TAURAT IALAH KITAB SUCI yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. Kitab ini diturunkan oleh Allah S.W.T. untuk menjadi petunjuk baginya dan bagi Bani Israel. Kitab suci ini adalah firman Tuhan yang disampaikan secara langsung kepada Nabi Musa a.s. di Gunung Sinai.

Dalamsurah al-Isra’ ayat kedua disebutkan: “Dan Kami berikan kepada Musa kitab (Taurat) dan Kami jadikan kitab Tauratitu petunjuk bagi Bani Israel….” Taurat merupakan bahagian daripada kitab suci agama Yahudi dan juga agama Kristian. Bagi penganut agama Yahudi, Taurat merupakan kitab yang penting.

SEPULUH PERINTAH TUHAN
(Keluaran 20:1-17 dan Ulangan 5:1-21)

Hormati dan cintailah satu Allah saja.
Sebutkanlah nama Allah dengan hormat.
Kuduskanlah hari Tuhan Sabat (Sabtu).
Hormatilah ibu bapamu.
Jangan membunuh.
Jangan melakukan kejahatan.
Jangan mencuri.
Jangan mendusta.
Jangan berbuat jahat.
Jangan mengambil barang orang lain dengan cara yang tudak halal.

KITAB HUKUM

Kata “taurat” (Ar.: al-tawrah) berasal daripadakata ibrani thora, yang bererti “ajaran”. Kata thora diterjemahkan ke dalam bahasa Yahudi Kuno sebagai nomos (hukum) dan sebab itulah thora juga disebut “hukum”. Jadi, kitab Taurat adalah kitab hokum. Kitab Taurat mengandungi lima kitab, kecik, oleh itu kitab Taurat juga disebut sebagai “lima kitab Musa,” atau Pentateuch dalam bahasa Yunani. Kelima-lima kitab itu ialah kitab Kejadian, Keluaran, Imamat, Bilangan dan Ulangan.

KITAB TERDAHULU

Kaum muslim diwajibkan beriman kepad kitab terdahulu, seperti difirmankan dalam Q.2:136: “Katakanlah (hai orang mukmin): ‘Kami beriman kepada Allah dan apa-apa yang diturunkan kepada kami, dan apa-apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, dan Ya’qubserta anak cucunya, dan apa-apa yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa-apa yang diberikan kepada semua nabi daripada Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka dan kami hanya tunduk patut kepada-Nya.’” Bahkan dalam Q.5:48 ditegaskan bahawa “Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa-apa yang sebelumnya, iaitu kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan ujian terhadap kitab yang lain itu….”

TALMUD

Tafsir kitab Taurat yang diberikan oleh para ulama Yahudi (rabbi) disebut Talmud. Talmud dianggarkan selesai ditulis pada tahun 500M dan yang paling kurang mengandungi dua versi: versi Palestin dan versi Babylon. Versi Babylon lebih lengkap. Talmud mengandungi ajaran tentang hokum keagamaan dan social Yahudi.

TANAK

Orang Yahudi menyebut kitab suci mereka “Tanak”, akronim bagi nama tiga bahagian kitab suci itu: Thora, Nabiin dan Khetubiin. Taurat ialah bahagian pertama kitab suci Tanak. Orng Kristian menyebut Tanak dengan nama “Perjanjian Lama”. Kitab suci agama Kristian, yang dinamai Bible atau al-Kitab, mengandungi Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Taurat ialah bahagian pertama Perjanjian Lama.

Catatan Ibnu Hamzah

Translate »