Nabi Zakaria a.s merupakan keturunan Nabi Sulaiman a.s. Nabi Zakaria a.s diutus sebagai Nabi dan Rasul di kalangan bani Israil. Kepada kaumnya, Nabi Zakaria mengajarkan isi kitab Taurat dan Zabur.
Zakaria sangat inginkan seorang anak untuk melanjutkan tugas dakwahnya. Namun hingga berusia 90 tahun, baginda dan isterinya, Isya, belum juga dikurniakan seorang anak yang diharapkan.
Hasrat untuk memiliki anak semakin kuat tatkala melihat saudara perempuan Isya, Hannah yang merupakan isteri Imran, melahirkan anak perempuan yang bernama Maryam.
Setiap hari Nabi Zakaria tekun beribadah dan berdoa agar Allah s.w.t menganugerahkan seorang anak. Akhirnya, Allah s.w.t mengurniakannya seorang anak yang kemudiannya diberi nama Yahya. Selain itu, Zakaria juga diberi tugas oleh Allah swt untuk memelihara dan mendidik Maryam binti Imran.
Kisah Nabi Zakaria cukup banyak diceritakan dalam al-Quran. Nama Zakaria disebut sebanyak tiga belas kali.
Zakaria ditunjuk menjadi wali yang bertanggungjawab untuk memelihara dan mendidik Maryam. Sejak Maryam lahir, ayahnya sudah meninggal dan Maryam diserahkan ke Baitulmaqdis untuk mengabdi kepada Allah s.w.t, sebagai nazar dari ibunya.
Zakaria menempat Maryam di sebuah bilik di Baitulmaqdis. Di situlah Zakaria merasakan bahawa Maryam memiliki keistimewaan setelah menemukan makanan di mihrab tempat Maryam beribadah.
Zakaria berdoa kepada Allah s.w.t dengan suara yang lembut. Baginda berkata yang bermaksud:
“Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku ditumbuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada-Mu, Ya Tuhanku. Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawali (orang yang mengendalikan dalam melanjutkan urusan)-ku sepeninggalan isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi-Mu seorang putera, yang mewarisi sebahagian keluarga Yaakub, dan jadikan ia, ya Tuhanku, seorang yang diredai” (QS.19 : 4-6)
Susunan ZURAINI ZAKARIA
Recent Comments