SYIAH adalah kelompok pelampau kanan Ali dalam konflik Ali Muawiyah setelah khalifah ketiga Saidina Uthman al-Affan dibunuh. Daripada peristiwa inilah munculnya kaum Syiah.

Puak Syiah ini sangat mencintai Ali bin Abi Talib r.a. terlampau cintakan Ali itu menimbulakan sikap terlampau membenci tokoh-tokoh sahabat Nabi s.a.w yang dianggap menjadi penghalang kepada kekuasaan Ali sebagai khalifah pengganti Nabi s.a.w.

Apa yang menyedihkan, perasaan cinta berlebihan menyebabkan puak Syiah meletakkan emosi kepuakan ini ke dalam akidah. Meyakini penyelewengan telah dilakukan terhadap wasiat Nabi s.a.w supaya Ali bin Abi Talib dilantik menggantikannya selepas kewafatannya.

Oleh itu, mengkaji fahaman Syiah akan bertemu dengan sikap menyalahkan Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Othman dan juga Muawiyah. Begitu juga Aisyah r.a puteri Abu Bakar dan isteri tersayang Rasulullah s.a.w., telah dianggap terlibat  ke dalam persengkongkolan menghalang Ali bin Abi Talib r.a daripada memperolehi warisan kepimpinan selepas kemangkatan Rasulullah s.a.w.

Dalam menegakkan benang basah yang dijadikan keyakinan puaknya ini, pemikir dan para faqih syiah memiliki sumber hujah tersendiri. Dan hujah itu dipegang dengan kukuh sebagai suatu akidah.

Keradikalan kaum Syiah dan penentang yang dilakukannya terhadap kepimpinan yang berkuasa, menyebabkan kaum Syiah ini ditindas oleh pemegang kuasa umat sepanjang sejarah Islam.

Dalam tekanan dan penderitaan inilah, munculnya istilah yang sangat identic dengan gerakan Syiah iaitu taqiyah-sikap berahsia apa yang sebenarnya di hati mereka. Kadangkala lain di mulut lain di hati. Yang malang bukan dengan musuh Islam tetapi sesama Muslim yang berlainan fahaman dengan mereka.

Kefanatikan dan memuja hingga pendewaan berlebihan terhadap Ali bin Abi Talib r.a hingga kepada keturunan dan para sahabat yang dimasukkan sebagai Ahlil Bait Rasulullah seumpama Salman Farisi dan Abu Zarr Al-Ghifari, menyebabkan kaum Syiah bermusuh sengit dengan golongan Ahli Sunnah Wal Jammah yang menyamakan darjat dan martabat kesemua sahabat-sahabat Rasulullah yang terkemuka.

Ahli Sunnah Waljamaah beranggapan keempat-empat khalifah ar-Rasyidin adalah sedarjat. Tiada sebarang bukti bahawa yang mewarisi kepimpinan umat terkhas kepad aAli bin Abi Talib dan Ahlil Bait secara mutlak.

Dalam konsep akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah tida seorang pun layak didewakan dan diagungkan hamper setaraf dengan peribadi Rasulullah s.a.w. Oleh itu, ketika Muawiyah mengambil alih kekuasaan setelah terbunuhnya Ali bin Abi Talib r.a atau golongan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah menerima kepimpinan Muawiyah setelah adanya bai’ah.

Sebenarnya Ahli Sunnah Wal Jamaah mencari jalan tengah. Dan jalan tengah demi perpaduan umat itu dilakukan sendiri oleh Ahlil al-Bait yang terkemuka, iaitu Hassan, putera Ali bin Abi Talib r.a.

Hasan yang dibai’ah seagai khalifah selepas kematian Ali r.a dan mengusai Iraq dan sekitarnya, akhirnya menyerahkan kuasa kepada Muawiyah demi mengelakkan krisis politik umat.

Anehnya, oleh kerana Hassan yang lembut dan suka mengambil jalan tengah, menyebabkan sikap kaum Syiah menumpu sanjungan kepada Hussein, saudara Hasan yang terbunuh di Karbala. Penyanjungan dan pendewaaan terhadp Hussein ini berlebih-lebihan sehingga muncul adat menyiksa diri dikalangan penganut Syiah sempena kematian Hussein r.a.

Jika kta menbaca kitab-kitab syiah, kita juga dapati segala kata-kata tokoh Ahlil Bait terkemuka disetarafkan dengan sabda Rasulullah s.a.w, malah tokoh mujtahid utama syiah yang bergelar Ayatullah memiliki fatwa mutlak.

Sebab itulah dalam kes penghinaan terhadap Islam yang dilakukan oleh Salman Rushdie – penulis novel berasal dari India itu, setelah Ayatullah menghukum bunuhnya, ia tidak mungkin dimansuhkan sehingga hari kiamat. Fatwa bunuh terhadap Salman Rushdi itu akan kekal abadi. Sebab fatwa itu mutlak. Begitulah kuatnya fatwa Ayatullah.

Tetapi di dalam fahaman Ahli Sunnah Wal Jamah, ulama mujtahid tidak dapat mengeluarkan fatwa bertaraf wahyu atau hadis Rasul. Misalnya, kita lihat fatwa Syafie tidak boleh dianggap setaraf dengan nas al-Quran mahupun sunnah Rasul. Ia cuma ijtihadi. Ia dipatuhi selama terbukti tidak menyalahi nas.

Kepimpinan umat Islam dalam pandangan kaum Syiah adalah mutlak dipegang oleh Ahlil Bait. Dalam konsep ini, muncul kepercayaan terhadap Mahdi yang akan zahir di akhir zaman dari kalangan Ahlil Bait. Sementara kedatangan Mahdi, Ayatullahlah sebagai wakil Mahdi.

Dari segi politik, keyakinan itu menunjukkan golongan Syiah akan hanya menerima pemimpin atas ketentuan mereka sahaja. Mereka tidak akan bersaudara dengan mazhab lain sepertimana Ahli Sunnah Wal Jamaah dapat menghubung persaudaraan antara penganut lima mazhab – Maliki, Hanafi, Syafie dan Hanbali.

Oleh kerana adanya watak-watak khas berbeza di antara pengikut Syiah dengan pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah ini, konflik akan senantiasa berlangsung.

Terutamanya dalam wilayah di mana penganut syiah telah bertapak menjadi minority kebanyakkannya memiliki bukan sahaja watak mujtahid, bahkan juga watak filosof yang oleh para intelek berjiwa kecil sering terpengaruh dengan pukauan pemikiran yang penuh semangat intelek yang tinggi. Lihat sahaja ketokohan Ali Syari’ati.

Jika kita membaca karya syiah, memang sulit untuk menafikan upaya pentafsir logik tinggi yang sekiranya pembacanya berjiwa kecil, tidak melakukan perbandingan ken as al-Quran dan hadis Nabi s.a.w yang sahih, akan segera mulai terpengaruh. Pembaca itu akan melihat ketokohan ulama Ahli Sunnah wal Jamaah hanyalah tokoh kecil dibandingkan dengan kehebatan upaya berfikir falsafah ulama serta pemikiran Syiah.

Tidak ada alat yang upaya menentang pengaruh syiah kecuali hujah al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. namun kita juga semestinya memiliki akal setajam pemikir Syiah itu untuk menangkis serangan Syiah.

Syiah selayaknya berada dalam lingkungan nasional Negara Iran sahaja. Dan kita menghormati hak bangsa Iran yang mewarisi mazhab Syiah itu. Namun, kita tidak boleh menerima kepercayaan Syiah tumbuh di Nusantara. Ini disebabkan ia memunculkan konflik. Dan melalui konfik itu, musuh Islam akan mempergunakannya demi menggugat kestabilan umat Islam di Nusantara ini.

Oleh : M. Jumat

Translate »