Pengaruh filem amat besar dalam dunia Islam. Selain sebagai alat hiburan, filem juga berfungsi sebagai wadah pendidikan untuk menyebarkan syiar Islam. Filem pertama kali ditemukan di Barat pada peralihan abad ke-20, lalu dibawa masuk ke dunia Islam oleh keluarga kerajaan, seperti kerajaan Uthmaniyah dan para pengimport tempatan.

Para pekerja filem Islam baru memulai penghasilan filem mereka pada 1930-an. Hingga Perang Dunia Kedua, jumlah penghasilan filem mereka tetap kecil.

Pada tahun 1960-an, industry filem dalam dunia Islam mulai muncul, sekalipun jumlah penghasilannya masih jauh lebih kecil dibandingkan dengan penghasilan filem Barat.

Citra Islam dan umat Islam seringkali digambarkan negative dalam filem Barat, menurut perspektif Islam filem dengan gambaran tentang Islam dan umat Islam yang mereka dipandang lebih sesuai dihasilkan.

MUSTAFA AKKAD

Para pekerja filem Islam dan Barat pernah bekerjasama. Hasilnya antara lain filem The Message (dalam versi Arab: al-Risalah) dan Lion of the Desert. Filem yang pertama menggambarkan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dalam menyebarkan risalah Islam, dan filem yang kedua menggambarkan perjuangan Umar al-Mukhtar pada 1911-1931 melawan penjajahan Itali di wilayah yang sekarang ini adalah Libya. Kedua-dua filem ini diarahkan oleh Mustafa Akkad, seorang pekerja filem Syria yang menetap di Amerika Syarikat.

SYIAR ISLAM

Antara filem yang dihasilkan di dunia Islam, jumlah filem yang secara khusus dibuat untuk tujuan syiar Islam relatifnya kecil, misalnya karya sejumlah prosedur filem yang dipimpin oleh Yucel Cakmakli yang juga memperoleh sokongan daripada pemerintah Turki. Dari Mesir, muncul siri tentang Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabatnya atau tokoh besar sejarah Islam, seperti al-Imam Malik, filem tentang Imam Malik, filem tentang Imam Malik, pendiri Mazhab Maliki (diarahkan oleh Mustafa Kamil).

ABBAS KIAROSTAMI

Sejak dekad 1990-an, filem yang digarap oleh pengarah Iran seringkali memperoleh penghargaan tinggi di pelbagai festival filem antarabangsa. Dua nama pengarah yang amat menonjol ialah Abbas Kiarostami dan Majid Majidi.

Mereka begitu dikagumi antara lain kerana tetap berjaya menghasilkan karya gemilang sekalipun pemerintah Iran pascarevolusi menerapkan penapisan yang ketat terhadap semua penghasilan filem.

  1. RAMLEE

Sejak Perang Dunia Kedua, di beberapa negara Islam seperti Mesir, Turki, Iran, Malaysia dan Indonesia terjadi lonjakan penghasilan filem. Hal ini berkait rapat dengan sokongan pemerintah negara tersebut terhadap kerja-kerja perfileman.

Faktor lain adalah munculnya pengarah baru yang amat produktif dan terpelajar dalam bidang ini, seperti Salah Abou Saif dan Youssef Cecine (Mesir), Metin Erksan dan Atif Yilmaz (Turki), Dariush Mehrjui dan Bahram Bayzai (Iran), P. Ramlee (Malaysia) dan Asrul Sani (Indonesia).

ROBIN HOOD

Citra negatif filem produksi Barat atas Islam menjadi salah satu faktor pendorong umat muslim memproduksi filemnya sendiri sebagai respons terhadap citra tersebut. Filem produksi Barat kerap kali menggambarkan Islam dan kaum Muslim dalam citra negatif. Misalnya, Islam digambarkan dengan kekerasan, teorisme, dan perang.

Namun ada juga filem yang menampilkan Islam dan umat muslim secara positif, contohnya filem Robin Hood: Prince of Thieves (1991), yang menampilkan tokoh Azeem, Muslim Sepanyol yang cerdas, saleh, dan humanis.

  • Pada tahun 1956, P. Ramlee telah mengarahkan filemnya yang kedua, iaitu Semerah Padi. Filem ini penuh dengan unsur budaya dan agama.
  • Beberapa adegan filem The Message. Filem yang menggambarkan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dalam menyebarkan ajaran Islam ini adalah hasil kerjasama antara Islam dengan Barat, dengan dukungan seniman dan seniwati Barat terkenal seperti Anthony Quinn dan Irene Papas.
  • Salah satu filem Majid Majidi yang pernah ditayangkan di Indonesia berjudul Children of Heaven (1999). Filem yang memenangi hadiah penghargaan bagi kategori “Filem Terbaik” di Festival Filem Montreal ini juga turut dicalonkan untuk Anugerah Oscar (1999) bagi kategori “Filem Bahasa Asing Terbaik”.

Susunan MARIANA YUSOF

Translate »