Salah satu jenis muzik dan sastera tertua dalam Islam ialah qasidah. Bahkan jika dikaji dari sejarahnya, seni ini ilah ada sebelum kedatangan Islam. Orang Arab yang terkenal memilik cita rasa tinggi terhadap puisi dan syair memperkenalkan qasidah sebagai salah satu bentuk syair yang diagung- agungkan mereka.
Dalam masyarakat pra-Islam, qasidah ialah bait- bait syair (terdiri daripada 6-10 bait) yang memuatkan puji- pujian dan penghormatan kepada tokoh atau orang tertentu yang dianggap berjasa kepada masyarakat. Ketika Islam datang, kandungan qasidah berisi puji- pujian kepada Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda. Qasidah kemudiannya dilagukan dengan iringan muzik.
QASIDAH MODEN
Di Malaysia, qasidah sering dikaitkan dengan muzik Arab atau gambus yang diiringi rebana atau alat muzik khas Arab lain. Seiring dengan kemajuan teknologi dan penerimaan orang Islam terhadap muzik, qasidah turut mengalami modenisasi. Beberapa kumpulan qasidah bahkan menamakan diri mereka sebagai kumpulan “qasidah moden”. Nyanyian mereka tidak lagi hanya diiringi rebana tetapi juga alat muzik elektronik moden.
AL- MUHALHAL BIN RABIAH AL- TUGLABI
Para penulis sastera Arab berpendapat bahawa orang pertama yang mencipta qasidah ialah penyair Arab al- Muhalhal bin Rabiah al- Tuglabi yang hidup beberapa tahun sebelum Nabi Muhammad s.a.w lahir.
Qasidah kemudian mengalami perkembangan ketika para penyair pra- Islam terkenal seperti Umru al-Qais, Alqamah dan ubaid menulis syair-syair qasidah dan membacakannya di depan Kaabah. Bahkan ada beberapa qasidah yang ditulis oleh Umru al- Qais yang menjadi sebahagian daripada syair yang digantung di dinding Kaabah.
REBANA
Biasanya lagu- lagu qasidah diiringi rebana dan tamborin. Rebana berfungsi sebagai alat muzik yang mengiringi nyanyian lagu keagamaan berupa pujian terhadap Allah s.w.t dan rasul-Nya. Oleh sebab fungsinya yang demikian itulah maka alat muzik ini disebut rebana. Rebana berasal daripada kata rabbana,yang maksudnya wahai Tuhan kami (suatu doa atau pujian terhadap Tuhan).
AL- MUTANABBI
Qasidah mencapai kemuncaknya pada zaman Abbasiyah. Para penyair Islam seperti al- Mutanabbi, tidak hanya mencipta syair qasidah, tetapi juga mengembangkan ilmu yang menjadi kaedah penulisannya, iaitu ‘ilm ‘arud. Pada zaman Mamluk, qasidah mendapat perhatian bersungguh- sungguh. Al-Busyiri, seorang penyair, mengarang himpunan qasidah yang dikenali dengan qasidah Burdah. Qasidah ini memuatkan pujian kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Penulisan syair lagu Qasidah Berzanji yang kini popular di kalangan masyarakat di Indonesia dan Malaysia, banyak dipengaruhi oleh buku karangan al- Busyiri.
QASIDAH ZAMAN NABI
Tradisi qasidah ialah salah satu peninggalan budaya, jahiliah yang tidak mati dengan datangnya Islam. Qasidah tetap hidup dan disukai orang Arab. Cuma kandungan qasidah tetap hidup dan disukai orang Arab.
Susunan MUSALMAH AHMAD
Recent Comments