Taj Mahal – sebuah bangunan terkenal di kota Agra (sekitar 190 km dari New Delhi, India) yang merupakan peninggalan Kerajaan Moghul dan lambang kejayaan kerajaan tersebut.
Bangunan bernama Taj Mahal ini secara harfiah bererti “istana pilihan”. Seni bina bangunan itu sangat indah dan termasuk salah satu daripada tujuh keajaiban dunia.
Taj Mahal didirikan oleh Syah Jehan, pemerintah Moghul ke-5. Pembinaan Taj Mahal dimulakan pada 1632 dan Syah Jehan mengupah tidak kurang daripada 20,000 orang bagi menyiapkannya. Reka bentuknya merupakan hasil kerja para arkitek dari India, Parsi (Iran) dan Asia Tengah.
Bangunan itu siap pada 1643 dan menjadi lambang puncak kejayaan Kerajaan Moghul. Syah Jehan mendirikan bangunan itu untuk memperingati isterinya Mumtaz Mahal yang meninggal dunia pada 1631. Di Taj Mahal itulah Mumtaz Mahal disemadikan. Ketika Syah Jehan meninggal dunia (1658), baginda disemadikan di sebelah makam isterinya.
MUMTAZ MAHAL
Nama asal permaisuri Syah Jehan ialah Arjuman Banu Begum, tetapi beliau lebih dikenal dengan nama Mumtaz Mahal atau Nur Jehan. Wanita cantik ini dinikahi Syah Jehan pada 1612.
Mumtaz meninggal di Burhanpur pada 1631, ketika melahirkan anaknya yang ke-14. Semasa hidupnya, Mumtaz mendirikan banyak sekolah, rumah untuk fakir miskin, dan tempat ibadat semua penganut agama, meskipun beliau dan suaminya beragama Islam.
MAKAM DIRAJA
Makam di raja Taj Mahal, tempat Syah Jehan dan isterinya disemadikan, berbentuk segi lapan. Bahagian atasnya ditutupi kubah. Dinding dan lantai bangunan ini diperbuat daripada batu marmar putih.
Bangunan tersebut terdiri daripada lima ruang. Ruang tengah, iaitu ruang terbesar, dihubungkan dengan empat ruang lainnya. Di ruang tengah inilah terletak makam Mumtaz Mahal dan makam Syah Jehan yang diperbuat daripada marmar putih.
KOMPLEKS TAJ MAHAL
Jalan masuk ke kompleks Taj Mahal dihiasi taman dan kolam air pancuran yang indah. Pintu gerbangnya terletak di bahagian selatan. Sebagai bangunan utama, makam diraja ini diapit oleh dua bangunan, masjid di sebelah barat dan balai pertemuan di sebelah timur.
Di bahagian luar berdiri tegak empat buah menara berbentuk bulat yang berada di setiap sudut makam diraja.
SYAH JEHAN
Taj mahal didirikan oleh Shah Jehan, pemerintah Moghul ke-5. Sebelum meninggal dunia, Syah Jehan merancang membina Taj Mahal versi lain yang bermarmar hitam sebagai makamnya.
Namun sebelum keinginannya tercapai, beliau digulingkan dan dipenjara oleh anaknya, Aurangzeb dan meninggal dunia pada 1666.
PEMULIHARAAN
Setelah ratusan tahun, beberapa kerosakan mula timbul di Taj Mahal. Pada awal abad ke-20, pemerintah Inggeris di India memulakan pemuliharaan Taj Mahal dilindungi daripada pencemaran dengan menutupnya dengan fabrik dan menempatkan alat kawalan pencemaran.
Susunan AHMAD IDHAM MANAF
Recent Comments