Beberapa hari lalu, tersebar rakaman video bertajuk ‘kenapa ahli politik suka berbohong’, “joint saya, Ustaz Zul di Telegram ustazzul.id demi untuk perubahan. Saya cuba mentranskripsikan apa yang diperkatakan oleh Ustaz Zu[ itu:
“Ada satu pertandingan tahunan yang diberikan nama World’s Biggest Liar, yang diadakan di Cumbria, England. Pertandingan ini mengumpulkan peserta serata dunia untuk mereka bersaing bagi merebut juara siapa yang paling pandai buat cerita bohong yang meyakinkan. Semua orang dibenarkan menyertainya pertandingan ini.
Tetapi ada dua pihak yang tidak dibenarkan menyertainya, iaitu ahli politik dan peguam. Ini kerana mereka dikatakan ‘to skill at telling porkies’ maksudnya terlampau pandai dan mahir berbohong. Mereka ada kelebihan ‘pandai berbohong” yang orang lain tidak ada. Inilah sebab ahli politik dan lawyer tidak dibenarkan menyertai pertandingan tersebut.
Sampai begitu sekali pandangan awam terhadap ahli politik dan peguam. Persoalannya kenapa ahli politik ini suka berbohong?
Jim Taylor (PhD) dalam satu tulisannya telah menulis Six Reasons Why Politicians Believe They Can Lie. Ada enam sebab kenapa mereka suka berbohong:
(1) Kebanyakan ahli politik adalah narsissis, iaitu angkuh, penting diri dan rasa diri mereka bagus. Oleh kerana perangai ini, mereka percaya mereka betul walaupun berbohong. John Edward, bekas senator menyatakan pengalaman saya “fed a self-focus, an egotism a narcissism that leads you to believe you can do whatever you want.” ;
(2) Ahli politik tahu pengikut mereka akan percaya walaupun apa pun mereka buat. Ini kerana pengikut hanya akan berkawan, membaca, mendengar dan berkongsi maklumat yang sama-sama mereka yakini. Mereka tidak akan benarkan maklumat yang bercanggah dengan kepercayaan mereka untuk masuk. Sebab itu walaupun ahli politik ini berbohong, pengikutnya tetap akan kata itu benar;
(3) Masyarakat sebenarnya tidak suka dengar perkara benar. Bagi mereka kebenaran menyakitkan dan membuat mereka tidak selesa. Ini menyebabkan ahli politik lebih suka membuat cerita dongeng dan bohong untuk memujuk pengundi bersama mereka;
(4) kewujuduan internet sentiasa akan membiarkan cerita bohong terus disebarkan di kalangan orang ramai. Walaupun ada cerita benar, tetapi kebanjiran maklumat menyebabkan maklumat benar dan palsu tidak boleh diasingkan . Hanya yang bijak aja boleh membezakan ;
(5) Cognitive bias, maksudnya manusia memang bersikap dan ambil pemikiran secara bias. Mereka akan tetap menyokong pihak yang mereka condong. So ahli politik tahu apa pun kesalahan dia buat termasuk pembohongan aka nada pihak bersama. Rakyat Amerika memilih Trump walaupun dia telah melakukan lebih 13,000 kesalahan dan ucapan yang mengelirukan. Mereka walaupun tidak percaya kepada pembohongan Trump, tetapi mereka percaya kepada Trump. Pelikkan tetapi itulah hakikatnya; dan
(6) pembohongan kalau diulang sampai cukup masak manusia akan anggap ia benar. Sebab itu mengulangi pembohongan supaya terus didengari manusia lepas itu past dipercayai. Ini antara kepakaran ahli politik. Ulang pembohongan sampai percaya.
Kesimpulannya, sebab itu Islam sangat menitikberatkan politik berteraskan halal-haram, dosa-pahala. Ini kerana ahli politik boleh menipu siapa sahaja dan akan ada yang percaya dan bersamanya. Hanya ahli politik yang ada pegangan dosa-pahala sahaja akan bertanggungjawab terhadap apa yang dibuat. Benarlah firman Allah SWT: “pendengaran, penglihatan dan hati, semua itu akan dipertanggungjawabkan di depan Allah” al-Isra:36) Ayuh transformasikan diri kita, jangan terpedaya dengan pembohongan ahli politik dan terus bersikap benar dan cerdik dalam hidup ini. Terus kuat demi perubahan. Assalamualaikum.
Mungkin kerana ‘bohong dan mahir berbohong’ serta seringkali membuat ‘cerita dongeng’, ahli politik juga dianggap kerjaya yang paling kotor dalam hampir kesemua kerjaya yang ada. Meskipun, ada kategori bidang pekerja yang dipanggil 3D –dirty, difficult and danger : kotor, sukar dan bahaya—dari perspektif psikologi, resam hidup dan budaya ahli politik adalah ‘kotor’. Banyak sebabnya. Bagi ahli politik, ada fasafah yang dimotorinya dan ada tujuan yang ingin dicapainya.
Antara fa;safah politik yang paling banyak diperkatakan ialah hasil pemikiran seornag diplomat Itali yang bernama Nocollo Machiavelli (1469-1527). Pada tahun 1512, Machiavelli hilang jawatannya sebagai diplomat (14 tahun) dan pemimpin tentera Florence, apabila keluarga Medici dengan bantuan Sepanyol berjaya menawan bandar Florence. Machavelli dipenjarakan dan ketika dalam tahanan, beliau pelbagai tekanan dan deraan sehingga menyebabkan tulang bahu patah. Beliau meringkok selama tiga bulan di dalam penjara, dan mengambil keputusan untuk meneruskan minatnya dalam bidang penulisan.
Dengan bantuan rakan-rakan dan pengalamannya, Machiavelli berjaya menyiapkan sebuah buku, The Prince (1513). Buku tersebut dianggap sebagai karya terawal dalam pembentukan falsafah politik moden.
Buku yang mengandungi 26 bahagian itu, turut memberikan panduan bagaimana mengambil alih kuasa, kaedah menguasai tentera, dan panduan sebenar sifat-sifat seorang pemimpin. Bagaimanapun, buku itu hanya dapat dicetak dan disebarkan kepada orang ramai pada tahun 1532, iaitu lima tahun selepas kematiannya. Akibat pandangan politiknya dilihat begitu radikal, The Prince menerima kecaman hebat daripada kebanyakan ahli politik. Pope Clement VIII (nama sebenar Ippolito Aldobrandini (1536-1605) – Ketua Gereja Katholik dan pemerintah Negara Papal) menganggap karya tersebut sebagai “mengajar pemimpin menipu dan memerintah dengan ancaman ketakutan, berbanding memerintah secara kasih sayang dan dihormati’.
Machiavelli, menjelaskan bahawa sekiranya seseorang pemimpin perlu memilih untuk disayangi atau ditakuti, adalah lebih baik ‘untuk ditakuti’bagi menjamin keselamatan dan kuasa pemimpin itu terjamin. Ia kemudian membuka ruang ‘menggunakan apa cara’ peluang yang ada untuk mengekalkan kuasa, termasuk ‘menghalalkan cara’. Idiom politik yang diajukan oleh Machiavelli ialah “matlamat menghalalkan cara”. Misalnya, jika matlamatnya untuk mendapatkan kuasa. seseorang itu akan melemparkan dakwaan buruk terhadap seseorang pemimpin yang dimusuhinya, termasuklah pemimpin yang berkuasa.
Dengan memberikan gambaran buruk, persepsi rakyat akan terbentuk berdasarkan acuan tersebut. Maka, itulah sebahagian agenda Pakatan Harapan yang diketuai oleh Dr Mahathir melancarkan serangan ke atas kerajaan BN sehingga BN tersungkur pada PRU ke-15. Seolah-olah tergambar bahawa pemerintahan BN selama 60 tahun telah merosakkan negara, dan akhirnya, PH hadir untuk membaiki kerosakan itu menerusi slogan Malaysia Baru. Namun, disebabkan kemenangan PH dengan cara ‘manipulasi maklumat’ dan ‘kempen kebencian’, akhirnya rakyat mula merasakan lebih teruk daripada berada ‘dalam mulut buaya’. PH disifatkan seperti ‘mulut naga’ dan penyokong-penyokong DAP semakin naik tocang, seumpama ‘kaduk naik junjung’.
Rakyat mula merasa mual, marah dan mendesak agar PH segera menamatkan penguasaan dengan menyerahkan kuasa kepada rakyat bagi ‘membuat pilihan semula’. Rakyat mula rasa tertipu dan semakin sukar menjalani kehidupan harian—dan mengutuk seluruh barisan kabinet. Apabila isu penjualan aset TH meletus, kedudukan PH menjadi semakin memburuk dan segelintir pendeposit mula kecewa. Aset TH dipindahkan manakala sebahagian ladang kepunyaan TH Plantations dijual, menyebabkan reputasi Menteri Agama dipersoalkan. Politik dianggap semakin kotor dan merugikan orang Melayu.
Dalam pandangan golongan muda, apa yang berlaku selepas kekalahan BN adalah ‘mimpi ngeri’ walaupun sebahagian besarnya tidak begitu cenderung untuk menyertai mana-mana parti politik. Hanya sebahagian kecil melihat parti politik sebagai platform yang baik untuk berjuang menegakkan idealisme. Sebahagian besar mengambil sikap tidak peduli, tetapi, kali ini mereka mula peduli dan bercakap mengenai politik. Mereka bercakap, kerana mereka telah dikecewakan dengan pelbagai janji – penghapusan bayaran balik pinjaman PTPTN, harga kereta dan petrol yang murah, memansuhkan bayaran tol, mencipta lebih 1 juta peluang pekerjaan, pendidikan percuma (hingga ke universiti), kebebasan ruang awam dan menikmati nilai kebersamaan yang lebih luas— hanyalah seumpama euforia.
Langkah pertama PH ialah mengurangkan penjawat awam, di mana lebih 17,000 terpaksa ditamatkan kontraknya atas alasan dilantik oleh kerajaan terdahulu atas kepentingan politik. Rakyat mula mempersoalkan, kerajaan PH juga mempunyai kepentingan politik tertentu, maka PH telah bertindak membebaskan beberapa kes berprofil tinggi hanya kerana ingin memalukan BN. Mereka yang didapati ada kaitannya dengan mempromosi LTTE, dibebaskan manakala kes rasuah yang sudah mula dibicarakan di mahkamah, tidak diteruskan prosesnya. Kesemuan tindakan tersebut dilihat ‘ada kepentingan politik’ apatah lagi mereka yang terbabit itu sedang berkuasa dalam kerajaan Malaysia Baru.
Rakyat menjadi semakin marah ialah perkara-perkara yang menyentuh Islam, institusi Islam semakin dipertikaikan, dan ini menimbulkan ‘ketegangan agama’ yang menampakkan pendirian dwi-standard kerajaan PH. Bahkan, para pemimpin PH tidak bersedia memberikan amaran dan memanggil menteri-menteri yang mengeluarkan kenyataan ‘menghasut’ dan dilihat ‘menghina orang Melayu dan Islam’. Ia hanya sekadar ‘membuka kertas siasatan’ dan tidak dibawa ke muka pengadilan. Walaupun pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut memohon maaf, permohonan maaf masih belum cukup untuk menutup mulut ahli politik daripada bercakap dengan celupar dan mencetuskan emosi marah.
Rakyat mula bertanya: apakah kesudahannya. Lim Guan Eng menyelar pemuafakatan Melayu menerusi PAS dan UMNO sebagai ‘permulaan gendang perang kepada bukan Melayu. Rakyat juga bertanya, apa tindakan kepada Nga Kor Ming bila menyambung cemuhan Lim Guan Eng tentang pemuafakatan tersebut sebagai bakal mengamalkan ‘pemerintahan ala Taliban’? Rakyat terus bertanya, apa kesudahannya dengan kecaman Salehudin Ayub ketika berkempen di PRK Tg Piai? Apa tindakan bila seorang bekas menteri berkata, Tragedi Tandou itu ‘adalah sandiwara’ manakala askar hanya berperang dengan ‘ayam dan anjing’?
Berlatar belakangkan perlakuan dan budaya politik sedemikian, maka ada dalam kalangan masyarakat hampir menolak total untuk menyertai politik. Ada di antaranya, mengambil keputusan tidak mendaftar sebagai pengundi. Mungkin SPR boleh buktikan, berapa ramaikah mereka yang berusia lebih 50 tahun belum mendaftar sebagai pemilih? Kalau golongan yang berusia menjadi apolitical, maka tidak hairannya semakin ramai golongan muda merasa tidak perlu mendaftarkan dirinya sebagai pengundi, meskipun cukup umur dan layak berbuat demikian.
Oh! Untuk apa saya mendaftar? Apa yang penting bagi saya ialah bekerja dan mendapat rezeki yang halal untuk menyara keluarga. Saya tidak perlu peduli dengan politik, kerana politik itu kotor. Ya! Politik memang dilihat kotor kerana tangan-tangan yang menggerakkan proses politik itu ada yang ‘berkudis’, sebab bagi orang-orang itu ialah kuasa. Tidak ada makna berpolitik, kalau tidak berkuasa. Sebab itulah, dalam politik acara jatuh menjatuhkan ibarat sebuah permaianan, dan yang kalah hilang segalanya, yang menang dapat semuanya. Kita orang biasa, sering diperbodohkan, dengan cerita dongeng, kata Ustaz Zul, dan dalam pengamatan ahli sains politik, untuk meningkatkan ‘harapan’ dan ‘kekecewaan’.
Ahli politik boleh berkata: Manifesto bukan Janji; Manifesto bukan ‘kitab suci’; “Malaikat pun buat silap’; Nabi Muhammad SAW pun ‘berbohong’; Allah SWT pun ‘mencarut’; Dan, ‘kalau saya Tuhan’; Malaikat halau Najib; Mungkinkah itu yang dimaksudkan oleh Ustaz Zul, politik dalam Islam mestilah ditunjangi oleh mereka yang sangat menitikberatkan ‘dosa-pahala’ dan ‘halal-haram’. Dosa, begitu juga haram, sentiasa dilihat kotor dan wajib dijauhkan. Ia selaras dengan penekanan Al-Ghazali, amar makruf nahi mungkar; dan di dalam setiap jiwa politikus wajib ada keazaman yang tinggi melebarkan kemaslahatan ummah.
Politik dan moral tidak boleh dipisahkan. Ertinya, jika seseorang ahli politik itu berbohong, maka secara jelasnya ia kehilangan moral. Ia bukan seperti dicadangkan oleh Machiavelli: “bukan tidak mungkin seseorang pemimpin (raja) terpaksa mengabaikan kesetiaan kepad janji, kedermawanan, kemerakyatan dan kepatuhan kepada agama. Kerana itu, seorang raja memang harus memiliki karakter yang sedapat mungkin boleh beradaptasi dengan perubahan situasi tanpa perlu mengabaikan aspek kebaikan, namun dalam kondisi darurat, dia juga dapat melakukan kejahatan.”
Dalam Islam, politik sangat terikat dengan moral. Sebab itulahlah Islam melihat politik itu sebagai budi pekerti luhur (makarim al-akhlak) dan pembinaan manusia…mengeluarkan umat manusia daripada kegelapan, kebodohan, penindasan, syirik dan amoralitas, serta menggiring mereka kepada cahaya, pengetahuan, keadilan, tauhid dan keutamaan akhlak…Para pejuang Islam, sebelum memulai perang harus menyeru pihak lawan kepada Islam dan perdamaian (mushalahah) tanpa perlu menimbang aspek permusuhan dan kebencian. Jika pihak lawan menolak,maka barulah perang dapat dilancarkan.” (Ali Asgar Nusrati. Sistem Politik Islam: Sebuah Pengantar, terjemahan Musa Mouzawir, Jakarta:Nur al-Huda, 2015: 46-47).
Dan untuk menghapuskan stigma ‘politik itu kotor’ ia memerlukan gandingan semua pihak, dari bidang pendidikan, kepengikutan dan pemimpin perlu memperlihatkan dirinya sendiri ‘bersih, bermoral dan peduli rakyat’ bukan angkuh, sombong dan bercakap bohong. Jika rakyat dididik dengan perilaku ahli politik yang membudayakan dosa-pahala, halal-haram dalam kehidupan hariannya, maka politik akan muncul sebagai suatu kekuatan untuk membina sebuah peradaban yang hebat dan sukar digugat.
MONOSIN SOBRI
Recent Comments