Al-Mas’udi merupakan ahli geografi, sejarah, geologi, zoologi, tokoh ensiklopedia sains Islam dan dikenal sebagai seorang pengembara dunia. Beliau juga mempelajari ilmu kalam, akhlak, politik, dan bahasa.

Nama lengkapnya ialah Abu Hasan Ali bin Husein bin Ali al-Mas’udi. Beliau mendapat gelaran Imam al-Mu’arrikhin (pemimpin para sejarawan) oleh Ibnu Khalikan (608 H / 1211 M-681 H / 1282 M), seorang sejarawan Muslim yang terkenal. Selain itu ia juga dikenali sebagai “Herodotus” (ahli sejarah Yunani).

Setelah menyelesaikan pendidikan pertama yang diterima daripada ayahnya, al-Mas’udi segera merancang untuk mendalami sejarah, adat istiadat, dan cara hidup setiap negeri. Beliau juga banyak mempelajari ajaran Kristian dan Yahudi, serta sejarah Barat dan Timur yang berlatar belakang Kristian dan Yahudi.

Ia menulis banyak karangan, namun sebahagian besar tidak ditemui lagi. Dan yang sampai ke tangan generasi sekarang ini pun ada yang hanya berupa ringkasan. Antara karyanya yang termasyhur adalah Zakha’ir al-Ulum wa Ma Kana fi Sa’ir ad- Duhur (Khazanah Ilmu Pada Setiap Kurun) dan al-Istizkar Lima Marra fi Salif al-A’mar, tentang peristiwa-peristiwa masa lalu.

Kedua-dua buku tersebut telah diterbitkan kembali di Najaf pada tahun 1955. Selain itu, banyak lagi buku beliau yang berkaitan dengan sejarah telah diterbitkan. Ia merangkumi sejarah umat masa lampau dan bangsa-bangsa sekarang serta kerajaan-kerajaan mereka.

Buku yang terdiri daripada 30 jilid ini tidak seluruhnya sampai ke tangan generasi sekarang. Yang ada hanyalah dalam bentuk ringkasan, namun tidak diketahui pengarangnya. Beberapa manuskrip menyebutkan bahawa ringkasan itu merupakan jilid pertama daripada kitab ini.

Kitab ini terdiri daripada dua bahagian besar. Pertama, berisi sejarah penciptaan alam dan manusia, sifat-sifat bumi, laut, peristiwa-peristiwa luar biasa, riwayat nabi-nabi, sejarah bangsa-bangsa kuno dengan agama dan alirannya, serta adat istiadat dan tradisi. Al-Mas’udi banyak mengutip karya para sejarawan sebelumnya. Kedua, berisi sejarah Islam, mulai akhir masa Khulafa’ ar-Rasyidin (empat khalifah besar) sampai awal masa pemerintahan Khalifah al-Muti daripada Dinasti Abbasiyah.

Selain itu, al-Mas’udi juga memaparkan pembahagian bumi ke dalam beberapa wilayah. Menurutnya, bentuk daratan dan lautan menyerupai segmen sebuah / sebiji bola. Kitab yang sekarang dianggap sebagai kitab turas (khazanah Islam klasik) ini diterbitkan kembali pada tahun 1866 di Bulaq dan tahun 1895 di Kaherah.

Kitab ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis oleh C.B de Meynard dan P. de Courteille, menjadi 9 jilid (Paris, 1861-1877). Sebelumnya, jilid satu daripada kitab ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh A. Sprenger (London, 1841).

Selain daripada kitab-kitab tersebut, beberapa karya al-Mas’udi yang tidak sampai kepada generasi sekarang adalah al-Istinsar (Kebangkitan), az-Zahi (Masa kecemerlangan), al-Qadaya wa at-Tajarib (Peristiwa dan Pengalaman), dan lain-lain lagi.

Dalam penulisan sejarah, berbeza dengan sejarawan lainnya yang kebanyakan pada masa itu menggunakan pendekatan al-hauliyyat (penulisan berdasarkan tahun), al-Mas’udi menggunakan pendekatan at-tasnif al-maudu’i (tematik).

Tema-temanya meliputi bangsa, raja, dan dinasti. Dalam pemaparan sejarah, beliau menyajikan bahan dengan menarik, diramu bersama peristiwa politik, peperangan, dan informasi tentang masyarakat dan adat istiadatnya, di samping pembahasan geografi. Dalam hal ini banyak diikuti oleh sejarawan yang datang kemudian, termasuk Ibnu Khaldun.

Secara keseluruhan, karya al-Mas’udi dapat dipakai sebagai sumber untuk memahami pandangan umum muslim mengenai dunia dan juga sebagai bahan penyelidikan pengetahuan tentang geografi dan sejarah alam. Informasi dalam karyanya tentang negeri yang dikunjunginya diperolehi daripada sumber primer, terutama wilayah-wilayah Islam.

Al-Mas’udi dikenal sebagai pengikut aliran Muktazilah, seperti disebut dalam karyanya Muruj az-Zahab. Namun ada juga yang menyebutnya sebagai pengikut Syiah kerana ia banyak mengungkapkan kebesaran Syiah dalam tulisannya.

Dalam dua karyanya, iaitu yang pertama dan kedua seperti yang disebut di atas, beliau menyatakan adanya “wasiat” Nabi Muhammad s.a.w kepada Ali bin Abi Talib. Hal itu tidak diakui oleh golongan Sunni tetapi diyakini oleh golongan Syiah.

Susunan SITI AMINAH ZAKARIA

Translate »