At-Turabi merupakan salah seorang tokoh terpenting yang sangat berpengaruh dalam proses Islamisasi di Sudan. Nama lengkapnya Hassan Abdallah at-Turabi. Beliau lahir pada tahun 1932 di Kasala, Sudan, dan memperoleh pendidikan Islam di negara tersebut. Setelah lulus dari Universiti Khartoum, beliau melanjutkan pendidikannya di Britain dan Perancis.

Pada pertengahan 1960-an, beliau kembali ke Sudan, menjadi tenaga pengajar di Fakulti Undang-undang Universiti Khartoum dan menjadi anggota parlimen. Beliau juga bergabung dengan Ikhwanul Muslimin.

Pemikiran At-Turabi mencerminkan hasratnya untuk memajukan Islam di Sudan, yang kemudiannya terarah kepada pembentukan negara Islam Sudan. Oleh hal yang demikian, beliau telah menceburkan diri dalam bidang politik.

Pada tahun 1989, at-Turabi berperanan penting ketika pemerintahan tentera membentuk gerakan Revolutionary Council For National Salvation.

At-Turabi berpendapat, pemerintahan negara perlu diperkemaskan. Justeru,  beliau sering menjalin hubungan dengan pihak penguasa. Hal ini bermula pada tahun1964, ketika beliau membawa Ikhwanul Muslimin masuk ke dalam sebuah parti gabungan baru yang  diberi nama Islamic Charter Front, yang berupaya menguatkan pengaruh ideologi kiri di Sudan.

Model kerjasama seperti ini terus berlangsung ketika beliau menjawat jawatan ketua turus angkatan tentera (1969, 1985 dan 1989) dan melaksanakan Islamisasi sepanjang kekuasaannya.

Pada tahun 1969, pemerintahan Sudan diambil alih oleh rejim tentera yang dipimpin oleh General Jaafar Numairi. Numairi berhadapan dengan masalah penyatuan nasional, dan dalam rangka mengukuhkan kekuasaannya, beliau mempelawa tokoh pembangkang untuk bekerjasama.

At-Turabi termasuk di antara orang yang menerima tawaran ini, kerana didorong oleh kesediaan Numairi untuk melembagakan / menegakkan hukum Islam di Sudan. Dalam rejim Numair ini, at-Turabi menjadi Hakim Besar dan penasihat Numairi tentang Islam.

Pada tahun 970-an, ekonomi Sudan merudum, hutang luar negaranya banyak dan perang saudara mula tercetus di wilayah selatan. Untuk memperolehi sokongan rakyat, sekali gus mengekalkan kekuasaannya atas alasan keagamaan, Numairi mengisytiharkan Sudan sabagai negara Islam, lalu menerapkan hukum Islam (syariah) di seluruh negara.

Namun begitu, beliau mulai curiga kepada at-Turabi, lalu menggantikannya dengan seorang Hakim Besar yang ‘mudah dikawal’. Pada Mac 1985, rejim Numairi melancarkan perseteruan dengan Ikhwanul Muslimin, lalu memenjarakan at-Turabi.

Numairi disingkirkan (April 1985) oleh pemerintahan tentera. Oleh hal demikian itu, terbentuklah sebuah kabinet yang didominasi orang awam. Setelah bebas dari penjara, at-Turabi menubuhkan organisasi baru, Islamic National Front.

Pemerintahan terbukti tidak efektif untuk mengatasi masalah ekonomi dan perang saudara. Pada tahun 1989, terjadi lagi pemerintahan ketenteraan, maka terbentuklah Revolutionary Council for National Salvation. Tokoh besar di sebalik rejim ini adalah at-Turabi dan Islamic National Front.

Catatan: Ibnu Khaldun

Translate »