Nama lengkapnya adalah Ismail bin al-Husayn Zaynuddin Abu’l Fada’il al-Husayn al-Jurjani, Beliau seorang bangsawan daripada keluarga terhormat yang menguasai ilmu kedoktoran / perubatan.

Beliau sering juga dikenal sebagai al-Sayyid Ismail. Di Barat, ia lebih dikenali sebagai dengan nama “Gurgan” dan beliau dianggap sebagai penyambung ilmu kedoktoran Ibnu Sina.

Beliau menyusun sebuah kamus besar yang berjudul Qamus al-Thib. Dengan kamusnya itu, beliau mendapat julukan nama sebagai “Bapa Kamus”, malah kamusnya itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Turki, Urdu, Ibrani, Latin dan bahasa-bahasa Eropah yang lain.

Buku beliau yang paling bersejarah bertajuk Dakhira-i Khwarizm Shahi yang merupakan ensiklopedia kedoktoran pertama yang ditulis dalam bahasa Parsi dan memuatkan 450,000 patah perkataan.

Ensiklopedia ini juga terdapat dalam versi bahasa Arab dan telah diterjemahkan pula dalam bentuk ringkasan ke dalam bahasa Yahudi.

Buku Dakhira-i Khwarizm Shahi ini merupakan “gudang ilmu” iaitu bukan hanya untuk teori perubatan abad pertengahan, tetapi untuk bidang farmakologi bahkan ia juga menarik kerana memuatkan ilmu-ilmu daripada tumbuh-tumbuhan dan ubatan di dalam bahasa Parsi.

Karya al-Jurjani ini telah menjadi popular di Parsi dan India malah diterjemahkan ke dalam bahasa Ibrani, Turki dan Urdu. Selain itu, terdapat beberapa lagi karya ilmiahnya yang berjudul Al-Khuffi al-Ala’i.

Beliau juga berjaya mengangkat namanya ke atas pentas sejarah pengamalan ilmu yang tidak dapat dinafikan lagi.

Karyanya itu juga bersifat perantaraan terutama berkaitan dunia perubatan dan kefalsafahan. Kebanyakan karya-karyanya itu ditulis dan dizahirkan di dalam bentuk manuskrip-manuskrip.

Di samping itu, terdapat juga risalah ringkas bahasa Arab yang membicarakan masalah-masalah kefanaan dan kesia-siaan duniawi, iaitu yang berjudul al-Risalah al-Munabhiba yang telah ditemui malah digabungkan oleh al-Bayhaqi dengan biografinya.

Buku-buku karangannya ditulis dengan baik ke dalam bahasa Arab mahu pun bahasa Parsi. Pakar perubatan ini telah berangkat ke Khwarizm pada tahun 504/1110 dan menetap di sana.

Menurut beberapa sumber, diketahui bahawa al-Jurjani amat akrab dengan Khwarizanshah Qutb al-Din Muhammad (490-521/1097-1127), malah beliau juga telah mempersembahkan karya nominatifnya yang berjudul Dakhiri.

Beliau kemudiannya pula menjadi sahabat karib Afsiz bin Muhammad pada (521-551/1127/1156) dan menjadi giliranya untuk menulis al-Khuffi al-Ala’a.

Beliau kemudian berhijrah ke Marw, iaitu Kota Kerajaan Sultan Sanjar bin Malikshah dan meninggal dunia di sana pada tahun 531/1136.

Translate »