Beliau ialah As-Sahib bin Abbad (326-385 H/938-995 M), Abdul Qasim, At-Taliqani, Ismail bin Abbad bin Al-Abbas. Nama Attaliqani dinisbahkan dengan daerah Taliqan, tempat ia dilahirkan pada bulan Zulkaedah tahun 326 H yang bertepatan dengan bulan September 928 M.
Ayahnya adalah seorang menteri di daulah Bani Buwaih (320-447 H/932-1055 M) yang bermazhab Syiah dan bersikap sederhana dalam ke’syiahan’nya. Kesyiahan mereka mendekati kesyiahan Zaidiyah. Ayahnya menjadi wazir (menteri) di bawah Ruknud Daulah.
As-Sahib bersama pemimpin Buwaih, Muayyid Ad-Daulah. Di kalangan teman-teman, beliau terkenal dengan gelaran As-Sahib (kawan) di mana gelaran tersebut diguna oleh para menteri sesudahnya.
As-Sahib bin Abbad adalah seorang sasterawan dan ahli balaghah ternama pada masanya, sebagaimana beliau juga mempunyai pengetahuan dalam ilmu kalam, khususnya mazhab Ahl Al-‘Adl wa At-Tauhid.
Beliau belajar ilmu sastera dan bahasa daripada Abul Husein Ahmad bin Faris Al-Lughawi, pengarang Al-Mujmal fi Al-Lughah.
Beliau juga belajar daripada Abul Fadhl bin Al-Amid serta para guru sastera dan bahasa lainnya. Beliau juga berkumpul dengan imam MUktazilah, Qadi Abdul Jabbar bin Ahmad Al-Hamdani (415 H/1024 M) di mana pada masa itu beliau menjawat jawatan Qadi Al-Qudhat (Ketua Para Kadi) atau pada ketika ini dikenali dengan jawatan Ketua Mahkamah Agung atau Menteri Undang-undang.
As-Sahib juga memegang jawatan sebagai menteri pada masa pemerintahan Amir Muayyid Ad-Daulah bin Buwaih Ad-Dailani (376-373 H/976-983 M). Ketika amir tersebut meninggal dan digantikan oleh saudaranya, Fakhr Ad-Daulah (373-378 H/983-988 M), As-Sahib bin Abbad meminta melepaskan jawatan menteri, tetapi Fakhr Ad-Daulah tidak menerima permintaan tersebut, sambil berkata, “Sesungguhnya engkau memiliki hak warisan dalam kementerian sebagaimana hak kami dalam mewarisi kepemimpinan (kerajaan), sehingga masing-masing di antara kita adalah menjaga haknya.”
Hal ehwal pentadbitan dna pengurusan yang beliau terapkan dalam urusan negara membuat para raja pada masanya berasa kagum. Raja Khurasan dan daerah di pinggir Sungai Eufrat, Nuh bin Mansur menawarkan kepadanya untuk menjadi wazir, tetapi beliau menolak dengan bersopana.
Dengan uzur (alasan) tidak memungkinkan beliau berpindah dari kota Rai, kerana perpustakaannya memerlukan 400 ekor unta untuk membawa buku-bukunya.
As-Sahib bin Abbad sangat dihormati dan berwibawa di hadapan para penguasa dan raja di mana beliau menjadi wazirnya.
Pada suatu hari, beliau meminta izin untuk menemui Amir Fakhr Ad-Daulah. Pada ketika itu, Amir sedang bersantai. Amir pun kemudian menemuinya di dalam majlis yang yang berlangsung dalam suasana serius.
Pada suatu hari, Fakhr Ad-Daulah bergurau. As-Sahib berasa marah dan berkata kepadanya, “Kami dalam suasana bersungguh-sungguh, tidak ada waktu senggang untuk bergurau senda.”
Beliau kemudiannya bangun dan meninggalkan tempat tersebut. Fahr Ad-Daulah lantas mengirim surat kepadanya untuk memohon maaf sehinggalah suasana yang jernih terjalin kembali di antara kedua-duanya.
Pada tahun 377 H/987-988M, As-Sahib bin Abbad memimpin pasukan perang ke daerah Tabaristan, sehingga ia menguasai wilayah tersebut dang menggabungkannya dalam wilayah Buwaih serta mengatur segala urusan pentadbiran.
Di antara peninggalan As-Sahib bin Abbad dalam bidang bahasa dan sastera adalah kitab Al-Muhith dalam bahasa yang ditulisnya berdasarkan huruf Mu’jam dan terdiri daripada tujuh jilid.
Beliau juga menuliskitab Al-Kafi, Al-A’yad wa Fadhail An-Nayruz, Al-Kasyf’an Masawi Syi’r Al-Mutanabbi, dan Al-Iqna’fi Al-A’rudz wa Takhrij Al-Qawafi.
Beliau juga menulis risalah ‘Unwan Al-Ma’arif wa Dzkir Al-Khalaif. Beberapa risalahnya dikumpulkan dalam kitab Al-Mukhtar min Rasail Al-Wazir Ibnu ‘Abbad,
Dalam bidang politik, karya ilmiahnya ialah kitab Al-Wuzara’ dan Al-Imamah. Manakala dalam ilmu kalam, beliau menulis kitab Al-Ibanah ‘an Mazhab Ahl Al-‘Adl, dan Asma Allah Ta’ala wa Sifatuh.
As-Sahib bin Abbad meninggal dunia di kota Rai pada bukan Safar tahun 385 H bertepatan dengan bulan Mac 995 M. Jenazahnya dibawa ke kota Asfahan dan dikebumikan di tempat yang dikenal dengan nama Bab Duraih.
Susunan NADIA SULAIMAN
Recent Comments