Jika kau mengetahui bahawa syaitan tidak pernah lupa kepadamu, juga tidak bosan menyesatkan, menggoda, dan memerangimu, jangan kau lalai terhadap Dzat yang memegang ubun-ubunmu kerana syaitan takkan pernah berhenti menjerumuskanmu.
Syaitan telah berjanji akan terus menggoda manusia, seperti yang tertulis dalam firman-Nya. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapatii kebanyakan mereka bersyukur (taat). [QS. Al-Araf [7] : 17).
Dalam satu riwayat disebutkan bahawa setiap manusia memiliki syaitan yang menaruh belalainya di hati manusia. Jika mansuia lupa berzikir kepada Allah, syaitan akan membisikinya. Sebaliknya, jika manusia berzikir, syaitan akan mundur dan menutup diri. Oleh kerana itu, jangan lupa kepada Dzat y ang menentukan nasibmu, iaitu Allah SWT. Jangan kau lupa untuk berlindung kepada-Nya kerana Dialah yang akan mencukupi dan melindungimu.
Allah SWT berfirman kepada syaitan, Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu (syaitan) terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikuti kamu, iaitu orang-orang yang sesat, (QS. Al-Hijr [15] : 42).
Dalam ayat lain, Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya. (QS. An-Nahl [16] : 99).
Siapa yang memiliki sifat-sifat keimanan, ubudiyah, tawakal, dan selalu berlindung kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya dalam mengalahkan musuhnya.
Dzun Nun Al-Mashri berkata, Jika syaitan bisa melihatmu dari tempat yang tak bisa kau lihat, Allah bisa melihat syaitan itu dari tempat syaitan tak bisa melihat-Nya. Oleh kerana itu, mintalah pertolongan Allah atas gangguan syaitan ini.
Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri ra., ia berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, Iblis berkata kepada Tuhannya: Demi keagungan dan kebesaran-Mu,aku tidak akan berhenti menggoda anak Adam selama ruh mereka masih dalam jasad mereka. Maka Allah berkata kepada Iblis: Demi keagungan dan kebesaran-Ku, Aku tidak akan berhenti mengampuni mereka selama mereka meminta ampun kepada-Ku.
Catatan Ibnu Majid
Recent Comments