Nawal El Saadawin merupakan tokoh wanita yang menyuarakan penderitaan wanita Arab di dalam karyanya. Nawal lahir di Kafr Tahla, sebuah perkampungan di pinggir Sungai Nil, Mesir.

Beliau belajar ilmu perubatan di Kaherah dan bertugas sebagai doktor di kawasan kampung, kemudian di beberapa hospital di Kaherah. Beliaupernah menjawat jawatan penting di Jabatan Kesihatan Mesir,  sebelum dipecat kerana tulisannya mengecam kekerasan dasar pemerintahan terhadap wanita.

Pada 1982, beliau menubuhkan Arab Women’s Solidarity Association (AWSA: Perkumpulan Solidariti Wanita Arab). Beliau bersama-sama cendekiawan Mesir lain pernah dipenjarakan (1981) oleh rejim Anwar Saddat dan diancam akan dibunuh oleh kaum fundamentalis Islam Mesir. Beliau menjadi salah seorang tokoh besar dalam wacana feminisme Islam masa kini.

PEMERHATI WANITA

Walaupun pernah menjadi pegawai penting Jabatan Kesihatan Mesir, sumbangan terbesar Nawal El Saadawi tidak terletak pada jawatan itu tetapi pada karya tulisannya, terutama novelnya.

Beliau menulis novel pertamanya ketika berusia 13 tahun, dengan judul Mukzakkirat Tiflah Ismuh, Su’ad (Memoir Gadis Bernama Su’ad). Dalam karyanya, Nawal menjadikan pelbagai tekanan yang dihadapi oleh wanita di negaranya dan di dunia Arab pada umumnya sebagai suatu masalah.

Berbagai-bagai tekanan timbul bermula dengan tekanan sosial, ekonomi hingga psikologi. Kebanyakan pemerhati menganggap bahawa Nawal berjaya mengisahkan masalah yang sukar seperti yang berkaitan dengan seks, pengabaian terhadap wanita, hubungan lelaki dan wanita dalam masyarakat Arab dan sebagainya. Hal ini jelas berkaitan dengan kepakaran dan profesionnya sebagai doktor.

WANITA ARAB

Nam Nawal El Saadawi terkenal di seluruh dunia apabila karyanya yang dianggap klasik, al-Wajh al-‘Ari li al Mar’ah al-‘Arabbiyah (Potret Wanita Arab Masa Kini), diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan pada 1980 dengan judul The Hidden Face of Eve: Women in  the Arab World.

Sejak itu novelnya diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan memperoleh pelbagai perhargaan antarabangsa. Oleh sebab itu, beliau dituduh oleh musuhnya sebagai sengaja menulis untuk pembaca Barat.

Bagaimanapun, yang mengenal baik karya Nawal, akan mengakui bahawa karya itu hanya dapat difahami dalam latar belakang budaya Arab-Islam.

AWSA

Pada 1982, untuk memperjuangkan hak kaum wanita Mesir khususnya dan kaum wanita Arab umumnya, Nawal El Saadawi menubuhkan AWSA. Di samping itu, beliau juga menerbitkan dan menjadi pemimpin sidang pengarang Nun, yang secara khusus membahaskan isu wanita. Pada 1992, AWSA dibubarkan oleh pemerintah Mesir dan penerbitan Nun dihentikan.

PENJARA

Pada 1981, rejim pemerintahan Presiden Anwar Saddat di Mesir menangkap dan memenjarakan ramai cendekiawanMesir yang dianggap menentang pemerintah, antaranya Nawal El Saadawi.

Pengalaman di penjara ini dilahirkan oleh Nawal El Saadawi dalam sebuahbuku yang sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia dengan judul Catatan Dari Penjara Perempuan.

FARAJ FAUDAH

Pada 1992, ketika kaum fundamentalis membunuh Faraj Faudah (Faraj Foda), seorang cendekiawan Islam Liberal di Mesir, nama Nawal El Saadawi turut termasuk dalam senarai nama diancam akan dibunuh.

Ancaman ini ditujukan kepadanya dan beberapa cendekiawan lain kerana mereka dianggap menyebarkan fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam. Disebabkan ancaman itu, mereka meminta perlindungan daripada pemerintah.

RIWAYAT RINGKAS NAWAL EL SAADAWI

1930      Lahir di Kafr Tahla.

1958      Dilantik sebagai pegawai penting JabatanKesihatan Mesir.

1972      Dipecat daripada JabatanKesihatan.

1981      Ditangkap dan dipenjarakan oleh rejim Anwar Saddat.

1982   Menubuhkan AWSA dan menerbitkan Nun. AWSA dibubarkan oleh pemerintah; Nun dihentikan;  dan namanya termasuk dalam senarai yang akan dihukum bunuh.

Catatan: Ibnu Khaldun

Translate »