Dalam merayakan kelahiran Nabi Muhammad saw yang merupakan suatu detik yang bersejarah dalam peradaban umat manusia-para fuqaha ahli sunnah mengkategorikan tradisi perayaan Maulid ini sebagai bidaah hasanah. Demikian juga praktik perayaan maulid di negara kita telah menjadi tradisi yang mengakar dan dihormati serta mendapat dokongan dari para ulama dan cendiakawan muslim setempat.

Demikian juga. perayaan maulid dinegara-negara Islam lain tidak kurang hebatnya. Di Mesir, Iraq Utara, Turki, Afrika Utara, China, Iran dan Maghribi perayaan maulid di sambut dengan meriah dan di isi dengan khutbah dan pembacaan syair-syair tentang kemuliaan Rasulullah SAW.

Perayaan ini disambut mengingatkan pentingnya  mengekalkan perpaduan serta semangat keislaman dan kecintaan pada Nabi saw agar dapat terpelihara dalam sanubari umat Islam di bawah tekanan modenisasi dan propaganda sekularisme.

Sebenarnya perayaan Maulud Nabi saw adalah hal yang sangat dianjurkan sebagai media untuk melahirkan kecintaan kepada Baginda Nabi Muhammad saw. Mengapa kita wajib mencintai Rasulullah saw? Kerana beliau sememangnya wajar untuk dicinta. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firmannya yang bermaksud :

“Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasulnya mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah yaitu nabi-nabi, para shiddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itu teman yang sebaik –baiknya”. (Surah An-Nisa’ ayat 69).

Setiap  Muslim tentunya hormat dan kagum kepada Nabinya.Bukan sahaja ketika memandang beliau dari kacamata manusia saperti yang dilakukan oleh kebanyakan tokoh bukan Islam tetapi lebih-lebih lagi ketika memandang beliau dari kacamata agamanya.Disini setiap muslim akan menjadikan Al-Quran sebagai rujukan dalam sikapnya.

Beliau memang manusia saperti kita juga dalam struktur,fungsi fizikal dan nalurinya.Tetapi sifat kemanusiaan Rasul SAW mencapai kesempurnaan,apalagi beliau mendapat wahyu dari AllahSWT.Justeru itu Allah SWT berpesan:”Jangan jadikan panggilanmu terhadap Rasul sama dengan panggilan sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain”.(maksud Al-Quran 24:63)

Allah SWT sendiri memanggil manusia mulia ini dengan gelaran terhormat saperti “wahai nabi” atau “wahai Rasul”

 

Mencintai Rasulullah menjadi suatu  keharusan dalam iman. Ia menjadi prinsip, bukan pilihan  suka atau tidak suka. Seorang Muslim harus menyimpan rasa cinta kepada Nabinya, seberapa kecil sekali pun.Idealnya ia mencintainya lebih darisegala sesuatu yang ia miliki, bahkan dirinya sekalipun. Dan itulah pada hakikatnya iman yang paling sempurna. Sabda nabi “Tidak beriman seseorang sehingga aku (Nabi) lebih ia cintai.dari dirinya sendiri.

 Meskipun begitu, kita dapat jumpa beberapa mazhab yang menentang adanya perayaan semacam itu. Salah satu mazhab yang menentang diadakannya perayaan maulid itu adalah kaum Kharaji di Oman. Namun para fukaha besar seperti Ibnu Hajar, al-Nawawi, al-syaukani dan ulama-ulama ortodoks lainnya dalam karya-karya tulisan mereka menegaskan dukungannya terhadap perlunya perayaan maulid Nabi  saw. Kaum ulama mazhab Sunni (kaum salafi) turunan mazhab Hambali sentiasa berada pada barisan depan dalam mempromasikan perayaan-perayaan Islam diberbagai tempat. Sebagai contoh, Ibnu Taimiyah, seorang ulama Syiria abad pertengahan, memberi pandangan: “Merayakan dan memberi rasa hormat kepada kelahiran Rasulullah saw dan memandangnya saat yang bersejarah sebagaimana yang dilakukan  saudara Muslim kita adalah suatu perbuatan positif. Di dalam perbuatan itu terkandung ganjaran yang besar dari sisi Allah kerana niat tulus  dan ikhlas mereka menghormati Baginda Nabi Muhammad saw” .

Dalam tradisi kaum salaf, para salaf al-shalih ini telah menghasilkan karya-karya apresiatif terhadap perayaan Maulid yang secara khusus dibicara di depan umat pada setiap hari pelaksanaan perayaan itu. Salah satu diantaranya adalah karya Ibnu Katsir berjudul Maulid yang barangkali terbaik diantara karya-karya kaum salaf itu. Karya Ibnu Katsir itu terkenal dikalangan kaum Muslimin di seluruh dunia. Mufassir besar ini memulai Maulidnya dengan mengatakan: malam kelahiran Nabi agung itu adalah suatu malam yang penuh berkat, penuh keskralan, kemuliaan, keagungan. Dan malam itu juga merupakan malam yang sinar cahaya dan malam yang tidak ternilai harganya bagi para pengikut setia Muhammad saw.

Iman Al-Bukhari menyebutkan dari Ka’ab bin ‘Ajrah yang berkata bahawa Nabi ditanya: “Ya Rasulullah, salam kepada Tuan telah kami ketahui, namun bagaimana dengan shalawat?” Rasulullah menjawab, “Katakanlah oleh kamu, ‘Allahumma shalli ‘ala Muhammad wa ali Muhammad’”.

Abu Sa’id al-Khudri berkata, “ Ya Rasulullah, ini adalah salam, namun bagaimana kami mengucapkan shalawat kepada Tuan?” Rasulullah menjawab, “Katakanlah oleh kalian ‘Allahumma  shalli ‘ala Muhammad wa ‘ali Muhammad’”.

Iman al-Bukhari menyatakan di dalam Shahihnya pada bahagian al-Tafsir, bahawa menurut Abu al-‘Aliyah, maksud shalawat dari Allah itu adalah sanjungan Allah terhadap Nabi Muhammad saw di hadapan para malaikat-Nya. Sedangkan shalawat malaikat itu adalah doa. Sementara Ibn ‘Abbas mengertikan yushalluna ‘alayya sebagai yubarrikun (mereka yang memberkati).

Dalam komentarnya atas tafsir Jalalain tentang Surah al-Ahzab ayat 56, al-‘Arif al-Shawi menyatakan bahawa di dalam ayat tersebut tersirat satu dalil yang amat besar bahawa Rasulullah saw adalah tempat curahan rahmat dam makhluk yang paling utama secara mutlak. Qadi ‘Iyadh berkata, “Seluruh ulama telah sepakat, bahawa ayat ini menunjukkan pengagungan dan pujian terhadap Nabi saw yang tidak terdapat pada selain beliau.”

Banyak riwayat hadis menyebutkan bahawa seluruh makhluk mengucapkan shalawat kepada Muhammad saw dan keluarganya. Dalam perjalanan Isra’ dan Mi’raj, Nabi Muhammad saw berhenti di Baitul Maqdis melaksanakan solat dan berjemaah dengan semua nabi dan rasul. Nabi sebagai imam. Pertemuan tersebut diawali dan diakhiri dengan menyampaikan shalawat kepadanya sebagai tanda penghormatan tertinggi yang diberikan Allah kepada Muhammad.

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya bershalawat ke atas Nabi. Hai orang-orang yang beriman bershalawatlah kepadanya, dan berilah salam dengan bersungguh-sungguh. (al-Ahzab : 56)

Catatan : Ibnu Khaldun

Translate »