Aliran teologi dalam Islam yang didirikan oleh Abu Mansur Muhammad al-Maturidiyah dalam kelompok Ahli Sunnah Wal Jamaah disebut Maturidiyah. Maturidiyah merupakan ajaran teknologi yang bercorak rasional.
Nama aliran itu dinisbahkan daripada nama pendirinya, al-Maturidi. Al-Maturidi lahir dan hidup di tengah-tengah iklim keagamaan yang penuh dengan pertentangan pendapat antara Muktazilah (aliran teologi yang amat mementingkan akal dan dalam memahami ajaran agama) dan Asy’ariyah (aliran yang menerima rasional dan dalil wahyu) sekitar masalah kemampuan akal manusia.
Al-Maturidi melibatkan diri dalam pertentangan itu dengan mengajukan pemikiran sendiri. Pemikirannya itu merupakan jalan tengah antara aliran Muktazilah dan Asy’ariyah. Kerana itu, aliran Maturiyah sering disebut “berada antara teologi Muktazilah dan Asy’ariyah”.
Kendatipun gigih menyerang Muktazilah, dalam beberapa hal aliran Maturidiyah memliki persamaan dengan Muktazilah. Baik Maturdiyah mahupun Muktazilah sependapat bahawa ayat-ayat mutasyabihat (ayat-ayat yang mengandung makna tidak tegas atau samar yang disebabkan oleh erti yang berdekatan atau adanya beberapa pengertian) dalam al-Quran harus ditakwilkan.
Di samping itu, ada beberapa persamaan lain yang terdapat dalam Maturidiyah dan Muktazilah, antara yang lain adalah kemampuan akal. Al-Muktazilah menganggap bahawa dengan akal manusia mampu mengetahui adanya tuhan, menilai baik atau buruk satu perbuatan, dan mengetahui kewajipan bersyukur kepada Tuhan.
Pada dasarnya aliran Maturidiyah banyak memiliki persamaan dengan Asy’ariyah. Bagaimanapun, dalam beberapa hal Maturidiyah menempatkan akal pada posisi yang tinggi.
Pendapat-pendapat yang berbeza itu antara lain menyangkut masalah antropomorfisme, perbuatan manusia, dan kekuasaan mutlak Tuhan. Menurut al-Maturidiyah, Tuhan bersifat non-material sehingga tidak mempunyai bentuk jasmani.
Mengenai perbuatan manusia, al-Maturidiyah berpendapat bahawa manusia dapat berbuat mengikut hatinya. Ia bebas berbuat dan bertindak dan perbuatan itu tidak dapat disandarkan pada Tuhan.
Di samping itu, menurutnya, kekuasaaan Tuhan itu terbatas kerana adanya janj-janji Tuhan dan Tuhan harus menepati janji-Nya itu, sesuai dengan pernyataan Tuhan sendiri.
Fahaman Maturidiyah ini banyak dianut oleh kalangan utama yang menganut mazhab Hanafi di bidang fikh. Al-Maturidiyah sendiri memang belajar kepada para ulama dari mazhab Hanafi, antara yang lain Muhammad bin Muqatil ar-Razi, Abu Bakar Ahmad bin Ashaq al-Juzjani, Abu Nasr al-Iyadi, dan Nusair bin Yahya.
Susunan ALIAH AHMAD
Recent Comments