Said Ramadhan lahir di Thanta pada tahun 1926. Beliau merupakan salah seorang murid Al-Bahi Al-Khauli. Beliau kemudian berkahwin dengan puteri sulung Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna.

Beliau seorang da’i, ahli politik yang sangat cermerlang dan dapat menarik simpati orang ramai ketika berceramah, menggetarkan hati saat memberi taujih rohani dan memiliki pengaruh kuat di kalangan rakyat Palestin.

Dr Said Ramadhan memainkan peranan besar dalam penubuhan Rabithah Alam Islami di Mekah. Beliau menjadi Setiausaha Jenderal muktamar Islam untuk Al-Quds, mendirikan pusat kegiatan Islam di Geneva.

Beliau turut terlibat dalam penerbitan majalah Al-Muslimun yang menjadi pengganti majalah Asy-Syihab. 

Selain itu, beliau memainkan peranan aktif dalam perjuangan Islam di pelbagai negara, merekrut ulama dan pemikir dari seluruh pelosok dunia, seperti Mohammad Natsir, Sayyid Abul Hasan Ali An-Nadwi, Sayyid Abul A’la Al-Maududi, Dr. Muhammad Hamidullah, Dr. Mushthafa As-Siba’I, Mushtafa Az-Zarqaa, Muhammad Al-Mubarak, Ma’ruf Ad-Dawalibi, Muhammad Asad, Haidar Bamat, Alimullah Ash-Shiddiqi, Dr. Zaki Ali, Mahmud Buzuzu, Allah Al-Yusuf Musa, dan lain-lain.

Majalah Al-Muslimun menjadi majalah Islam bulanan pada tahun 1950-an dan 1960-an. Majalah tersebut dibaca kaum Muslimin sedunia, memuatkan tulisan pakar ilmu, tokoh pemikir, aktivis dakwah, tokoh reformasi.

Dr Said Ramadhan adalah seorang da’i yang halus perasaannya, berbudi pekerti mulia, memiliki semangat bergelora dan membuat orang menangis ketika mendengarnya berpidato, berceramah atau berdialog.

Selain itu, beliau dikenali sebagai orang yang mudah mengakui kesalahan sendiri, mudah pula memaafkan dan tidak menyimpan dendam kepada Muslim yang lain.

Dr. Said Ramadhan kembali ke rahmatullah pada 5 Ogos 1995. Beliau tidak disemadikan di perkuburan Baqi’ Madinah Al-Munawwarah, seperti yang diinginkannya.

Bagaimanapun, jenazah beliau disemadikan di Mesir, iaitu nenara yang tidak pernah dimasukinya semenjak keluar dari negara itu pada tahun 1954 kerana ‘darahnya dihalalkan’ oleh pemerintah.

 Said Ramadhan dikurnia empat orang putera dan seorang puteri, iaitu Aiman, Hani, Thariq, Bilal, Yasir, dan Arwa.

Catatan: Ibnu Khaldun

Translate »