Abu Marwan bin Zuhr adalah seorang doktor tersohor di Andalusia dan terkemuka sepanjang masa di dunia.Nama sebenar beliau ialah Abu Marwan bin Abdul Mulk bin Abu Al-A’la Zuhr bin Muhammad bin Marwan bin Zuhr Al-Iyadi.Dia dipanggil dengan nama Al-Iyadi kerana nenek moyangnya berasal dari Kabilah Iyad, sebuah kabilah Arab Adnaniyah.DiEropah dia dikenali dengan nama Avenzoar.Seorang orientalis  Jerman, Carl Brockelmann, menyebut Ibnu Zuhr dalam bukunya “Tarikh Al-adab Al-Arabiyah” dengan nama Abdul Mulk bin Au Bakr bin Muhammad bin Marwan.Padahal sebenarnya ini adalah nama bapak Ibnu Zuhr.

Abu Marwan Zuhr  dilahirkan di Kota Banjalur, Andalusia, pada tahun 464 H/ 1072 M.Sejarah kehidupannya lebih banyak  dihabiskan di Seville.Pada awalnya dia telah mengabdikan diri kepada Al Murabithun kemudian mengabdikan diri kepada Al Muwahhidin.Beliau telah menjadi doktor peribadi kepada Sultan Al-Muwahhidin, Abu Muhammad Abbul Mukmin bin Ali.Ibnu Zuhr wafat di Kota Sevilla pada tahun 557 H/ 1162 M dalam usia lebih dari sembilan puluh tahun.

Segala hasil karya Ibnu Zuhr berbicara tentang ilmu kedoktoran, yang ditulis dengan gaya bahasa ilmiah yang sangat tinggi.Buku-bukunya dipenuhi oleh istilah-istilah ilmiah yang sangat tinggi dan luas yang menunjukkan keluasan dan kedalaman pengalaman ilmiahnya.Gaya bahasa yang dipakai oleh Ibnu Zuhr merupakan gaya bahasa yang membuat pembacanya merasa senang, kerana bukunya dihiasi dengan hal-hal yang bersahaja dengan komentar-komentar yang membuat orang ketawa.Semua itu dia catitkan dalam bukunya berdasarkan pengalaman peribadi dalam dunia kedoktoran.Diantara karya-karya penting Ibnu Zuhr ialah:

“At Taisir Fi Al-Mudawalah Wa At-Tadbir.” Di dalam buku ini ia mengupas secara terperinci buku Al-Qanun karya Ibnu Sina dan “Almilki” karya Alibin Abbas Al Majusi. Di dalam buku ini ia juga membicarakan tentang gejala-gejala penyakit dalaman dan masalah pembedahan.Ibnu Zuhr membagi bukunya ini kedalam tiga bahagian.Masing-masing bahagian berisi beberapa kajian dan setiap kajian membahas beberapa penyakit yang menimpa salah satu bahagian dari organ tubuh atau bahagian tertentu dari tubuh.Buku ini ia tutup dengan suatu pembahasan yang ia namai dengan Aljami’, yang berisikan nama-nama atau alat-alat kedoktoran, bimbingan khusus tentang meracik ubat-ubatan, dan cara pemakaiannya.Buku ini merupakan karya Ibnu Zuhr yang paling poular dan telah diterjemahkan oleh Barafisiyius ke dalam bahasa Latin pada tahun 1490 M.Kemudian buku ini telah diterjemahkan kedalam berbagai bahasa Eropah lainnya.

“At Taghdziah.” Buku ini ditulis oleh Ibnu Zuhr atas perintah sultan Al Muwahhidi, iaitu Abu Muhammad Abdul Mukmin bin Ali.Dalam buku ini ia berbicara tentang makanan dan minuman dengan berbagai ragamnya, makan, tidur, mandi, olahraga, dan prinsip-prinsip kesihatan yang bersifat umum.

“Al Iqtishad Fi Ishlah Al-Anfus Wa Al-Ajsad.” Buku ini ia tulis sebagai persembahan untuk sultan Al-Murabithun, iaitu Ibrahim bin Yusuf Ibnu Tasyfin.

At Ta’liq Fi Ath-Thib .Berisi nasihat-nasihat tentang ilmu kedoktoran.Manuskrip buku ini terdapat di perpustakaan Tesytir Beti di Kota Dublin ibukota Republik Ireland.

“At Tiryaq As Sb’ini” dan ringkasannya.Buku ini ia tulis untuk Sultan Muhammad Abdul Mukmin.

“At-Tadzkirah.” Memuat arahan, bimbingan dan panduan untuk anaknya dalam mempermudah aktiviti kedoktorannya.Buku ini sudah diterjemahkan dan dicetak dalam bahasa Perancis.

“Al-Jami.” Berbicara tentang minuman dan ubat yang dipakai dalam menyembuhkan penyakit.

Ibnu Zuhr berpendapat bahawa terapi terbaik untuk mengubati organ tubuh yang sakit adalah dengan merendam bahagian yang sakit itu kedalam air yang dingin.Dia juga dikatakan menbius pesakit dengan cara meletakan alat pembius dihidung dan dimulut pesakit ketika hendak dilakukan pembedahan.

Catatan:Abu Fattah

Translate »