Salah satu aliran terkemuka alam hukum Islam ialah Mazhab Hanafi. Mazhab ini diwujudkan oleh Imam Hanafi (699-767M). Mazhab Hanafi pernah menjadi mazhab rasmi kerajaan Abbasiyah dan kerajaan Uthmaniyah. Mazhab ini berkembang buat pertama kalinya di Iraq (tempat kediaman Imam Hanafi).
Pada masa itu, timbul pelbagai persoalan baru yang memerlukan penyelesaian dari segi hokum yang ketentuannya tidak disebut dengan jelas di dalam al- Quran mahupun hadis. Keadaan ini memaksa Imam Hanafi melakukan ijtihad dengan menggunakan akalnya.
ABU HANIFAH
Al- Nu’man bin Thabit bin Zuhti ialah nama penuh pengasas Mazhab Hanafi. Namun begitu, beliau lebih dikenali dengan nama Abu Hanifah. Nama Abu Hanifah diberikan kepadanya kerana beliau seorang yang taat beribadat. Nama Hanif dalam bahasa Arab bererti “suci’ atau “lurus”. Setelah menjadi mujtahid, beliau dipanggil dengan sebutan Imam Hanafi dan mazhabnya dinamakan Mazhab Hanafi. Tokoh yang terkenal kerana memiliki kecerdasan yang tinggi ini dilahirkan di Kufah dan meninggal dunia di Baghdad. Disebabkan keluasan ilmunya, beliau diberi gelaran al imam al- a’zam, imam yang paling agung. Sebagai seorang yang pernah mengembara, pengalamannya itu sangat mempengaruhi corak fikahnya yang lebih menekankan aspek muamalah (kehidupan sosial).
PRINSIP MAZHAB HANAFI
Prinsip yang digunakn dalam menetapkan sesuatu hukum adalah al-Quran, sunnah, fatwa sahabat, qiyas, istihsan (penyimpangan daripada keharusan logik analogi (qiyas) kerana ketidaktepatan qiyas pada sebahagian juz’iah atau qiyas itu dianggap bertentangan dengan nas), ijmak dan ‘urf (adat kebiasaan orang Islam dalam suatu masalah tertentu yang tidak disebut di dalam al-Quran, sunnah Nabi Muhammad s.a.w, atau perkara yang belum pernah diamalkan oleh para sahabat. Keseluruhan prinsip yang dipakai dalam menetapkan sesuatu hukum itulah yang dikenali dengan “Prinsip Mazhab Hanafi”.
PEMBUKUAN MAZHAB
Sebagai Ulama terkemuka, Imam Hanafi menghasilkan banyak idea. Beliau mencatatkan sebahagian daripada ideanya itu dalam bentuk buku. Murid-muridnya kemudian menghimpunkan gagasan beliau yang lain menjadi buku. Murid yang berjasa menyusun pendapat dan fatwanya, antaranya ialah Muhammad bin Hasan al-Syaibani (132-189H) dan Abu Yusuf (113-182H). Al-Syaibani ialah murid yang paling gigih dalam membukukan fatwa Imam Hanafi. Salah sebuah kitab yang disusunnya berjudul Kitab al-Ziyadah. Manakala Abu Yusuf pernah menjadi qadi al-qudah (Ketua Mahkamah Agung) pada masa Khalifah Harun al-Rasyid. Pangkatnya itu mempunyai pengaruh besar terhadap penyebaran Mazhab Hanafi. Salah satu kitab yang disusunnya ialah Ikhtilaf Ibn Abi Laila. Kini pemikiran fiqh Imam Hanafi telah dirangkumkan ke dalam sebuah buku yang berjudul The Essential Hanafi Handbook of Fiqh karya Mala Buddha Min Hu.
TIGA ORANG ATHIES
Alkisah, ada tiga orang athies yang berlawan berbincang dengan Imam Hanafi. Athies pertama berkata, ”Bagaimana anda yakin bahawa Tuhan anda itu satu, padahal alam semesta ini sangat beragam?“ Imam Hanafi pun menjawab, “Anda bertanya tentang bilangan. Bukankah semua bilangan itu akhirnya akan kembali ke angka satu?” Atheis kedua pun berkata, “Agama anda mengajarkan, apabila orang minum air di sungai, maka air di gelas itu tidak pernah habis.” Imam Hanafi pula bertanya, “Kalau memberi ilmu anda kepada orang lain, apakah anda berasa ilmu anda akan berkurangan?” Lalu atheis ketiga bertanya, “Agama anda menyatakan bahawa syaitan akan diseksa dengan api. Bagaimanakah syaitan boleh berasa terseksa, sedangkan ia juga dicipta daripada api?” Imam Hanafi menjawab pertanyaan atheis ketiga dengan menyuruh mereka keluar, lalu melemparkan tanah kepada mereka. Disebabkan kesakitan, mereka pun marah. Namun Imam Hanafi hanya berkata, “Bagaimana mungkin anda berasa sakit, sedangkan anda juga dicipta daripada tanah.
Susunan RUQAIYAH ABU HASSAN
Recent Comments