Al-Jazari adalah seorang tokoh besar dan tersohor dalam bidang mekanik muslim. Penemuannya dalam bidang tersebut merupakan contoh dan acuan bagi dunia arkitek dan industri mekanik pada masa kemajuan peradaban Arab dan Islam.
Nama sebenar beliau adalah Badi’ Az-Zaman Abu Al-‘Iz Abu Bakr Ismail bin Ar-Razaz.Beliau biasanya dipanggil dengan nama Al-Jazari sesuai dengan nama tempat kelahirannya, iaitu Ardhul Jazirah, sebuah kawasan yang terletak di bahagian utara yang diapit oleh sungai Dajlah dan Furat yang terdapat di Iraq.Biasanya, nama Al-Jazari di dalam bahasa-bahasa Barat ditulis dengan salah satu dua ejaan berikut, iaitu; Al-Jazari atau Aljazari.
Tidak terlalu banyak diketahui tentang riwayat hidup Al-Jazari, kerana buku-buku biografi para tokoh dan ilmuwan tidak menyertakn namanya.Berdasarkan beberapa informasi, diyakini bahawa Al-Jazari dilahirkan sekitar tahun 561 H (1165 M) di Ardhul Jazirah, dan ia wafat pada tahun 607 H (1210 M).Sebahagian rujukan yang boleh dipercayai mengatakan bahawa dia wafat pada tahun 602 H (1206 M).
Al-Jazari telah mengabdikan diri kepada raja-raja At-Turkimani yang pada waktu itu masih bergabung dengan kerajaan Ayyubiah pada masa pemerentahan Shalahuddin Al-Ayyubi.Al-Jazari telah ditugaskan untuk membuat alat-alat mekanik, misalnya alat-alat penentu waktu, pertanian dan berbagai alat permainan yang dapat menghibur.Segala karya dan pengalaman telah membawanya menjadi lebih mashyhur didalam bidang yang di ceburinya.
Kita tidak dapat menemui maklumat-maklumat tentang tahap-tahap pendidikan yang dilalui oleh Al-Jazari.Namun apa yang diperolehi dari catatan-catan sejarah mempelajari matematik, fizik dan teknik industri.Beliau sering mengiringi kajian yang bersifat teori dengan praktik.Dan dia tidak akan percaya kepada suatu teori sebelum mempraktikkannya secara ilmiah.
Penemuan Al-Jazari berupa peralatan mekanik dan peralatan industri.Kebanyakan dari pengetahuan kita tentang penemuan Al-Jazari ini didasarkan pada bukunya “Fi Ma’rifat Al-Hiyal Al-Handasiyah.” Al-Hiyal ertinya adalah media atau peralatan mekanik.Buku ini diberi judul demikian kerana Al-Jazari mengabungkan pengetahuan ilmiah dan hasil percubaannya dalam membuat peralatan tersebut, sehingga jadilah peralatan yang uggul.
“Kitab Fi Ma’rifati Al-Hiyal Al-Handasiyyah” Buku ini juga dikenal dengan nama “Al-Jami’ Baina Al-Ilmi Wa Al-Amal An-Nafi’ Fi Shina’at Al-Hiyal.” Al-Jazari telah menulis buku ini dan melengkapinya dengan gambar-gambar dan berbagai bentuk penjelasan, sesuai dengan permintaan Raja Nashiruddin Muhammad bin Muhammad At-Turkimani, yang mana Al-Jazari telah mengabungkan antara ilmu dan pengalamannya agar tidak lenyap bersama orangnya.Namun anehnya, Al-Jazari wafat pada tahun yang sama dengan tahun diselesaikannya karya besar ini.
Buku ini dianggap buku teknik terpenting yang sampai kepada masa kita dan memuat kumpulan semua peradaban dari peradaban kuno dan peradaban abad menengah yang dikenal oleh dunia hinggalah masa kebangkitan Eropah.Pentingnya buku ini bukan saja kerana buku ini berisi huraian lengkap tentang jenis alat-alat mekanik yang ditemukan dan dbuat oleh l-Jazari, tetapi juga kerana dia memaparkan cara pembuatannya.Dia menjelaskan cara pembuatannya dengan lengkap sehingga para mekanik pada masa kita pun boleh membuatnya sesuai dengan petunjuk Al-Jazari dalam buku tersebut.Semua ini telah mengangkat populariti buku Al-Jazari dan mendapatkan perhatian besar di Barat. Dia mengizinkan bukunya untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman dan Inggeris pada abad kesembilan belas dan awal abad kedua puluh.
Catatan Ibn Khaldun
Recent Comments