Seminar ini telah diadakan pada 1 April 2017 bertempat di Pusat Innovasi, Universiti Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. Seminar ini adalah hasil kerjasama bersama Universiti Tun Abdul Razak, Pertubuhan Muafakat Malaysia, Pertubuhan Amal Suluh Malaysia (Suluh) dan Pertubuhan Ikatan Sejehtera Ummah Wilayah Persekutuan (PISU). Kehadiran adalah seramai 90 orang peserta dan berjaya menampilkan beberapa panelis iaitu Prof. Dr. Sudirman M Johan, Prof. Datuk Seri Zabid Haji Abdul Rashid, Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba dan Ustaz Haji Ahmad Hafiz Alwi al-Bakaniyy. 

Pada akhir program resolusi seminar menegaskan bahawa akidah ASWJ merupakan pegangan rasmi institusi dan masyarakat Islam Nusantara dan satu-satunya akidah yang diyakini serta dijamin selamat. Maka sebarang ajaran, fahaman dan pegangan ideologi yang bercanggah dengannya wajib ditolak oleh setiap institusi yang dipelopori oleh umat Islam.

Translate »