Ketentuan hukuman yang ditetapkan Allah s.w.t sebagai hak-Nya, baik dalam al-Quran mahupun hadis, disebut sebagai hudud. Hudud ialah bentuk jamak daripada bahasa Arab, “had”, yang bererti “batasan”, “rintangan” atau “halangan”.

Sebagai hak Allah s.w.t,  hudud tidak boleh ditambah,  dikurangkan, digugurkan atau diampuni oleh sesiapa pun, termasuk oleh ketua negara. Apabila suatu perbuatan jahat yang termasuk dalam kategori hudud ini telah dibuktikan, maka hukuman harus dijalankan meskipun pihak yang menjadi mangsa memaafkannya.

Salah satu perbuatan jahat yang termasuk dalam hudud ialah perbuatanmencuri. Hukumannya wajib dijalankan, meskipun mangsa kecurian memaafkan pencuri itu. Hal ini dilakukan kerana ia berkait dengan urusan dan kepentingan masyarakat keseluruhan. Islam sangat mengambil berat dan selalu berusaha mewujudkan keamanan dalammasyarakat.

REJAM DAN SEBAT

Ada tiga jenis perbuatan jahat dalam hudud. Pertama ialah perbuatan zina. Hudud bagi penzina merupakan sebat 100 kali bagi yang belum berkahwin dan rejam bagi yang sudah berkahwin (Q.24:2).

Kedua ialah tuduhan palsu bahawa orang lain berzina. Dalam hukum Islam, istilah ini disebut sebagai qazaf (melemparkan tuduhan). Hududnya merupakan sebatan 80 kali (Q.24:4).

Ketiga ialah perbuatan mencuri dan merompak. Hudud bagi pencuri ialah potong tangan (Q.5:38) dan bagi perompak ialah hokum bunuh atau potong satu tangan serta kaki secarab ersilang, atau dibuang negeri (Q.5:33)

SAKSI

Hukuman rejam atau sebat seratus kali bagi penzina seringkali memperlihatkan bahawa hukum Islam itu kejam, seolah-olah sama dengan hudud dan qisas. Padahal, untuk membuktikan terjadinya zina diperlukan empat orang saksi yang adil.

Mendapatkan empat saksi zina bukanlah perbuatan mudah. Sukar dibayangkan ada orang yang berzina dengan disaksikan empat orang. Melihat betapa sukarnya membuktikan kes zina, hampir dapat dipastikan bahawa hukuman rejam sukar terjadi.

Kini saksi tidak lagi difahami secara harfiah tetapi maksudnya harus dikaji untuk diterapkan sesuai dengan zaman. Menurut sebahagian ulama, empat saksi diperlukan untuk membuktikan tuduhan zina kerana masalah zina berkait dengan hargadiri.

Namun sama ada zina berlaku atau tidak, sebenarnya boleh dibuktikan secara perbuatan atau melalui tanda tertentu, misalnya wanita hamil tanpa suami. Kehamilan tanpa suami merupakan bukti zina, meskipun tidak ada saksi.

POTONG TANGAN

Dalam al-Quran ditegaskan bahawa hukuman bagi pencuri ialah potong tangan. Hal ini disebutkan dalam al-Quran: “Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri, maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satub alasan…” (Q.5:38). Menurut sebahagian ulama, yang dimaksudkan dengan “potong tangan” dalam ayat itu adalah “dipotong pergelangan tangan”. Namun ulama lain, terutama ulama masa kini mengatakan bahawa “potong tangan” dapat difahami sebagai “memotong kesempatanu ntuk mencuri”. Potong tangan bagi pencuri harus difahami secara mendalam, bagi mencari maksud dan tujuan hukuman itu.

KLASIFIKASI HUKUMAN

Tiga klasifikasi hukumand alam Islam:

Hudud: pelaksanaan hukuman yang ditentukan Allah s.w.t di dalam al-Quran dan hadis.

Qisasdandiat: hukuman bagi kejahatan dalam bentuk pembalasan atau tebusan. Qisas berkait dengan membunuh atau melukai orang lain. Membunuh dengan sengaja tanpa alasan yang benar dijatuhi hukuman bunuh; orang yang melukai orang lain juga balasannya hukuman (dilukai). Apabila diampuni dosa oleh mangsa, maka pelakunya dapat menebusnya dengan diat, iaitu tebusan 100 unta atau yang sama nilai dengannya.

Ta’zir: hukuman yang tidak ditetapkan didalam al-Quran dan hadis tetapi oleh pihak berkuasa. Dalam menetapkan tak’zir, hakim harus mengambilkira kemaslahatan masyarakat secara keseluruhan.

Susunan MARIAM AHMAD

Translate »