Sememangnya amat sukar bagi seseorang manusia itu mengetahui dan memiliki kepakaran dalam pelbagai ilmu. Berlainan pula dengan seorang tokoh yang hidup sekitar 470 H yang memiliki pengetahuan pelbagai bidang seperti ilmu kedoktoran, ahli falsafah, ilmu matematik, logik, dan lain-lain lagi.
Beliau adalah Abu Barakat yang sememangnya amat tersohor sebagai seorang doktor yang memiliki bakat, kebolehan, dan ketrampilan yang cemerlang. Beliau disebut sebagai doktor yang berpengetahuan luas serta digelar sebagai doktor yang tiada duanya pada zamannya.
Selain memiliki ilmu kedoktoran, beliau juga seorang ahli falsafah yang lahir sebagai seorang Yahudi, namun kemudiannya beliau memeluk Islam. Ada juga yang mengatakan bahawa punca beliau memeluk Islam adalah kerana kehidupannya yang terancam sebagai tawanan perang selama pertempuran.
Semasa pemerintahan Sultan Saljuk, beliau telah membuka klinik sendiri bagi merawat penduduk termasuk khalifah, para pembesar negeri Baghdad termasuk Sultan Saljuk, iaitu sebagai doktor peribadi dan doktor kepada keluarga diraja itu.
Walaupun memiliki kepandaian yang luar biasa, beliau seorang yang tidak lokek akan ilmunya, malah mengajar ilmunya kepada beberapa orang murid. Salah seorang muridnya adalah teman sejawatnya, iaitu Ishak, putera Abraham bin Ezra.
Karyanya yang paling terkenal adalah kitab Al-Muktabar. Karya mendalami pemikiran-pemikiran Abu al-Barakat Baladi mengenai matematik, logik, ilmu alam dan ketuhanan. Buku ini juga merangkumi pandangan-pandangan Abu Barakat dalam ilmu falsafah.
Dengan mempunyai pemikiran terhadap ilmu falsafah yang berkaitan dengan alam persekitaran, jiwa dan ketuhanan, sebagai seorang ahli falsafah, beliau berpendapat bahawa alam ini tidak qadim atau tidak bermula tetapi hadits (baru). Pendapatnya ini didasarkan pada pemikirannya bahawa setiap fiil (yang berbuat) iatu adalah illat (sebab) dari hasil perbuatannya, dan illat tidak semuanya termasuk sebagai fiil.
Dalam tulisannya dari kitab Al-Muktabar, antara lainnya adalah Risalah fi Sabab Zuhur al-Kawakb Laylan wa Khaifaha Naharan yang telah diterjemahkan oleh E. Weideman dalam Eders Jahrhbuch Photographice, 1909.
Karya Abu Barakat dalam Al-Muktabar yang ditambah atau diperagakan dalam bahagian besar merupakan kitab Shifa oleh Ibnu Sina yang diambil alih olehnya untuk beberapa tesis daripada buku tersebut dan mengutipnya secara harafiah.
Demikian juga seruan kepada pengetahuan mengenai pemikiran manusia yang mendorong Abu Barakat untuk menjelaskan soal “waktu”. Menurutnya, penyelesaian sempurna perkara tersebut lebih bergantung kepada metafizik, bukan hanya pada fizik.
Menurut beliau, waktu merupakan ukuran tentang “ada”, bukan ukuran mengenai pergerakan. Ia tidak mengenal perbezaan tingkat-tingkat waktu yang beragam, tahap, dan sebagainya seperti yang disangkakan Ibnu Sina dan ahli falsafah yang lain. Jadi waktu merupakan adanya pencipta (al-Khaliq) dan yang dicipta (al-Makhluq.)
Setelah menghasilkan beberapa karya, beliau juga sempat menyusun buku di dalam bahasa Yahudi yang berisi dan mendapat puji-pujian atas prestasi-prestasi yang telah diraih iaitu digelar sebagai “Pakar Ilmu Kedoktoran”.
Pada akhir-akhir hayatnya, kedua-dua belah mata Abu Barakat telah buta dan beliau mengakhiri nafas penghabisan lebih kurang pada tahun 560 H. Menyorot ke belakang, nama lengkapnya adalah Abu Barakat Hibat Allah bin Malka al-Baghdadi al-Baladi. Belau dilahirkan di Balad, tidak jauh dari Rosul, Parsi (Iraq) pada sekitar tahun 470 H.
Recent Comments