Al-Antaki atau nama lengkapnya adalah Daud bin Umar al-Darir al-Antaki.
Beliau lahir di Antiokia sebagai putera Kais (ketua) dari Karyat Sidi Habib al-Najjar.
Sebagai seorang ilmuan beliau dikenali sebagai tabib ahli fisioterapi, pakar ramuan ubat, dan ahli ilmu jiwa. Beliau diberi gelaran “Thabib Hazhiq al-Wahid.”
Walaupun kedua-dua matanya buta, namun itu semua tidak menjadi penghalang kepadanya yang kemudiannya dibawa serta belayar mengharungi samudera dan memasuki ke Asia kecil.
Di sana beliau mendalami bahasa dan kebudayaan Yunani kuno atas saranan seorang doktor yang berbangsa Parsi, malah beliau berjaya menyembuhkan penyakit yang amat lama telah dihidapinya agar beliau lebih konsisten dalam ilmu ketabiban.
Karya utama al-Antaki yang dinilai sebagai buku pegangan (hand book) kedoktoran / perubatan, lengkap dengan kupasan mendalam, berjudul Tadhkirat Ulil al-Bab Wal Jami’lil ajab al-Ujab, diterbitkan di Kaherah pada 1308-1309 / 1890-1891.
Buku ini dianggap sejajar dan amat berkualiti setanding dengan karya-karya ilmuwan Ibnu al-Baytar.
Malah, buku tersebut juga merupakan petunjuk atau rujukan mengenai sains di Eropah yang mula bergerak ke arah dimensi baru.
Selain itu terdapat juga karyanya yang berjudul “Seni Bercinta” yang dianggap sebagai “penyokong” ilmu kedoktoran / perubatan. Beliau juga pernah mengolah karangan Muhammad al-Sanay mengenai “cinta” dengan judul Tanzyim al-Aswak bi Tafsil Ashwak al-Ushshak.
Setelah beberapa lama menetap di sana, beliau kemudiaannya ke Mekah dan telah menyelesaikan sejumlah monograf yang ringkas. Malah beliau juga telah menulis sebuah karya mengenai kecaman hebat para ahli falsafah yang berjudul Risalah fi Tair Wal Ukab dan karangan lain mengenai penggunaan astrologi dalam ilmu kedoktoran, iaitu Unmudhaj fi’ilm al-Falak.
Susunan Nurain Ahmad
Recent Comments