Dalam kitab Shifat as-Shafwah diceritakan bahawa ketika hendak melaksanakan haji, Abdullah mendapat pesanan dari saudara bapa, Muslim bin Sa’d, untuk menyalurkan sedekah sebanyak 10 ribu dirham, untuk diberikan kepada orang yang termiskin di kota itu daripada kalangan ahlul bait (keluarga baginda Nabi SAW).
Setelah sampai di Madinah, Abdullah pun mencari maklumat mengenai anggota ahlul bait termiskin di bandar itu. Dan beliau pun memperoleh maklumat mengenai sebuah rumah yang dihuni oleh ahlul bait. Abdullah pun mengetuk pintu, dan terdengar suara,”Siapa engkau?”
Abdullah pun menjawab,”Aku adalah lelaki dari penduduk Baghdad. Aku diberi amanah harta untuk diagihkan kepada ahlul bait termiskin di kota ini, dan aku memperoleh maklumat bahawa yang termiskin adalah Anda, maka ambbillah harta ini.”
Perempuan itu pun menjawab,”Wahai Abdullah, orang yang memberi sedekah itu mensyaratkan orang yang termiskin, berilahlah ke jiran sebelah, ia lebih berhak.”
Akhirnya Abdullah mengetuk pintuk sebelah rumah perempuan itu, namun tatkalah ia menyampaikan maksudnya, ia mendapatkan jawapan,”Wahai Abdulllah, kami sama-sama miskin dengan jiran sebelah. Oleh itu, kongsikanlah harta itu untuk kami berdua.” (Shifat Ash Shafwah, 2/206).
Dipetik dalam hidayatullah.com
Recent Comments