Sabar merupakan perkataan yang sering kita dengar dalam kehidupan seharian. Akan tetapi tahukah kita bahawa ia adalah perkataan yang mudah diungkap tetapi susah untuk dilaksanakan melainkan mereka yang benar-benar mempraktikan nilai kesabaran didalam diri mereka.
Sabar membawa maksud : menahan atau meninggalkan.
Setiap orang tidak terlepas daripada nikmat dan cubaan dalam kehidupan mereka. Maka kesabaran dalam sesuatu perkara perlulah dititk beratkan supaya hasil pekerjaan yang dilakukan mendapat hasil yang diingini. Mana mungkin seseorang yang ingin berjaya dalam perniagaan, kehidupan rumahtangga mahu pun pelajaran tidak akan mendapat hasil yang baik jika tidak mempunyai sifat sabar.
Sifat sabar merupakan satu sifat yang cukup hebat sehinggakan Allah menyebutnya dalam Al-Quran dalam banyak tempat, tetapi yang paling hebat apabila Allah menyebut didalam Surah Al-Baqarah ayat 153 :
Ertinya : Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.
Ya….sabar merupakan sifat yang akan mendekatkan diri kita dengan Allah. Sabar juga merupakan kekuatan bagi jiwa orang mukmin.
Sabda baginda Rasulullah didalam satu hadis :
Ertinya : Iman itu dua bahagian : satu bahagian sabar dan satu bahagian lagi adalah syukur.[HR Baihaqi : 9264]
Sungguh besar sabar itu didalam Islam sehingga didalam Al-Quran disebut perkataan sabar sebanyak 90 kali.
Oleh Ustaz Dr Nur Mohammad Hadi
Akademi Al Bayan
Peneraju Pendidikan Masyarakat
Recent Comments