Penggal kedua pentadbiran Donald Trump disimbahi dengan darah dan hipokrasi. Tindakan Trump yang tegar dan keras telah menyebabkan masyarakat dunia semakin membenci Amerika Syarikat tetapi Trump tidak pedulikan setiap kecaman yang muncul daripada keputusannya.

Beberapa hari sebelum mengangkat sumpah untuk penggal kedua secara berjarak empat tahun dengan penggal pertama, Trump mengeluarkan kenyataan keras untuk membakar Gaza sekiranya tidak dilaksanakan gencatan senjata dengan Israel. Selepas mengangkat sumpah, Trump mengeluarkan kenyataan untuk membangunkan Gaza menjadi Reveira Timur Tengah dengan mencadangkan negara-negara Arab menerima penduduk Gaza.

Alasannya, Gaza “tidak selamat untuk tinggal” kerana terdapat bom Israel yang tidak meletup setelah digugurkan secara bersiri tanpa henti sejak Oktober 2023. Jadi, untuk menentukan ia selamat, seluruh tanah Gaza akan dibersihkan: sisa bom, runtuhan bangunan dan dibina semula berdasarkan selera dan kehendak zionis. Matlamat akhirnya ialah menyerahkan Gaza kepada Israel dan dengan itu, saki baki keturunan Arab-Palestin yang merupakan penduduk asal dapat dilenyapkan daripada tanah leluhurnya sendiri.

Ia bukan lagi mitos, tetapi sebuah rancangan jahat yang tidak boleh diterima oleh sesiapa pun. Kalau sebelumnya, zionis membina mitos bahawa mereka kembali ke Palestin kerana tanah itu adalah milik mereka sejak tiga ribu tahun, dan kawasan yang dituntut sebagai “tanah yang dijanjikan” adalah sebuah wilayah kosong “tanpa penghuni”. Namun sejarah membuktikan bahawa Palestin baik dari segi namanya adalah sebuah wilayah yang dimiliki oleh etnik Arab-Palestin, termasuk Bani Israel. Palestin menjadi wilayah yang dikongsikan bersama oleh tiga agama samawi, iaitu Yahudi, Kristian dan Islam.

Sejarah, dalam kajian yang dilakukan oleh Profesor Nur Masalha, membuktikan bahawa istilah Palestin telah wujud sejak Zaman Gangsa Akhir, iaitu lebih 3,200 tahun lalu. Jelas Nur Masalha: Ia merupakan nama yang lazim digunakan dari sekitar tahun 450 SM hingga 1948 Masihi untuk merujuk kepada sebuah wilayah geografi yang terletak di antara Laut Mediteranean dan Sungai Jordan dan kawasan-kawasan bersebelahan dengannya.” (dipetik dari buku Nur Masalha, Palestin: Sejarah Empat Ribu Tahun, terjemahan Hasnita Shaari, Petaling Jaya: Hashim Sani Centre for Palestine Studies – Biblio Press, 2025, hal.1).

Sehari sebelum mengangkat sumpah, gencatan senjata di Gaza berlangsung (19 Januari 2025) namun ia hanyalah sebuah permainan strategi yang terus didera keras oleh Israel. Israel kekal sebagai negara yang tidak mempedulikan undang-undang antarabangsa kerana peraturan zionis merupakan peraturan yang kebal dengan apa sahaja ketetapan bersama, yakni apa yang dipersetujui dalam setiap rundingan gencatan senjata.

Israel terus menyerang Gaza dan sehingga akhir tahun 2025, Israel telah melanggar syarat gencatan senjata mendekati 800 kes. Bangsa Israel adalah contoh homo sacer, yang berusaha menjadikan dirinya sebagai manusia kebal undang-undang, dan orang lain boleh dibunuh atas tujuan dan matlamat kehidupannya sendiri. Orang (bangsa) lain adalah makhluk yang tidak berguna dan penyebab kepada kejahatan. Ia terkandung dalam kitab suci, termasuk kitab suci pemeluk Kristian (Bible) dan umat Islam (al-Quran). Bagi bani Israel, mereka marahkan kepada agama Kristian kerana agama itu cepat berkembang, begitu juga dengan agama Islam.

Walaupun agama Yahudi hadir lebih awal, jumlah pemeluknya adalah kurang daripada 16 juta orang di seluruh dunia. Pemeluk Kristian berjumlah 2.7 bilion manakala Islam menduduki tangga kedua, iaitu sekitar 2 bilion. Prinsip ajaran Kristian telah berjaya diubahsuai oleh pendita Yahudi, malah ada di antaranya tegas menyatakan bahawa penyaliban Nabi Isa AS (Jesus) sebagai pengorbanan untuk menghapuskan “dosa silam”. Sebenarnya, tidak ada “dosa silam” atau “dosa warisan”, kerana setiap orang hanya menanggung dosanya sendiri.

Begitu juga dengan konsep triniti, tiga dalam satu : Tuhan Anak, Tuhan Bapak dan Rahul Kudus. Mereka berusaha menukarkan akidah pemeluk agama Kristian dan akhirnya mereka berjaya dengan memecahkan kita suci kepada dua versi: Perjanjian Lama (Old Testament) dan Perjanjian Baru (New Testament).

Pendita Yahudi ikut berusaha untuk memesongkan ajaran Islam tetapi hingga kini mereka tidak berjaya. Kesucian kandungan al-Quran berjaya dipertahankan atas kecekapan para ulama menghafalnya sebagai kaedah pembelajaran bertalaki sejak permulaan agama Islam lagi. Itulah yang menjadi punca kejahatan bani Israel selanjutnya, dan kini mereka cuba meresap masuk dalam jalur ilmu pengetahuan. Mereka membina asas ilmu pengetahuan berdasarkan pelbagai kaedah sehingga berjaya membentuk kerangka epistemologi yang bertentangan dengan Islam.

Ajaran-ajaran Islam cuba diperkenalkan dalam kerangka ilmiah ciptaan mereka, dan cuba dinafikan kebenaran dengan kaedah impirikal. Setakat ini ramai yang gagal, sebaliknya, ramai pula yang mengkaji al-Quran mula cenderung mendokong dan memeluk Islam. Kebimbangan itulah yang mula membentuk perang antara peradaban, sebuah tesis yang sengaja dibuat bagi menggambarkan Islam adalah sebuah agama yang menyeleweng daripada prinsip kemanusiaan dan asas ilmu itu sendiri. Ia juga dilaksanakan melalui penjajahan, dan selepas penjajahan berakhir, dilakukan pula melalui imperialisme budaya dan pemikiran.

Dari perspektif propaganda mereka menciptakan pelbagai istilah, yang membawa maksud bahawa bangsa-bangsa selain daripada barat (termasuk Bani Israel) adalah bangsa yang lemah, dan wajar dididik dengan falsafah pendidikan mereka, kerana barat adalah simbol kepada kemodenan dan kemajuan. Mendiang Edward Wadie Said (1935-2003) berjaya melekakan sebuah pemetaan akademik yang menolak kerangka provokasi ilmiah barat dengan mengkaji makna dan konsep orientalisme (Edward W Said, Orientalisme, 1978 dan Culture and Imperialism, 1993). Lebih menyedihkan lagi atas kritik dan pandangan tegas Edward W Said, beliau dihalang daripada mengunjungi tanah leluhurnya, Palestin. Walaupun dilahirkan di Jerusalem ketika mandat British berkuasa (1935), keluarga Edward Said akhirnya mengambil keputusan berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1951. Oleh kerana ayahnya pernah bertugas dalam pasukan tentera Amerika Syarikat, ia memudahkan keluarga Edward W Said menerima kerakyatan. (Edward W Said, Out of Place: A Memoir, 1999).

Sebenarnya, bangsa (bani) Israel adalah punca kejahatan yang tidak pernah terpenggal daripada sejarah manusia, bermula pada zaman prasejarah lagi. Bani Israel ikut membunuh para nabi, utusan Tuhan untuk mendidik manusia ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup beradab.

Trump tidak merasa malu dengan sejarah bani Israel, sebaliknya terus mendokong apa yang ingin dilakukan walaupun ia adalah kejahatan yang tidak boleh diampunkan oleh sesiapa pun, termasuk Yehweh sendiri.

Menjelang setahun pentadbiran Trump untuk penggal kedua pada 20 Januari 2026, tidak ada sedikit pun rasa kesal Washington untuk membentak Israel agar patuh kepada perjanjian yang ditandatangani pada 19 Januari 2025. Trump sebaliknya terus berkomitmen untuk menentukan Israel kekal mengganas dengan pelbagai bantuan senjata sehingga rakyat Amerika Syarikat turun ke jalan raya membuat desakan agar dihentikan.

Trump yang mahu menabalkan dirinya sebagai seorang maharaja Amerika moden, tidak mengendahkan kecaman bahkan melakukan tindakan keras kepada mana-mana institusi dalam negeri yang cuba mensabotajkan kehendaknya. Antara yang dilakukan ialah menghentikan dana pendidikan kepada mana-mana universiti yang mengalihkan dana pelaburan ke atas sebarang entiti Israel.

Dalam masa yang sama, Trump mengeluarkan perintah yang dikenali sebagai ICE -Immigration and customs enforcement – dasar untuk melengkapkan doktrin America for American. Dasar ini sudah dinyatakan semasa kempen penggal pertama (2016), iaitu menyekat kemasukan warganegara asing ke Amerika Syarikat, terutama dalam kalangan negara yang dikenakan sekatan ekonomi. Misalnya, Iran, Afghanistan, Mexico dan beberapa buah negara Arab.

Pada penggal pertama, Trump memulakan Perang Perdagangan (trade war) dengan China. Trump sedar, jika tidak dilakukan dasar perlindungan yang tegas, suatu hari China akan merampas kedudukannya sebagai kuasa ekonomi terbesar dunia. Oleh kerana itu, Trump mencari pelbagai alasan untuk mengurangkan produk China memasuki pasaran Amerika Syarikat.

Awalnya, menuduh China menggunakan kelebihan teknologi sebagai satu bentuk pengintipan, lalu bertindak ke atas dua firma teknologi China yang sedang berkembang maju, Huawei dan Z’tronic. Ia dikaitkan dengan dakwaan keselamatan kerana teknologi yang dibangunkan oleh dua syarikat terbabit mengalihkan data peribadi pengguna Amerika Syarikat ke China, sebagai aktiviti perisikan. Semua firma Amerika Syarikat digesa untuk membatalkan kerjasama dan kontrak dengan China, terutama dalam teknologi telekomunikasi 5G dan peranti canggih digital.

Setelah tewas dalam kempen untuk penggal kedua, Trump tidak berdiam diri. Sebaliknya beliau mengukuhkan keazamannya untuk kembali ke Rumah Putih dan dicalonkan semula oleh parti Republikan untuk bertanding pada tahun 2024, iaitu di akhir penggal pertama Joe Biden. Joe Biden tidak mempertahankan jawatan itu sebaliknya menyerahkan kepada Kamala Haris sebagai calon yang wajar dipilih untuk membawa bendera Parti Demokrat.

Trump melihat sepanjang pentadbiran Joe Biden, tidak berlaku tindakan yang memadai untuk membantu Israel dan mengenakan keputusan lebih keras ke atas China. Ia menjadi sebab kenapa BRICS menjadi semakin besar dan berpengaruh di seluruh dunia sehingga negara-negara Latin Amerika (jiran pintu belakang) telah berubah kiblat ekonomi dan pembangunan. China yang menjadi pemain utama terus melabur dan membentuk dasar perdagangan yang boleh diterima tanpa tekanan sebagaimana Amerika Syarikat lakukan untuk menjaga kedudukannya sebagai hegemoni ekonomi. Imperialisme Amerika Syarikat menjadi semakin hilang keangkuhannya dan ia menyebabkan produk Amerika Syarikat tidak lagi berdaya saing.

Sebenarnya, bukan Trump yang merasai kebimbangan hilang hegemoni. Ia sudah dirasai oleh pentadbiran Obama dan kerana itulah diusahakan TPPA bagi membolehkan firma-firma menguasai semula pelaburan dan pembangunan industri di kebanyakan negara. Melalui perjanjian itu,.Obama mengharapkan beberapa halangan perdagangan seperti cukai, tarif dan patriotisme sesebuah negara dapat dinormalisasikan. Ia akan menjadikan firma-firma Amerika, produk keluaran Amerika boleh dipasarkan dengan mudah.

Keadaan itu dilihat sebagai kelemahan ketara pentadbiran Parti Demokrat, dan ia diambil kesempatan oleh Trump memulakan kempen Make America Great Again dalam penekanan yang lebih berkesan ke atas China. Kali ini, Trump bergabung dengan Elon Musk, usahawan dan bilionair yang dikaitkan dengan kereta elektrik (Tesla), perniagaan satelit komunikasi (Neuralink), media sosial (X, yang dinamakan semula twitter ) aeroangkasa (SpaceX), dan sistem pembayaran elektronik (PayPal).

Setelah mengangkat sumpah, Elon Musk dilantik sebagai penasihat reformasi pengurusan sektor awam Rumah Putih. Setelah enam bulan bersama Rumah Putih, Musk akhirnya muka berkonflik dengan Trump, dan meletakkan jawatan. Konflik itu mendedahkan beberapa masalah yang pada pandangan Musk tidak wajar dilakukan oleh Trump walaupun pada awalnya, Musk mengharapkan perniagaannya berkembang pesat ekoran hubungan baiknya dengan presiden. Kedua-dua laksawan (bilionair) itu akhirnya sedar bahawa langkah Trump akan menyebabkan produk Amerika akan berhadapan dengan tekanan pasaran yang semakin menyebabkan hilang daya kompetitif. Ia dapat dilihat daripada strategi produk China dalam penjualan kereta elektrik, harga diturunkan sehingga Musk terpaksa memikirkan semula strategi pemasarannya.

(bersambung)

KAMARUN KH

Translate »