K.Lumpur: Patriots Publishing Sdb. Bhd., 2020).
Dalam keputusan yang dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang di Petuan Agong (YDPA) pada 29 Februari 2020, Muhyiddin dipilih sebagai Perdana Menteri ke-8 selepas bertemua selama dua hari dengan kesemua Ahli Parlimen (MP) bagi mengetahui siapakah calon PM yang mempunyai sokongan majoriti. Keputusan itu kemudian menyebabkan Muhyiddin diserang oleh Dr Mahathir dan pemimpin-pemimpin PH yang tidak bersetuju. Dolak-dalik Dr Mahathir dan Anwar tidak dapat menunjukkan antara mereka siapakah yang lebih berpengaruh, bahkan antara kedua pemimpin sering bertelingkah dan jatuh menjatuh, Akhirnya, pagi 1 Mac 2020, Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-8.
Sejak itu, Muhyiddin menjadi sasaran kritikan PH. Ini kerana selain bersengkongkol dengan Azmin Ali untuk menumbangkan Dr Mahathir, Muhyiddin turut disertai bersama oleh wakil rakyat yang melompat dari UMNO. Muhyiddin turut mendapat kerjasama daripada UMNO, PAS dan GPS. Kerjasama itu berjaya meletakkan Muhyiddin memerintah dengan majoriti mudah, dan apabila berjaya membentuk kabinet, ia dipanggil pula sebagai ‘kerajaan pintu belakang’ yang kemudiannya disindir oleh Presiden PAS sebagai ‘kerajaan tebuk atap’. Sehingga kini, imej tersebut terus dilakarkan oleh pemimpin PAS, terutama oleh PAN, DAP dan Dr Mahathir sendiri.
“Lima sekawan’ (Dr Mahathir, Mukhriz Mahathir, Amirudin, Mazlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) yang diketuai oleh Dr Mahathir akhirnya diisytiharkan terlucut keahlian dalam Bersatu (28 Mei 2020) berdasarkan kedudukan mereka di bangku pembangkang ketika susunan kerusi Dewan Rakyat pada 18 Mei 2020. Kemudian, pada Dr Sharudin Mohd Salleh dipecat daripada Bersatu. Dr Mahathir pada 25 September 2020 mengumumkan nama Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) manakala Syed Saddiq mendaftarkan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia) pada 17 September 2020.
Selepas pembukaan Dewan Rakyat pada sebelah pagi, di sebelah petang 18 Mei 2020, Dr Mahathir mengadakan Sidang Media di Yayasan Kepimpinan Perdana bagi mengulas Sidang Dewan Rakyat yang tidak membahaskan Titah Ucapan YDPA dan kedudukan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin. Sebaliknya, Sidang Dewan Rakyat ditangguhkan selepas pembukaan rasmi kerana wabak COVID 19 sedang meningkat dan seluruh negara masih dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagi Muhyiddin, usaha memutuskan rantaian COVID 19 adalah lebih utama berbanding membenarkan Sidang Dewan Rakyat dilaksanakan dalam tempoh panjang kerana bimbang akan kluster Dewan Rakyat.
Muhyiddin mengangkat sumpah ketika COVID 19 sedang berkembang pada tahap epidemik di mana pada bulan Mac 2020 telah muncul kluster terbesar, iaitu Kluster Jemaah Tabligh. Kes pertama COVID 19 dikesan di Malaysia pada 25 Febuari 2020, iaitu seorang pelancong daripada China yang memasuki Johor melalui Singapura dan seorang warga tempatan di Johor. Akhir Mac berlangsung perhimpunan Jemaah Tabligh di Masjid Sri Petaling dan angka kes telah meningkat kepada lebih 2,000 pesakit. Ketika itu, Malaysia mencatatkan kes kumulatif terbesar di Asia Tenggara. Pada 16 Mac 2020, Muhyiddin mengeluarkan arahan untuk melaksanakan PKP di seluruh negara bermula 18 Mac 2020 selama dua minggu. PKP kemudiannya dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2020. Jumlah kumulatif COVID 19 (sehingga 31 Ogos 2020) ialah 9,340 kes dengan 9,054 (96.9 peratus pulih) dan 127 kematian (1.36 peratus). Disebabkan kes baharu telah menurun kepada satu angka (6 orang), PKP ditamatkan dan digantikan dengan PKPP (Perintah Kawalan Pemulihan).
Kes COVID menjadi meningkat lebih tinggi selepas Pilihan Raya Negeri Sabah (26 September 2020) di mana pada 1 Oktober 2020 meningkat 260 kes baharu menjadikan keseluruhannya 11,484 kes dengan 136 kematian. Pada 6 Oktober 2020, kes baharu telah meningat kepada 691 dan ia semakin sehari menunjukkan peningkatan yang meresahkan. Sehingga jam 12 tengah hari 24 Oktober 2020, kes baharu ialah 1,228 di mana Sabah terus mencatatkan kes baharu yang teramai (889 kes atau 72.4 peratus). Keseluruhan mereka yang positif ialah 25,742 kes dengan 221 kematian, 16,555 kes telah didiscaj dan 92 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi.
Pada 13 Oktober 2020, Anwar Ibrahim mengadap YDPA setelah tertangguh beberapa hari daripada pengumumannya bahawa “kerajaan Muhyiddin telah tumbang’ (23 September 2020). Ketika itu, YDPA sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara. Selepas menyampaikan ‘dokumen’ mempunyai sokongan lebih 120 wakil rakyat, sebelah petangnya, Tengku Razaleigh Hamzah diminta untuk mengadap YDPA dan Anwar mengadakan Sidang Media. Dalam Sidang Media tersebut Anwar mendakwa mempunyai sokongan lebih 120 wakil rakyat termasuk daripada UMNO, PAS dan GPS. Beliau turut mengulangi kenyataannya bahawa ‘kerajaan Muhyiddin jatuh’.
Ketika isu itu diperkatakan, Muhyiddin masih belum memberikan sebarang reaksinya. Keesokannya, tersebar surat Tengku Razaleigh Hamzah mengenai cadangan usul tidak percaya kepada Muhyiddin agar dibahaskan di Dewan Rakyat manakala Tengku Razaleigh menyatakan YPDA hanya bertanyakan tentang situasi politik semasa. Tengku Razaleigh dipanggil mengadap kerana beliau adalah wakil rakyat yang paling lama (sejak tahun 1964) dan mempunyai pengalaman politik yang lebih luas dalam kerajaan.
Tersebar pula khabar bahawa Tengku Razaleigh akan dilantik sebagai Perdana Menteri (interim), iaitu sehingga PRU ke-15 diadakan. Pada 23 Oktober 2020, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas Jemaah Menteri dan menurut laporan media, kabinet bersetuju untuk melaksanakan ‘darurat’ bagi meredakan krisis politik. Kabinet dikatakan tidak setuju diadakan PRU dalam tempoh terdekat kerana COVID 19 terus meningkat dan seluruh rakyat sedang berperang dengannya. Ia dijangka jumlah kes baharu harian akan meningkat berkali ganda jika PRU diadakan ketika wabak COVID 19 masih belum tamat. Berdasarkan kesan PRN Sabah, dalam keadaan COVID 19 reda, jumlah kes baharu terus mencanak selepasnya dan kini sampai pada tahap amat membimbangkan.
(Bersambung)
MONOSIN SOBRI
Recent Comments