Abdullah Yusuf Ali (14 April 1872 – 10 Disember 1953)

Abdullah Yusuf Ali (14 April 1872 – 10 December 1953) dalam keluarga masyarakat Bohradi Bombay (kini Mumbai), India. Ayahnya, Dawoodi Bohra, merupakan seorang yang kuat beragama dan bekerja sebagai saudagar. Abdullah Yusuf Ali sudah pun menghafal Al-Quran ketika mudanya.

Beliau telah berpulang ke rahmatullah pada 1948M bersamaan 1367H di Brookwood, Surrey, London berhampiran Woking tidak jauh dari pusara Allahyarham Marmaduke Pickthall. Abdullah Yusuf Ali telah menerima pendidikan bahasa Arab dan bidang pengajian Al-Quran. Beliau juga merupakan kalangan penuntut yang terbaik dalam sastera bahasa Inggeris, hal ini kerana minat dan kemahirannya terhadap bahasa Inggeris. Banyak karya-karyanya diselitkan dalam majalah-majalah ilmiah. Beliau telah berjaya memegang jawatan yang paling tinggi dalam Perkhidmatan Awam India ketika itu, apabila dia telah berjaya dalam peperiksaan yang penuh dengan persaingan.

Beliau pernah belajar di beberapa universiti di Eropah termasuk University of Leeds. Sarjana Muhammad Iqbal membimbingnya menjadi pemimpin di Kolej Islamia di Lahore, Pakistan.

Dalam tahun 1934, beliau telah berjaya menterjemah kitab suci Al Quran ke dalam bahasa Inggeris.

Beliau menegaskan bahawa, adalah menjadi kewajipan seseorang muslim untuk memahami dan mengajar ayat Al Quran mengikut kemampuan masing-masing.

Walau bagaimanapun, terjemahan ini hanya sekadar terjemahan untuk memberi sedikit sebanyak pemahaman tentang ayat suci Al Quran dan bukan bermakna untuk mengganti ayat suci Al Quran.

Terjemahan ini diterbitkan pada 1938 oleh Sh. Muhammad Ashraf Publishers Lahore di India(kemudian Pakistan). Terjemahan ke bahasa Inggeris dimulai oleh Marmaduke Pickthall.

Pickthall seorang Islam (asalnya Kristian) pernah menterjemah al Quran dari bahasa Arab ke bahasa Inggeris pada 1930 dan banyak digunakan di Eropah.

Al Quran terjemahan Abdullah Yusuf Ali diterjemah pula ke bahasa Melayu oleh Muhammad Uthman El Muhammady. Pada Disember 1938 beliau membantu membina masjid Al-Rashid , masjid pertama di utara Amerika iaitu di Edmonton, Alberta, Kanada.

Translate »