Kenapa Ahed Tamimi digelar Singa Betina, Lioness?
Gelaran itu diberikan di atas keberaniannya menyoal dan menyuarakan marahnya ke atas para pemukim haram Yahudi serta anggota tentera yang sentiasa menyekat kebebasan penduduk Palestin di Nabi Saleh, sebuah desa yang diterokai oleh nenek moyangnya sejak ratusan tahun, iaitu sebelum berlakunya pendudukan (occupied) haram di bumi Kanaan.
Secara sejarahnya, negara haram Israel dibentuk melalui pengiystiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 14 Mei 1948. Ia tidak bermakna sejak tarikh itu bermula penjarahan dan kezaliman ke atas penduduk asal, Ia sudah lama bermula, yakni sejak munculnya idea sebuah negara Yahudi (Jewish State) diputuskan dalam perhimpunan pertama masyarakat Yahudi yang digerakkan oleh Dr Theodore Herzyl sebelum penghujung abad ke-19 (1897 di Basel, Switzerland).
Ia berkembang daripada sebuah pemikiran ‘masalah Yahudi’ yang sejak beribu tahun hidup dalam situasi diaspora. Diaspora itulah menjadi salah satu faktor penyelesaian setelah Theodore Herzyl yang ateis memikirkan, orang-orang Yahudi adalah ‘penduduk tanpa negara’ sedangkan bangsa-bangsa lain mempunyai negara.
Dalam masa yang sama muncul keadaan ‘penyahyahudian’ di beberapa buah negara Eropah, dan yang menjadi puncaknya ialah kes yang menimpa Kapten Alfred Dreyfus (1859-1935), yang didakwa melakukan ‘kejahatan’, iaitu menyalurkan maklumat rahsia tentera kepada tentera (penyiasat) Jerman.
Pada tahun 1894, Dreyfus menjadi mangsa pertuduhan palsu oleh seorang pegawai tentera beragama Katholik bernama Major Ferdinand Walsin Estehazy (Ketua Risikan Tentera). Tuduhan palsu itu menyebabkan Dreyfus dihukum buang ke Pulau Devil (French Guyana) dan dilucutkan daripada perkhidmatan tentera (5 Januari 1895).
Namun muncul desakan, hukuman dan pertuduhan tersebut wajib dikaji semula. Setelah banyak pihak melihat keputusan hukuman tentera itu cukup prejudis, anti-Semitik dan anti-Dreyfus yang merupakan penganut Yahudi, kes itu dibuka semula, setelah pengganti Estehazy, Leftenan Kolonel Georges Picquart mendapat ada bukti baharu (Ogos 1896).
Tahun 1899, Dreyfus ditawarkan pengampunan oleh Presiden Emile Loubet dan dibebaskan. Ia digambarkan sebagai tindakan untuk membaiki imej buruk yang berlaku dalam sistem pengurusan tentera Perancis.
Namun, Dreyfus menyambut tawaran itu dengan berkata: The government of the Republic has give me back my freedom. It is nothing for me without my honour.”
Setelah perbicaraan semula dilakukan, Estanazy didapati tidak bersalah, dan beliau secara senyap-senyap terbang ke England, untuk membersihkan imejnya dengan melakukan dua wawancara pada bulan September 1898. Wawancara itu disiarkan, Estehazy tidak mengakui dirinya adalah bermusuh dengan Yahudi (anti-Semitik), pada 12 Julai 1906, Deyfus dibebaskan daripada pertuduhan dan semuanya hak dan kedudukannya dalam pasukan perisikan tentera dikembalikan.
Namun, penyelesaian tersebut sudah terlewat, sentiment anti-Semitik sudah mula menjadi isu hangat di Eropah setelah Theodore Herzyl menjadikan sebagai pernyataan tegas sebagai kes bagaimana orang Yahudi dianiayai. Herzyl mempunyai kepintaran pemikiran, kerana itulah dia menggunakan kemahiran dan pengalaman sebagai wartawan untuk membentuk persepsi masyarakat Yahudi, dan ia cukup berjaya apabila idea penubuhan Negara Yahudinya diterima sebagai resolusi utama Pertubuhan Yahudi/Zionis Antarabangsa (WZO) pada bulan Ogos 1897 di Basel, Switzerland (dikenali sebagai Basel Program).
Dalam perhimpunan itu, mereka mencapai kata sepakat, bahawa orang-orang Yahudi wajib mempunyai sebuah negara, dan pilihan terbaiknya ialah kembali ke tanah di mana agama itu bermula, iaitu Palestin. Oleh kerana itu, perjuangan mereka dikenali sebagai zionis, mengambil sempena nama Bukit Zion, yang juga disebut sebagai City of David dan Temple of Mount (Bukit Kuil).
Kini, maknanya berubah. Zionisme merupakan ideologi politik pembentukan negara haram Israel dan bermaksud, Tanah Israel (Menashe Harel, This is Jerusalem, Jerusalem: Canaan Publishing, 1977, hal. 194-195).
Sesiapa yang mengkritik dasar dan tindakan Israel didakwa anti-Semitik walaupun dilakukan oleh keturunan Yahudi sendiri, seperti Norman Finkelstein, seorang ilmuan Amerika Syarikat yang diberhentikan jawatannya sebagai pensyarah di De Paul University selepas menerbitkan bukunya yang mendedahkan kebohongan Israel, The Holocaust Industry (2000).
Roger Garaudy (1913-2012) juga mengalami tekanan yang sama apabila beliau menyangkal mengenai holocaust dan mengkritik Zionisme. Antara bukunya yang sedikit sebanyak berjaya mengubah persepsi awam terhadap Israel ialah, The Case of Israel: A Study of Political Zionism (1983) dan The Founding Myths of Modern Israel (1995, edisi terjemahan bahasa Inggeris diterbitkan 1997 dan edisi terjemahan bahasa Melayu, 2022, dengan judul Mitos Dalam Penubuhan Israel Moden, terbitan IIUM Press-ITBM). Roger Garaudy yang dipengaruhi oleh komunisme akhirnya bersyahadah pada tahun 1982.
Herzyl tidak menoleh ke belakang, bagi sesiapa yang menentang pembentukan negara Yahudi, akan dilabelkan sebagai ‘anti-semitik’, kerana di Eropah sedang berkembang gerakan membenci Yahudi, ekoran kebiadapannya terhadap masyarakat setempat dan ketamakan menguasai pelbagai bidang serta memanipulasi pemimpin lokal.
Bagi mempercepatkan proses tersebut, Yahudi seterusnya merancang mengheret beberapa negara Eropah agar berperang. Ia berjaya dilakukan sehingga tercetusnya Perang Dunia I. Dalam Perang Dunia I, Jerman yang kalah terpaksa menderita dalam tekanan Perjanjian Versailles, selain menanggung beban hutang yang besar.
Perang Dunia I juga menyaksikan jatuhnya Empayar Utsmaniah, yang mana sebelumnya Theodore Herzyl berusaha keras untuk mendapat tanah-tanah di Palestin. Herzyl akhirnya berjaya menemui Sultan Abdul Hamid II, dengan menggunakan bantuan Jerman (Utsmaniah dan Jerman mempunyai kerjasama dan kesepakatan diplomatik), lalu menawarkan penghapusan hutang dan beberapa imbuhan yang besar sekiranya orang Yahudi diberikan hak memiliki tanah sebagai balasan.
Bagaimanapun, Sultan Abdul Hamid II tidak bersetuju dan dengan tegas berkata: Saya tidak rela melakukannya. Tanah-tanah itu bukan milik saya, tetapi milik rakyat Palestin. Seinci pun saya tidak berhak melakukannya.
Herzyl tidak berputus asa, lantas mencari jalan lain untuk meraih hasrat tersebut. Herzyl yang mempunyai rangkaian kapitalis Yahudi, menggunakan mereka untuk mempengaruhi dasar dan keputusan sesebuah negara, sehingga mereka mampu melaksanakan hasrat tersebut.
Para kapitalis Yahudi menubuhkan Jewish Colonial Trust (JCT, ditubuhkan tahun 1899) manakala proses pembelian tanah di Palestin dikendalikan oleh Jews National Fund (JNS, Dana Yahudi Kebangsaan, ditubuhkan pada tahun 1901, ditabdirkan melalui JCT), manakala Karen Hayesod (United Israel Appeal, yakni pengumpulan Dana Asas ditubuhkaan tahun1920, cawangannya meliputi 45 buah negara) dan aktiviti Yishuv (HaYishuv Havri atau Ha Yishuv Ha Yahudi Be’Eretz Yisrael, iaitu Komuniti di Tanah Israel yang merancang petempatan kaum Yahudi sebelum negara haram Israel ditubuhkan) menjadi tonggak kepada pra penubuhan negara haram Israel.
Melalui dana tersebut, beberapa pemimpin WZO (World Zionis Organisation) mula menyelinap masuk ke Palestin untuk membuat perancangan dan menyusun gerak kerja, dengan membawa masuk lebih ramai orang Yahudi. Muhammad Asad (Leopold Weiss, 1900-1992) yang tiba di Jerusalem pada tahun 1920-an mengungkapkan:
:Aku masih ingat perbincangan ringkas tentang perkara ini [Negara Yahudi] dengan Dr Chaim Weizmann, pemimpin gerakan Zionis yang tersohor. Dia kerap datang melawat Palestin (kediaman tetapnya adalah di London), dan aku jumpanya di rumah seorang teman Yahudi. Pastinya orang akan kagum dengan semangat lelaki ini – semangat yang dijelmakan dalam pergerakan badannya, yang ke hulu ke hilir dalam bilik dengan penuh yakin – dan juga dengan daya intelek yang terpancar pada dahinya yang luas dan renungan tajam matanya.
“Dia sedang bercakap tentang kesulitan kewangan yang sedang mengendalakan impian ‘Tanah Air Kebangsaan Yahudi”, dan kekurangan sambutan dari orang luar negara terhadap impian ini; dan aku dapat rasakan bahawa di sepertimana Zionis yang lain, cenderung untuk memindahkan tanggungjawab moral akan apa yang berlaku di Palestin kepada ‘dunia luar’. Hal ini mendesak aku memecah kesunyian sedang orang lain sedang khusyuk mendengar syarahannya, dan bertanya:
“Dan bagaimana dengan orang Arab?”
“Aku pastinya telah melakukan faux pas [istilan bahasa Perancis yang bermaksud, salah langkah] dengan membangkitkan persoalan itu hingga Dr Meizmann paling wajahnya perlahan ke arahku, meletakkan cawan yang dipegangnya dan mengulang soalan aku:
“Bagaimana dengan Arab…?”
“Begini – bagaimana kau boleh bercita-cita untuk menjadikan Palestin sebagai tanah air kau bila terpaksa berdepan penentangan keras orang Arab, yang hakikatnya majoriti dalam negara ini?
“Pemimpin Zionis itu mengangkat bahunya dan menjawab dengan selamba: Kita menjangkakan mereka tidak akan lagi majoriti dalam beberapa tahun akan datang.
“Mungkin juga. Kau telah berdepan dengan masalah ini bertahun-tahun dan mesti lebih tahu keadaan sebenar berbanding aku. Tapi selain dari kesukaran politik yang berpunca dari penentangan Arab, atau pun tidak – tidak pernahkah kau fikir tentang aspek moral? Tidakkah kau fikir adalah menjadi satu kesalahan di pihak kau untuk mengusir orang yang telah lama tinggal di sini?
‘Tapi ini negara kita”, jawab Dr Weizmann, mengangkat keningnya. ‘Apa yang kita lakukan hanya mengambil balik apa yang telah dinafikan secara salah.
“Tapi kau telah tinggalkan Palestin untuk hampir 3000 tahun! Sebelum itu, kau telah memerintah negara ini, bukan juga keseluruhannya, untuk tempoh kurang 500 tahun. Jika begitu hujahnya, bukankah orang Arab boleh menuntut Sepanyol kembali untuk mereka?- kerana mereka memerintahnya hampir 700 tahun dan hanya kehilangannya untuk tempoh 500 tahun sahaja?
“Dr Weizmann mula hilang sabar:’Mengarut, orang Arab hanya menakluk Sepanyol; ia tidak pernah menjadi tanah air asal mereka, maka memang wajarlah mereka kemudiannya dihalau oleh orang Sepanyol akhirnya.
“Maafkan saya’, aku menyangkal, ‘tapi aku lihat ada bahagian sejarah yang dikesampingkan di sini. Apatah lagi, Yahudi yang datang sebagai penakluk di Palestin. Sebelum mereka datang, di sini ada beberapa kabilah Semitik dan bukan Semitik – Amorite, Edomite, Philistine, Moabite dan Hittie. Kabilah-kabilah ini kekal tinggal di sini bahkan hingga zaman pemerintahan raja-raja Israel dan Judah. Mereka terus tinggal di sini selepas orang Rom halau nenek moyang kita.
“Mereka tinggal di sini hari ini. Orang Arab yang tinggal di Syria dan Palestin selepas penaklukan mereka dalam kurun ke-7 hanyalah minoriti kecil dari populasi; apa yang disebut hari ini sebagai Palestin atau “Arab” Syria hakikatnya adalah orang asal peribumi yang menjalani proses Arabisasi.
“Sebahagian mereka menjadi Muslim dalam tempoh beberapa kurun, sebahagian kekal Kristian, Muslim biasanya berkahwin campur dengan orang dari Tanah Arab yang seagama. Tapi kau tidak boleh nafikan bahawa sebahagian besar di Palestin, yang bertutur bahasa Arab, sama ada Muslim atau Kristian, adalah keturunan langsung penduduk asal di sini: asal dalam erti kata hidup di negara ini berkurun-kurun sebelum Yahudi datang.
“Dr Weizmann tersenyum sopan terhadap keterangan aku dan ubah perbualan ke tajuk lain.” (Muhammad Asad, Jalan ke Mekah, terjemahan bahasa Melayu oleh Mukhriz Mat Rus dan Ahmad Nabil Amir, Kuala Lumpur: Islamic Renaissance Front, 2019, hal. 95-96)
Akhirnya, mereka berjaya lakukan secara senyap-senyap. Penduduk Yahudi meningkat dengan ramainya, dan dengan peningkatan itu, Palestin yang berada di bawah Mandat British, akhirnya terpaksa menerima tekanan daripada imigran.
Pihak imigran menjadi semakin ganas, lantaran itu mereka menubuhkan pelbagai pertubuhan separa tentera (Haganah, Lehi, Shin Bet dan Irgun) untuk mengawal tentangan daripada penduduk tempatan, selain melakukan tindakan ganas memusnahkan kebun-kebun dan rumah milik penduduk yang enggan menyerahkan tanah kepada kumpulan peneroka haram.
Kumpulan separa tentera ini kemudiannya diserap ke dalam IDF (Israel Defence Front), yang kini dikenali sebagai anggota tentera paling ganas dan kejam di dunia. Awalnya, kumpulan separa tentera ini dilatih oleh British selain dibekali dengan senjata dalam period Mandat British (1920-1948). Antara pemimpin separa tentera yang ganas ialah Ariel Sharon (berasal daripada imigran Yahudi-Rusia), yang kemudiannya memasuki politik.
(BERSAMBUNG)
KAMARUN KH
Recent Comments