Dalam bahasa Arab, istilah politik disebut sebagai siyasah. Pada masa lalu, istilah siyasah (siasah) tidak digunakan secarak husus. Namun, perbahasan tentang konsep ini boleh ditemui di dalam buku fikah dan usul fiqh yang membahaskan perwalian, perwakilan dan kepentingan umat, atau dalam buku falsafah politik karyai lmuwan besar Islam seperti al- Farabidan al-Mawardi. Selain itu, terdapat hukum Islam yang membahaskan politik, iaitu fiqh al-siyasah( fikah politik).

Pada umumnya, perbahasan tentang politik atau siyasah ialah perbahasan tentang siyasah syariah, iaitu satu bahagian dalam fikah politik yang membahaskan persoalan ketatanegaraan, baik yang berkaitan dengan pemimpin mahupun rakyat.

Hal yang berkaitan dengan fungsi dan tugas ketua negara, pembentukan undang- undang dan hak serta kewajipan rakyat dibahaskan dalam fikah politik ini.

TIGA TAJUK UTAMA

Padau mumnya, perbahasan tentang politik dalam Islam berkisar pada tiga tajuk utama, iaitu undang-undang Negara (dusturiyyah ), urusan luar negara (kharijiysh ) dan kewangan (maliyyah).

Hal yang berkaitan dengan penggubalan undang-undang, fungsi pemerintahan, hak dan kewajipan pemerintah serta rakyat dijelaskan dalam dusturiyyah. Yang berkaitan dengan dasar, diplomasi dan politik luar negara dijelaskan dalam kharijiyyah. Yang berkaitan dengan sumber kewangan dan pengelolaannya pula dibicarakan di dalam maliyyah.

KEPENTINGAN UMAT

Sesuai dengan perkembangan zaman, keperluan akan peringkat kekuasaan juga semakin berkembang. Untuk itu, para pemerintah diberi hak yang luas untuk menentukan dasar bagi kepentingan umat, selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas ajaran Islam

Maksudnya, pihak penyelenggaraan Negara dalam Islam berhak menentukan dasar yang berkaitan dengan kepentingan bersama dalamnegara, meskipun tidak ada petunjuk secara terperinci daripada al-Quran dan sunnah Rasulullah s.aw tentang dasar tersebut.

POLITIK ZAMAN NABI

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., belum ada pemisah kekuasaan eksekutif, undang- undang dan kehakiman. Ketiga-tiganya dipegang sendiri oleh Nabi s.a.w. Nabi s.a.w sendiri merupakan pengubal undang-undang, baik yang bersumber daripada wahyu Allah s.w.t mahupun yang berasal daripada dasar peribadi , iaitu berupa hadis.

Nabi s.a.w. juga seringkali menjadi hakim untuk menangani persoalan hukum yang dihadapi oleh para sahabat baginda. Pada zaman Umar al-Khattab, pemisah badan kehakiman dilakukan. Badan eksekutif dan perundangan tetap di bawah kuasanya. Beberapa orang hakim dilantik untuk membantunya menangani persoalan hukum yang semakin banyak muncul.

PEMBAHAGIAN KUASA

Pada zaman pemerintah Bani Umaiyah, pembahagian kuasa semakin jelas kerana Muawiyah bin Abu Sufyan memisahkan kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman. Persoalan hukum ditangani oleh ulama, manakala persoalan pemerintahan ditangani oleh pemerintah.

Semua peraturan undang-undang bersumberkan al-Quran, sunnah atau ijithad para sahabat Nabi s.a.w. Bagaimanapun, semakin lama persoalan hokum menjadi semakin rumit kerana semakin banyak  fatwa dikeluarkan oleh para mujtahid dan muncul pelbagai mazhab di setiap kota. Sejak itu, hubungan ketiga-tiga kuasa tersebut mula tidak lancar. Keadaan ini berlanjutan hingga zaman pemerintahan Bani Abbasiyah dan Uthmaniyah.

BADAN KEKUASAAN

Sama seperti dalam teori politik moden, badan kekuasaan dalam pemerintahan Islam dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman. Kuasa eksutif bertugas menjalankan pemerintahan. Dalamamalannya, orang tertinggi dalam badan ini ialah khalifah, diikuti oleh para menteri dan gabenor.

Kuasa perundangan berfungsi sebagai penggubal peraturan dan undang-undang. Kuasa kehakiman pula bertanggungjawab mengawasi dan melaksanakan peraturan dan undang- undang.  Padazaman kegemilangan Islam, dua badan terakhir ini biasanya dikuasai oleh ahli fikah.

Susunan AIN AHMAD

Translate »