Kepercayaan kepada Tuhan yang disertai dengan ajaran, ibadat dan kewjipan yang bertalian dengan kepercayaan itu disebut agama. Agama merupakan gejala universal dalam kehidupan manusia. Sebahagian besar umat manusia di bumi ini, dengan pelbagai latar belakang etnik, geografi, iklim dan budaya menganut salah satu agama. Agama telah ada sejak manusia ada dan menjadi bahagian tidak terpisah daripada kehidupan manusia.
Meskipun kini ilmu pengetahuan dan teknologi mengalami kemajuan pesat, manusia tetap memerlukan agama. Ilmu pengetahuan dan teknologi mengalami kemajuan pesat, manusia tetap memerlukan agama. Ilmu pengetahuan dan teknologi tidak dapat memberi jawapan tentang ertu dan tujuan hidup manusia yang hanya dapat dijawab oleh agama. Pada masa ini, kecenderungan manusia moden untuk kembali kepada agama semakin kuat. Kekhuatiran bahawa agama akan tinggalkan ternyata tidak terbukti. Agama tetap diperlukan oleh manusia sepanjang masa.
MOTIVASI BERAGAMA
Ada pelbagai jenis motivasi yang membuat manusia memeluk sesuatu agama. Manusia memerlukan agama untuk meminta perlindungan daripada Tuhan atas ketidakpastian yang dihadapinya dalam mengharungi kehidupan ini. Manusia juga memerlukan penjelasan atas pertanyaan tentang erti, asal dan tujuan hidup. Jawapan kepada semua itu hanya boleh didapati daeipada agama.
Selain itu, manusia beragama untuk memperoleh pembenaran praktik hidup yang baik dan berguna daripada agama. Dorongan untuk hidup secara baik dikuatkan oleh adanya motivasi beragama. Motivasi untuk beragama ialah untuk memperoleh peneguhan tatanilai etika dan moral melalui agama. Dengan agama, manusia mendapat dorongan dan kekuatan dalam melaksanakan nilai moral yang baik dan menjauhi nilai buruk dalam kehidupan.
DIN
Agama dalam bahasa Arab disebut din. Selain bererti agama, kata din juga mempunyai erti lain, yakni “kekuasaan”, “ketundukan”, ‘kepatuhan”, “balasan”, ‘peraturan’, dan “nasihat”. Agama memang mengandungi peraturan dan hukum yang harus dipatuhi manusia. Agama mempunyai kekuasaan yang membuat manusia tunduk dan patuh kepada Tuhan. Orang yang tunduk dan patuh kepada Tuhan akan mendapat balasan baik daripada Tuhan, sementara yang tidak patuh akan mendapat balasan buruk daripada Allah.
BUKAN HANYA ISLAM
Al-Quran menggunakan kata din bukan hanya untuk Islam, tetapi juga untuk agama lain. Hal ini antara lain dijelaskan dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain walaupun orang- orang musyrik tidak menyukainya.” (Q.61: 9)
Kata “Segala agama” (al- din kullih) dalam ayat ini adalah semua agama selain Islam. Jadi tidak benar bahawa din selalu merujuk kepada Islam. Kata din digunakan juga untuk agama lain. Salah satu lasan manusia memluk agama adalah untuk mendapatkan rasa aman. Dalam menghadapi pelbagai malapetaka dan berbahaya, ia merasa tidak berdaya, lalu memohon perlindungan kepada Tuhan. Ayat terakhir daripada surah al-Kafirun yang bererti ‘Bagi kamu agama kamu, bagi ku agamaku.” (Q.S 109: 6)
SAMAWI DAN ARDI
Agama sering diklasifikasikan kepada beberapa jenis. Salah satu yang popular adalah pembahagian agama kepada dua, iaitu agama samawi (agama langit) dan agama ardi (agama bumi). Agama samawi adalah agama yang diwahyukan oleh Tuhan, sedangkan agama ardi adalah agama hasil pemikiran manusia.
Agama samawi disebut pula “agama wahyu” dan agama ardi disebut pula “agama alamiah”. Umumnya umat Islam memandang bahawa agama samawi adalah Yahudi, Kristian dan Islam. Ada[un agama ardi meliputi agama Hindu, Buddha, Confuciusisme dan Toaisme.
SINKRETISME
Fahaman atau aliran baru yang merupakan gabungan antara beberapa aliran berbeza yang bertujuan untuk mrncari keserasian dan keseimbangan disebut sinkretisme. Fahaman ini muncul kerana adanya usaha untuk membuat sintesis atas prinsip yang bertentangan atau sintesis atas peradaban yang memiliki hakihat yang berlainan.
Hal ini, misalnya dapat dilihat pada sebahagian masyarakat Jawa yang menjalin unsur animism, Buddha dan Hindu dalam kehidupan keagamaan mereka. Terkadang sinkretisme tidak lagi tampak nyata, kerana unsur yang berlainan itu telah terjalin secara padu. Sikh dapat disebut agama sinkretisme krana didirikan untuk memadukan ajarn Hindu dan Islam. Agama Sikh lahir di India pada abad ke- 15. Pada masa ini penganut Sikh berjumlah sekitar 20 juta orang dan 12 juta penganutnya terdapat di India. Dalam gambar kanan tampak umat Sikh sedang beribadat.
KLASIFIKASI AGAMA
Ada sejumlah ahli agama yang mengklasifikasikan agama dari sudut etnografi- linguistic, yakni memiliki asal kebudayaan dan bahasa yang sama: Agama Semitik mencakupi Yahudi, Kristian dan Islam. Agama Arya terdiri daripada Hindu, Buddha, Jainisme, Sikh dan Zoroaster. Agama Mongol mencakup anatara lain Confuciusisme, Taoisme dan Shinto.
TEORI AGAMA
Secara garis besar, teori tentang bentuk agama tertua dapat dibahagi kepada dua. Teori pertama berpendapat bahawa agama tetua berbentuk paling sederhana, seperti dinamisme, animism, totemisme, kemudian politeisme dan terakhir monoteisme yang merupakan bentuk paling sempurna. Menurut teori ini, agama adalh hasil pemikiran manusia, bukan berasal daripada Tuhan. Teori ini dianut oleh para sarjana sekular yng dipengaruhi teori evolusi.
Adapun teori lain mengatakan bahawa bentuk agama asli dan tertua adalah monotiesme, yang berasal daripada wahyu Tuhan. Sejak zaman Nabi Adam a.s, manusia telah menganut monotiesme. Dinamisme. Animism, totemisme, politeisme dan bentuk lainnya adalah penyelewengan dripada monotiesme. Teori monotiesme ini dianut oleh umat Yahudi, Kristian dan Islam. Umat Yahudi ortodoks beribadat di hadapan Tembok Ratapan, yang menurut kisahnya merupakan sisa daripada kuil yang didirikan oleh Herodus (Pemerintah Baitulmuqqadis pada zaman Nabi Isa a.s). Agama Yahudi merupakan salah satu agama monoteisme, yang mengakui hanya ada satu Tuhan.
TUHAN
Setiap agama memiliki Tuhan untuk disembah. Ada tiga alasan dasar manusia mempercayai Tuhan. Pertama, beberapa orang percaya kepada Tuhan kerana mereka pernah memiliki pengalaman “bertemu lansung” dengan Tuhan. Pengalaman inilah yang dibawa oleh para utusan Tuhan untuk mengubah tradisi suatu kaun dan mengajak mereka hanya menyebah Tuhan.
Kedua, beberapa orang percaya kepada Tuhan kerana mereka memperhatikan alam semesta dan segala isinya dan berkesimpulan bahawa ada suatu zat yang telah menciptakan semua ini, iaitu Tuhan.
Ketiga, alasan paling umum, orang percaya kepada Tuhan kerana mereka memang diajari untuk mempercayainya. Seorang Islam melakukan solat untuk berhubungan dengan Tuhannya.
KEBANGKITAN AGAMA
Dulu banyak pemikir yang meramalkan bahawa agama akan punah kerana sudah tidak diperlukan lagi oleh manusia moden yang telah sangat maju dalam bidang ilmu pengetahuan dan teknologi. Kemudian muncullah orang yang mengingkari adanya Tuhan yang disebut kaum atheis.
Namun kekhuatiran bahawa agama akan ditinggalkan oleh manusia moden ternyata tidak benar. Sejak beberapa dekad terakhir menjadi kebangkitan agama hamper di seluruh dunia, yang ditandai antara satu sama lain dengan semakin meningkatnya kunjungan ke tempat ibadat, ceramah agama dan penerbitan buku agama.
Meskipun kini kehidupan manusia telah memasuki era moden, keperluan akan agama tetap tidak dapat dielakkan. Manuisa tetap memerlukan agama sebagai pegangan dalam menjalani kehidupan mereka.
Susunan SITI RODHIAH ISMAIL
Recent Comments