Kesian!!!

Apakah RTM sudah ketandusan “tenaga dalaman” yang boleh dilantik sebagai Ketua Pengarah Penyiaran?

Dah dua musim, bukan “orang dalam” yang dilantik sebagai KP? Fikirkanlah sedikit, yang bekerja ialah kakitangan (subordinate) bukan bupala. Bupala ada idea, tetapi kudrat tidak ada. Kalau subordinate buat tak tahu, tidak bernas dan menarik idea bupala.

Tak payahlah dabik dada dah buat banyak perubahan, perubahan apa? Rating masih jauh ketinggalan dalam kategori tv teresterial.

Kalau hanya sekadar ketua pengarang, cukuplah dilantik sebagai Ketua Bahagian Berita, bukan Ketua Pengarah. Menguruskan stesen tv bukan macam menguruskan bilik berita. Tetapi, yang penting kena banyak buat cerita menteri, kalau tidak kontrak boleh ditamatkan dalam tempoh dua puluh empat jam. Ketua propagandis dan penjaga pintu air empangan (gate keeper).

Adalah sedikit hebat pengalaman dalam dunia pemberitaan, tetapi belum pun sampai menang Pulitzer atau Tokoh Wartawan Malaysia dan Rahim Kajai. Tidaklah sehebat mana pun, maka fikir-fikirkanlah bahawa kakitangan RTM sendiri pun memang ada yang lebih layak, cuma bakat mereka kurang berkembang kerana tidak diberikan peluang dengan lebih meluas dan saksama.

Ada kakitangan RTM bagi tahu, kreativiti tersekat sebab ditahan dan perlu melepasi birokrasi yang sangat berhantu, macam cerita lama dalam studio drama “underground”; hebat macam siri Sex and City atau Dallas….walhal, itu hanya Peyton Place je.

Kali ini, Menteri patut buat KPI, macam suatu ketika RTM pernah dapat wang iklan sehingga lebih RM 400 juta setahun. Tentunya, kalau “cross fertilizer”, cukup hebat, bolehlah RTM berkhayal untuk buka satu lagi saluran sebagaimana pernah mengambil balik masa siaran tv pendidikan.  Hasilnya, tidaklah ke mana, iklan tidak meningkat dan program pun tidaklah hebat sebagaimana dirancang ketika minta bajet untuk pendigitalan.

Hebat “fast-track” untuk orang luar, tetapi “orang dalam” macam apa ye??? Umur 40 tahun dah boleh jadi KP; yang di dalam dah dekat nak pencen pun belum ketahuan apa nak jadi????

KAMARUN KH

Translate »