Akhirnya, aI-Hallaj pun diseret ke penjara selama 8 tahun. Pada tahun 309 H/922 M, beliau menjalani hukuman gantung sampai mati. Namun ada pula para sufi dan penyair Persia, Turki, dan India yang menggunakan ajaran aI-HalIaj sebagai bahan rujukan. Dalam syair-syairnya, para sufi di Iran dan India sering menyebut-nyebut namanya.

Di samping sebagai sufi, al-HalIaj juga terkenal sebagai penulis. Salah satu karyanya yang terkenal, Kitab at-Tawasin, mengungkapkan keesaan Tuhan dan kenabian Muhammad s.a.w. Buku tersebut berisi nyanyian pujian kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Al-HaIlaj yang digelar “Sang Perantara” itu pernah berkunjung ke Mekah sebanyak tiga kali untuk menunaikan ibadah haji. Beliau bermukim di sana dan mengembara ke seluruh wilayah Parsi, India, Turkistan, dan wilayah perbatasan China.

 Dengan berkhutbah keliling, beliau mampu menarik sejumlah banyak pengikut. Mendengar khutbahnya, banyak orang yang memeluk Islam. Selain itu, salah satu negeri yang dikunjunginya adalah India.

Pengalaman mistik al-Hallaj ketika ‘bersatu dengan Tuhan’ dinamakan hulul. Ajarannya itu mirip dengan ajaran Syekh Siti Jenar, salah seorang sufi kontroversial di Jawa. Ketika hulul sedang berlangsung, beliau mengeluarkan kata-kata “Anã aI-Haqq” (Aku adalah Yang Maha Benar). Dalam istilah tasawuf, al-Haqq bererti Tuhan. Kata itu sering diterjemahkan menjadi “Aku adalah Tuhan”.

Dalam ajaran itu, beliau menyatakan bahawa Tuhan bersemayam dalam tubuh manusia pilihan. Untuk menjadi manusia pilihan, sifat kemanusiaan harus dihilangkan terlebih dahulu agar dalam diri manusia itu hanya ada sifat ketuhanan.

Para pembela ajaran al-Hallaj menyatakan bahawa persatuan antara manusia dan Tuhan tidak dapat diartikan sebagai penyamaan Tuhan dan manusia.

Konsep mi tetap mempertahankan perbezaan antara Tuhan dan manusia. Bahkan al-Hallaj sendiri mengecam orang yang mencampuradukkan ketuhanan dan kemanusiaan.

Ketika kembali ke Baghdad, al-Hallaj terus menyebarkan ajaran tasawufnya. Namun akhirnya Ia ditangkap oleh penguasa Abbasiah.

Walaupun demikian, beliau berjaya menghasilkan beberapa karya. Kitáb al-Tawásin adalah salah satu karyanya yang masih ada hingga sekarang. Kitab itu ditulis sepanjang beliau berada di penjara.
Al-Hallaj lahir pada tahun 244 H/858 M di Fars, selatan Parsi (kini Iran). Bagaimanapun, beliau dibesarkan di Wasit dan Tustar. Sejak berusia belasan tahun, beliau telah belajar ilmu tasawwuf. Ketika itu gurunya ialah Sahi at-Tustari, ‘Amr al-Makki, Abu Bakar asy-Syibli, dan al-Junaid.

Di bawah bimbingan al-Junaid, beliau mempraktikkan kehidupan spiritual selama 20 tahun. Dengan tangannya sendiri, al-Junaid mengenakan khirqah (pakaian sufi) kepadanya. Namun seiring dengan perjalanan waktu, hubungan antara al-Hallaj, al-Junaid, dan sebagian besar guru sufi Baghdad kurang baik disebabkan perbezaan pendapat dan fahaman di antara mereka.
Orang yang berjasa memperkenalkan al-Hallaj ke dunia Barat adalah Louis Massignon, seorang sarjana Katholik berbangsa Perancis yang ahli dalam bidang agama Islam.

massignon menyunting salah satu karya aI-Hallaj, iaitu Kitäb at-Tawasin, dan juga koleksi syair-syairnya. Beliau mencurahkan sebahagian hidupnya untuk mengkaji dunia spiritual al-Hallaj.

Ketekunan massignon itu menghasilkan sebuah biografi aI-Hallaj yang berjudul La Passion d’al Hosayn ibn Mansour al-HaIlaj yang diterbitkan pada 1922, bertepatan dengan 1,000 tahun kematian al-Hallaj.

Pada tahun 1982, karya yang terdiri atas empat jilid ini diterbitkan dalam edisi Karya Louis Massignon tentang al-HalIaj berjudul Hallaj: Mystic and Martyr.

Susunan AMALINA DUSUKI

Translate »