Wilayah pemerintahan Islam yang mengamalkan syariat dan syiar Islam disebut darul Islam. Istilah “Darul Islam” (Arab: Dar al-Islam) bererti wilayah Islam. Kata dar bererti rumah, tempat atau wilayah. Istilah ini muncul kerana perang banyak berlaku antara umat Islam dengan kaum lain pada peringkat awal Islam hinggalah kepada kerajaan Uthmaniyah.

Oleh itu, ulama mengelaskan wilayah berdasarkan sifat pemerintahan, rakyat dan hukum. Maka muncullah istilah darul Islam (Dar al-Islam), Daruk harbi (Dar al-harbi) dan Darul Sulhi (Dar al-Sulh). Darul Harbi atau wilayah perang adalah kawasan yang berada di bawah pemerintahan bukan Islam.

Majoriti penduduknya bukan Islam dan syariat Islam tidak diamalkan tetapi pemerintahannya mengikat perjanjian damai dengan umat Islam.

DARUSSALAM

Istilah Darul Islam, Darul Harbi dan Darul Sulhi tidak ada dalam al-Quran mahupun sunnah. Dalam al-Quran hanya disebut istilah Darul Salam (Dar al-Salam), yakni kawasan damai untuk menunjukkan bahawa Islam mementingkan kedamaian.

Oleh itu, hubungan antara wilayah bukanlah hubungan permusuhan tetapi hubungan damai, adil, setara dan saling menghormati sehingga wujudnya masyarakat damai.

SYARAT NEGARA ISLAM

Bagi pemikir Islam yang berpandangan bahawa Islam adalah agama dan sekaligus negara, kuasa politik mesti berada di tangan umat Islam. Hal ini, misalnya, ditegaskan oleh Abu al-A’la al-Maududi (m. 1979), tokoh Islam India dan Pakistan.

Menurutnya, ajaran agama tidak dapat diamalkan tanpa kewujudan negara Islam kerana negara mempunyai kuasa politik yang diperlukan untuk mewujudkan ajaran agama.

NEGARA ISLAM

Pertentangan boleh wujud dalam hubungan antara agama dengan negara. Dalam hal ini, Islam menjadi pengkritik negara dan gagasan Islam menjadi akternatif. Pada abad ke-20, banyak gerakan Islam memperjuangkan asprirasi ini.

Dalam hal Revolusi Islam Iran (1979), melalui perjuangan ini kuasa dapat direbut dan negara Islam dapat didirikan. Namun dalam hal lain, seperti Darul Islam-Tentera Islam Indonesia (DI-TII), usaha ini tidak berjaya.

TIGA “D”

Salah satu pemikiran yang menganggap Islam sebagai agama dan negara adalah Islam mesti menjadi dasar negara. Syariat Islam mesti diterima sebagai perlembagaan kerana Islam merangkumi din (agama), dunya, (dunia) dan daulah (negara).

Kekuasaan ada pada Tuhan dan penggubalan undang-undang tidak perlu kerana dalam syariat sudah ada ketetapan bagi semua masalah.

Al-Quran tidak hanya mengandungi prinsip moral dan etika, tetapi juga tuntutan politik, sosial dan ekonomi. Manusia wajib mentaati perintah Allah s.w.t dalam semua aspek kehidupan.

AJARAN ATHEIS

Sekalipun tidak menyetujui konsep negara Islam, sesetengah pemikir Islam menolak bahawa al-Quran sama sekali tidak menyentuh tentang aktiviti sosial dan politik. Mereka berpegang pada prinsip keadilan (‘adalah), kesamaan (musawah), persaudaraan (ukhuwwah) dan kebebasan (hurriyyah).

Menurut Fazlur Rahman (m. 1988), cendekiawan Pakistan, jika sebuah negara berpegang pada prinsip seperti ini, maka mekanisme sosial dan politik yang diterapkannya dianggap sesuai dengan ajaran Islam.

JENIS NEGARA ISLAM

Pada awalnya, istilah “Darul Islam” sering diterjemahkan kepada “negara Islam”. Menurut ulama masa kini, terdapat tiga jenis negara Islam: jika perlembagaan menyebut negara itu sebagai negara Islam, majoriti penduduknya Islam dan syariat Islam diamalkan (contoh: Pakistan dan Iran); jika majoriti penduduknya Islam dan syariat Islam diamalkan meskipun dalam perlembagaan tidak disebut sebagai negara Islam (Sudan dan Arab Saudi); dan jika majority penduduknya Islam dan mengamalkan agama secara aman (Malaysia dan Indonesia).

Pandangan ketiga ini tidak  mensyaratkan perlembagaan menekankan istilah “negara Islam” dan “syariat Islam”. Ketiga-tiganya diakui oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

  • Salah satu kriteria Darul Islam adalah umat Islam di negara tersebut mendapat jaminan keamanan untuk melaksanakan syariat Islam.
  • Revolusi Islam Iran di bawah Khomeini berjaya mengubah negara Iran secular menjadi negara Islam Iran.
  • Perhimpunan (perlimen) Qatar. Qatar adalah sebuah negara Islam dalam erti bahawa majority penduduknya beragama Islam, tetapi tidak menerapkan syariat Islam dari segi perlembagaan.

Susunan NABILA SAID

 

Translate »