Ketika Bani Israil di Mesir ditindas oleh Firaun, Allah s.w.t mengutus Nabi Musa a.s untuk membebaskan mereka. Nabi Musa a.s ialah adik kandung Nabi Harun. Baginda dari keturunan Lawi, salah seorang putera Nabi Yaakub yang berhijrah ke Mesir.
Di Mesir, keturunan Nabi Yaakub beranak–pinak selama 400 tahun lebih. Jumlah mereka mencapai ratusan ribu orang. Pada awalnya, mereka diterima oleh raja daripada Kerajaan Hykos. Namun setelah kerajaan ini berakhir, pemerintahan dikuasai oleh Firaun. Bani Israil diperlakukan sewenang-wenangnya oleh Firaun.
Menurut sejarah, ketika Nabi Musa dilahirkan, Firaun yang memerintahkan Mesir ialah Rames II yang menganggap dirinya Tuhan. Nabi Musa diutus oleh Allah s.w.t untuk mengingatkan Firaun dan membebaskan Bani Israil.
Bersama-sama Nabi Harun, Musa berdakwah kepada Firaun. Namun dakwah mereka ditolak. Nabi Musa dikejar untuk dibunuh tetapi Allah s.w.t menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya serta membinasakan Firaun.
FIRAUN
Berabad-abad lamanya Mesir diperintah oleh raja Firaun. Pemerintahan mereka dijalankan secara turun-temurun. Setiap raja yang memerintah kejam dan menindas rakyatnya, termasuk Bani Israel.
Pada suatu hari, seorang ahli nujum istana menghadap Firaun. Dia meramalkan mimpi Firaun. Dalam ramalannya, seorang bayi lelaki daripada Bani Israel akan lahir dan apabila dewasa akan membinasakan kekuasaan Firaun. Mendengarkan hal itu, Firaun terus memerintahkan semua bayi lelaki Bani Israel di Mesir dibunuh.
tas perintah Allah s.w.t, bayi Musa dimasukkan ke dalam peti dan dihanyutkan di Sungai Nil oleh ibunya agar terhindar daripada pembunuhan yang diperintahkan oleh Firaun. Allah s.w.t menjanjikan bahawa Yukabad akan bertemu kembali dengan anaknya itu.
Peti yang berisi bayi Musa tersangkut di tepi Sungai Nil, di antara pohon dengan air. Permaisuri Firaun, Asiah, menghampiri bayi itu dan mengangkatnya dari sungai. Disebabkan tertarik dan belum dikurniakan, Permaisuri dan Firaun menjadikan bayi tersebut anak angkat dan diberi nama Musa (Mu= air; Sa = pohon).
ANAK ANGKAT FIRAUN
Ketika Firaun memerintahkan pembunuhan semua bayi lelaki Bani Israel, seorang wanita bernama Yukabad melahirkan bayi lelaki. Agar tidak dibunuh, bayi tersebut dihanyutkan di Sungai Nil. Bayi itu lalu ditemui oleh isteri Firaun. Semasa diberitahu tentang bayi tersebut, Firaun segera memerintahkan pembunuhannya. Namun, permaisurinya melarang kerana sayang akan bayi itu dan belum dikurniai anak. Akhirnya bayi itu dijadikan anak angkat. Firaun menamakannya Musa. Bayi Musa sering menangis kerana memerlukan susu. Maka, Firaun mencari wanita yang bersedia mengasuh dan menyusui anak angkatnya itu. Namun, Musa menolak semua wanita yang mencuba menyusuinya, kecuali ibu kandungnya sendiri. (Q.28:7-13).
MEMBELA BANI ISRAIL
Nabi Musa dibesarkan dalam lingkungan kerajaan Firaun. Apabila dewasa, baginda sering berjalan-jalan mengelilingi kota. Pada suatu hari, Nabi Musa berjumpa dua orang lelaki yang sedang berkelahi.Salah seorangnya daripada Bani Israel dan seorang lagi berdarah Mesir, keturunan Firaun. Orang Israel itu meminta pertolongan daripasa Nabi Musa.Nabi Musa yang berniat membela kaumnya menumbuk orang berketurunan Firaun tersebut hingga mati. Namun, setelah itu Nabi Musa menyesal dan memohon keampunan Allah atas kesalahannya (Q.28:14-19).
PELARIAN KE MADYAN
Berita pembunuhan yang dilakukan oleh Nabi Musa terhadap salah seorang rakyat Mesir sampai ke telinga Firaun, Firaun segera menyiapkan bala tenteranya untuk menangkap dan membunuh Nabi Musa. Oleh sebab berasa terancam, Musa segera meninggalkan negeri itu (Q.28:20-22). Selama lapan hari lapan malam, Musa berjalan hingga tiba di Madyan, bahagian selatan Palestin.
NABI SYUAIB A.S
Nabi Musa selamat tiba di Madyan. Di sana, baginda membantu dua orang wanita memberi minum kepada ternakan mereka. kedua-dua wanita itu ialah puteri Nabi Syuaib. Mereka menceritakan kepada Nabi Syuaib bahawa Musa telah membantu mereka. Mendengar cerita kedua-dua anaknya, Syu ib ingin membalas budi Musa.Salah seorang puterinya diutus untuk menjemput Nabi Musa. Nabi Syu’aib menyambut Musa dengan gembira dan berterima kasih atas kebaikan serta pertolongan Musa (Q28:23-26).
SAFURA
Nabi Musa gembira tinggal di rumah Nabi Syuaib. Pada suatu hari, Nabi Syuaib menyampaikan keinginannya untuk menikahkan Musa dengan puterinya, Safura. Musa terkejut dan gembira mendengar permintaan Nabi Syuaib.Musa memenuhi permintaan itu dan mematuhi syarat mentuanya. Dalam al-Quran, syarat itu menghendaki Musa bekerja membantu Nabi Syuaib selama 8-10 tahun (Q.28:27-28).
DAKWAH KEPADA FIRAUN
Setelah menerima wahyu daripada Allah s.w.t. Nabi Musa dan Harun menemui Firaun. Firaun terkejut melihat kedatangan mereka. Nabi Musa mula mengingatkan bahawa Firaun bukan Tuhan dan memintanya membebaskan Bani Israel. Mendengar ucapan itu, Firaun murka dan mahu memenjarakannya. Kemudian, Nabi Musa menunjukkan kebenaran dakwahnya dengan memperlihatkan mukjizat yang diberikan oleh Allah s.w.t agar Firaun mempercayai kenabiannya. Untuk menyangkal mukjizat Nabi Musa, Firaun mengundang ahli sihir kerajaan. Namun, mereka tidak mampu mengalahkan Musa. Bahkan sebahagian daripada mereka mengikuti Nabi Musa.
BENCANA DAHSYAT
Dakwah Nabi Musa tidak menyedarkan Firaun.Disebabkan hinaan dan ejekan Firaun semakin menjadi-jadi, Nabi Musa berdoa agar Allah s.w.t menurunkan bencana di Mesir. Kemarau melanda Sungai Nil dan hasil pertanian tidak dapat dipungut. Allah s.w.t juga menurunkan rebut taufan dan hujan lebat. Setelah banjir, pelbagai penyakit menyerang. Binatang ternakan binasa. Semasa ditimpa azab, orang Mesir berjanji akan beriman jika bebas daripada bencana. Firaun sendiri tidak dapat berbuat apa-apa. Namun, setelah bencana itu berakhir, Firaun kembali menunjukkan keangkuhannya (Q.7:130-135). Bahkan, Firaun ingin membunuh Nabi Musa dan Bani Israel.
API DARIPADA ALLAH S.W.T
Nabi Musa bekerja untuk Nabi Syuaib selama 10 tahun.Setelah genap temph tersebut, Nabi Musa ingin bertemu keluarganya di Mesir. Nabi Musa dan isterinya berjalan merentasi padang pasir. Akhirnya, mereka tiba di Gunung Tursina. Apabila malam tiba, mereka berasa bimbang untuk meneruskan perjalanan kerana gelap. Tiba-tiba, Nabi Musa terlihat api di suatu tempat yang jauh dan mahu mengambilnya untuk memanaskan tubuh. Baginda meminta isterinya tinggal sebentar sementara baginda pergi mengambil api itu. Nabi Musa berjalan ke tempat api dan sampai dekat sebatang pokok. Ternyata api tersebut berasal daripada Allah.
TAURAT
Setelah Firaun dan tenteranya tenggelam, Nabi Musa pergi ke Gunung Tursina. Baginda meninggalkan kaumnya dan urusan memimpin mereka diserahkan kepada Harun. Di sana, Nabi Musa berpuasa selama 30 hari. Puasanya kemudian disempurnakan menjadi 40 hari.Dalam keadaan suci itu, Nabi Musa mendengar mendengar firman Allah s.w.t secara langsung. Baginda kemudian dikurnia kitab Taurat, yang mengandungi pelbagai nasihat dan penjelasan hukum sebagai pedoman hidup bagi umatnya (Q.7:142-145).
NABI KHIDIR A.S
Pada suatu ketika, Nabi Musa diperintahkan oleh Allah s.w.t supaya mencari orang yang lebih pintar daripadanya. Bersama-sama muridnya, Yusya bin Nun, Nabi Musa pergi dan bertemu Nabi Khidir. Nabi Musa meminta untuk belajar daripadanya dan mengembara bersama-samanya. Namun, sebelum memulakan perjalanan, Nabi Khidir melarang Nabi Musa daripada bertanya tentang setiap perbuatannya. Syarat itu dipersetujui oleh Nabi Musa. Di tengah-tengah perjalanan, Nabi Khidir membocorkan perahu, membunuh seorang pemuda dan membaiki rumah yang hamper roboh. Setiap perbuatan Nabi Khidir memancing rasa ingin tahu Nabi Musa, lalu baginda pun melanggar janjinya. Pada akhir perjalanan mereka, barulah Nabi Khidir menjelaskan tujuan setiap perbuatannya (Q.18:60-82).
MENINGGALKAN MESIR
Nabi Musa dan pengikutnya meninggalkan Mesir pada malam hari. Tatkala terbit fajar, mereka sampai ke tepi Laut Merah.Mereka kebingungan kerana Firaun dan bala tenteranya mengejar mereka.Nabi Musa lalu memohon keselamatan kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t memerintahkan Nabi Musa agar memukul tongkatnya pada laut. Atas kehendak Allah s.w.t, laut terbelah dua.
FIRAUN TENGGELAM
Atas perintah Allah s.w.t, Nabi Musa memukul tongkatnya pada laut. Laut pun terbelah dua sehingga terbentang jalan bagi Nabi Musa dan pengikutnya untuk menyeberang.Firaun dan tenteranya terus mengejar. Ketika Nabi Musa dan pengikutnya sampai ke seberang, Firaun dan tenteranya masih berada di tengah laut. Dengan kehendak Allah s.w.t, laut pun tertutup semula dan menenggelamkan Firaun serta tenteranya.
SAMIRI
Bani Israel gelisah sepanjang pemergian Nabi Musa ke Gunung Tursina. Mereka pun membuat patung anak lembu untuk di sembah. Patung itu diberi nama Samiri sempena nama pembuatnya. Nabi Musa berasa marah dan dukacita ketika kembali dari gunung dan melihat perbuatan kaumnya. Baginda lalu membawa 70 orang daripada mereka untuk bertaubat di Gunung Tursina. (Q7:148-155).
Susunan BINTU MUHAMMAD
Recent Comments