Fahaman yang berorientasikan keduniaan disebut sebagai sekularisme. Fahaman ini muncul sebagai hasil daripada Zaman Kesedaran di Eropah yang bersemangat anti agama.

Orang yang menganut fahaman sekularisme berpendapat bahawa dunia ini mutalak dan menjadi tujuan akhir. Mereka menolak adanya kehidupan lain (syurga seperti yang diberitahu oleh agama, selepas kehidupan dunia ini.

Oleh sebab itu, hampir seluruh agama di dunia menolak sekularisme, kerana fahaman ini hampir sama dengan atheisme.

Ajaran Islam berorientasikan kehidupan akhirat, maka, dengan sendirinya Islam menolak fahaman sekularisme yang dalam bahasa Arab disebut sebagai Almaniyah yang berbeza daripada almanah (sekularasi: menempatkan urusan duniawi pada konteks dunia). Almanah sesuai dengan asas Islam, khususnya tauhid. Almaniyah pula akan menyeret manusia kepada sikap atheisma yang jelas ditolak dalam Islam.

Fahaman sekularisme lahir sebagai akibat pengaruh Zaman Kesedaran di benua Eropah. Fahaman ini berkembang seiring dengan munculnya pengakuan atas autonomi manusia.

Hal ini bererti manusia dianggap mampu menggunakan pertimbangannya untuk menguruskan kehidupan. Pemikiran manusia dipercayai mampu mencari peraturan tentang alam dan kehidupan.

SEKULARISASI POLITIK

Penerapan fahaman sekularyang paling nyata dalam kehidupan dapat dilihat pada amalan pemisahan agama daripada negara. Namun sekularisasi dalam bidang politik ini tidak sepenuhnya menerapkan fahaman sekularisme.

Negara-negara Barat yang menerapkan sekularisasi politik sebenarnya hanya menetapkan batasan yang menjadi yang menjadi hak agama dan hak negara.

Negara disusun berdasarkan prinsip kecekapan dan birokrasi rasional , yang tidak mungkin dilakukan dalam agama. Agama menjadi urusan peribadi dan, jauh sekali, masyarakat. Dalam hal ini, sekularisasi diamalkan dalam erti sosiologi, bukan dalam erti falsafah yang anti- agama.

SEKULARISASI

Sekularisasi berasal daripada kata Latin saeculum yang bererti waktu, umur manusia, abad atau dunia. Secara umum, sekularisasi bererti mengembalikan sesuatu yang bersifat duniawi ke lingkungan dunia.

Dari sudut sosiologi, sekularisasi merupakan perkembangan masyarakat, yakni pembebasan pandangan manusia tentang dunia daripada pengaruh tasawwuf – keagamaan, sehingga agama, atau apa-apa sahaja yang bersifat sakral (suci), tidak lagi menguasai masyarakat dan pandangan manusia.

Oleh hal yang demikian, istilah sekularisasi kerap kali dipadankan dengan penghapusan kesucian atau demitologisasi, iaitu menghapuskan sesuatu bersifat suci.

SEKULARISASI TURKI

Negara Islam yang mula-mula mencuba menerapkan prinsip sekularisasi politik ialah Turki.

Usaha ini dilakukan oleh Mustafa Kamal Ataturk, presiden pertama Turki, ketika negara yang sebilangan besar penduduknya beragama Islam itu diisytiharkan sebagai sebuah negara republik pada 29 Oktober 1923.

Ataturk mensekularkan Turki sebagai salah satu usaha menbawa bangsa Turki ke peringkat yang sama dengan bangsa Barat yang lebih maju dan merupakan Negara secular.

Dalam projek sekularisasi Turki, Ataturk memisahkan Islam daripada Negara, dan membubarkan kekhalifahan Islam.

Susunan HASHIMAH ABDULLAH

 

Translate »