Menyekutukan Allah s.w.tdengan Tuhan lain sebagai sembahan, objek pemujaan dan tempat menggantungkan harapan dinamakan syirik.

Kata “syirik” berasal daripada bahasa Arab “syarika-yusyriku-syirik”, yang bermaksud “sekutu” atau “persekutuan”.

Syirik digolongkan dalam kategori kufur kerana perbuatan syirik itu mengingkari keesaan Tuhan, yang bermaksud mengingkari kemahakuasaan dan kemahasempurnaan-Nya.

Dalam al-Quran, istilah” kafir” kadang-kadang digunakan untuk orang musyrik (pelaku syirik) di samping istilah “musyrik”.

RIAK DAN BERHALA

Syirik kecil (al-syirk al- asghar) disebut juga riak (riya). Riak dikategorikan sebagai syirik berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w bahawa syirik tersembunyi (al-syirik al-kahfi) ialah melakukan pekerjaan supaya dilihat atau dipuji orang.

Asas adanya syirik kecil dalam erti riak terdapat dalam Q.18:10. Menurut para musafir, istilah “syirik” dalam ayat tersebut merujuk kepada erti syirik dalam bentuk riak. Yang banyak disoroti dalam al-Quran ialah syirik besar (al-syirik al-akbar) khususnya penyembahan berhala, yang disebut juga syirik terang-terangan (al-syirik al-jail).

Daripada al-Quran diketahui bahawa lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w, manusia telah menganut fahaman berhala. Para rasul yang diutuskan ke dunia, daripada Nabi Nuh a.s hingga Nabi Muhammad s.a.w umumnya berhadapan dengan masyarakat penyembah berhala.

Orang musyrik yang menyembah patung berhala yakin bahawa sembahan patung berhala itu memiliki cirri ketuhanan.

TUHAN KECIL

Kemusyrikan dalam bentuk berhala merupakan cirri masyarakat tradisi, seperti halnya masyarakat pada zaman para nabi. Berhala, baik dalam bentuk patung mahupun bentuk lain dijadikan objek sembahan kerana dianggap dapat mendatangkan manfaat serta menolak bahaya. Berhala itu berfungsi sebagai Tuhan kecil (alihan) kerana disembah dan dipuja. Orang musyrik menjadikan Tuhan kecil ini sekutu dan tandingan bagi Allah s.w.t.

KAUM MUSYRIK

Pada era pertama kerasulannya hingga lebih separuh tempoh perjuangannya, Nabi Muhammad s.a.w sendiri menghadapi kaum penyembah berhala, bahkan setelah berhijrah ke Madinah.

Kaum musyrikin merupakan musuh utama yang dihadapinya. Penentangan mereka dapat dipadamkan ketika umat Islam berjaya membebaskan Mekah pada tahun 8 Hijrah serta menghancurkan patung berhala di sekitar Kaabah.

Sejak itu, berakhirlah era pemujaan berhala di tempat suci itu.

DAKWAH NABI

Dakwah utama para rasul adalah untuk menanam akidah tauhid dan mengikis fahaman keberhalaan. Umat Nabi Nuh a.s memuja berhala. Dalam al-Quran disebut nama berhala, antaranya Wadd, Suwaa, Yaghuth, Y’uuqdan Nasr (Q.71:23).

Nabi Hud a.s pula mendapati bahawa kaumnya (‘Ad) menyembah banyak tuhan. Ketika Nabi Hud a.s menyeru kepada tauhid, mereka menjawab, “Wahai Hud, engkau tidak membawa kepada kami sebarang keterangan yang membuktikan kebenaranmud an kami tidak akan meninggalkan penyembahan tuhan-tuhan kami dengan sebab kata-katamu itu!”(Q.11:53 )

DOSA TERBESAR

Berhala sembahan dianggap sebagai tandingan bagi Allah s.w.t kerana orang musyrik yang menyembah patung berhala yakin bahawa sembahan patung itu memiliki cirri ketuhanan.

Dosa syirik ini sangat dilarang dan tidak akan diampuni Allah s.w.t. Justeru inilah yang sangat dilarang oleh Allah s.w.t. Maka sangat wajarlah jika syirik merupakan dosa paling berat antara semua dosa dan kejahatan.

Al-Quran menegaskan bahawa Allah s.w.t tidak akan mengampuni dosa syirik dan perbuatan syirik ialah dosa yang sangat besar.

Susunan HALIMAH ZAKARIA

Translate »