Kolokium ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama OMIW dan telah berlangsung pada hari Ahad, 22 Oktober 2017 di Pusat Konvesyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Kolokium ini juga telah dirasmikan oleh Sultan Terengganu Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Seramai 4000 orang peserta telah hadir pada hari tersebut dan antara yang terlibat ialah guru-guru, para daie, pemimpin-pemimpin NGO, imam-imam dan ketua kampung seluruh negeri. Kolokium ini menampilkan pembentang kertas kerja dari dalam negara dan luar negara iaitu:

1. Dr. Haji Norarfan Bin Haji Zainal (Brunei Darussalam)
2. Prof. Dr. Sudirman M Johan (Indonesia)
3. Dato’Dr. Wan Zahidi Bin Wan Teh (Malaysia)
4. Prof. Dato’Zakaria Bin Stapa (Malaysia)
Pada akhir kolokium resolusinya menegaskan bahawa di bawah Seksyen 54, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu), hendaklah berpegang teguh dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bermazhab Imam Syafii dan mazhab-mazhab lain harus meraikannya. Dengan ini akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan pegangan rasmi institusi dan masyarakat Islam di Negeri Terengganu serta satu-satunya akidah yang diyakini oleh masyarakat Islam Nusantara yang menjamin keselamatan sejagat. Maka sebarang ajaran, fahaman dan pegangan ideologi yang bercanggah dengannya wajib ditolak oleh setiap institusi yang dipelopori oleh umat Islam kerana dibimbangi menimbulkan perpecahan dan gangguan kepada akidah umat Islam.

Translate »