SALAH SATU SUKU yang tinggal di WILAYAH Mongolia disebut sebagai bangsa Mongol. Bangsa dari pedalaman Siberia ini mengatakan diri mereka “putera serigala berbulu hijau”. Mereka ialah penganut pelbagai kepercayaan yang mirip dengan kepercayaan orang asli Amerika Utara. Bangsa ini berasal daripada keturunan seorang tokoh terkemuka tempatan yang bernamaAlanja Khan. Beliau mempunyai dua orang putera, Tartar dan Mongol. Keturunan masing-masing kemudian berkembang menjadi kaum Tartar dan kaum Mongol. Pada abad ke-13, kedua-dua kaum ini berselisih dan terlibat dalam peperangan yang berakhir dengan kemenangan kaum Mongol. Setelah menjadi bangsa yang besar dengan menggabungkan suku yanga ada, Mongol mula meluaskan wilayahnya dengan menakluki kawasan yang sebelum ini dikuasai oleh kerajaan Isla. Pada awalnya, mereka tidk beragama Islam tetapi keturunan Hulagu Khan (1217-1265) kemudiannya menganut agama Islam.

KERAJAAN ILKHAN

Ilkhan ialah gelaran yang diberikan kepada Hulagu Khan, keturunan Genghis Khan yang merupakan tokoh unggul dalam sejarah. Pada 1260, Hulagu Khan meneruskan serangannya ke Syria dan ingin memasuki Mesir. Beliau terpaksa berhadapan dengan Babybars I, Sultan Mamluk ke-4 (1260-1277) di Mesir dan terlibat dalam peperangan di Ain Jalut (Goliath). Babybars I berjaya mengalahkan Hulagu Khan. Selepas itu, wilayah taklukan Hulagu Khan diperintah oleh Kerajaan Ilkhan selama 100 tahun. Hulagu Khan dan anaknya tidak beragama Islam, namun cucunya (Tagudar) memeluk Islam dengan nama Ahmad. Demikian juga raja berikutnya. Kerajaan Ilkhan kemudian berpecah menjadi beberapa kerajaan kecil.

GENGHIS KHAN

Pada abad ke-12, bangsa Mongol dipimpin oleh Yasughi Bahadur Khan yang menyatukan 13 suku daripada bangsa Mongoloid. Sepeninggalannya, pimpinan dipegang oleh puteranya, Temujin (1167-1227). Meskipun masih muda, Temujin cukup cekap meminpin dan bercita-cita besar untuk menguasai wilayah lain. Pada 1206, dalam pesta besar-besaran bersama-sama ketiga-tiga belas ketua suku, para pemimpin agama memberikan gelaran Genghis Khan (Raja Perkasa) kepada Temujin.

BUKHARA DAN SAMARKAND

Genghis Khan berhasrat untuk meluaskan wilayah kekuasaannya di Asia Tenggara. Langkah pertama beliau adalah mewujudkan hubungan dagang dengan pemerintah Islam di wilayah itu. Sultan Ala’ uddin Muhammad daripada Kerajaan Khawarizmi. Ketika berlaku perselisihan dalam hubungan dagang tersebut, Genghis Khan terus menjadikan hal itu sebgai alasan untuk menyerang Khawarizmi. Pada 1220, pasukan tentera Genghis Khan menuju ke Bukhara untuk melakukan serangan. Pasukan Genghis Khan Berjaya menguasai Bukhara dan membinasakan bangunan masjid dan madrasah di ibu kota itu. Mereka juga membakar al-Quran dan kitab lain yang terdapat di perpustakaan. Selepas itu, Genghis Khan meneruskan serangannya ke Samarkand. Samarkand pun mengalami nasib yang sama dengan Bukhara. Tentera Mongol terus menakluki kota lainnya seperti Qinji, Nisabur, Rayy, Hamazan dan Tibris.

HULAGU KHAN

Hulahu Khan mewarisi wilayah kekuasaan Parsi, Syria dan Asiam Kecil. Pada 1265, beliau Berjaya memusnahkan Hasyasyin, sebuah mazhab Syiah Ismailiya, di Parsi. Dari situ, beliau berhasrat menguasai Baghdad yang pada masa itu diperintah oleh Khalifah al-Musta ‘sim daripada Abbasiyah. Meskipun Khalifah al-Musta ‘sim mengajak supaya berdamai, Hulagu Khan menolak tawaran itu, lalu menghancurkan Baghdad dan rakyatnya dalam masa seminggu.

Susunan Ibnu Majid

Translate »