Nabi Idris a.s diutus oleh Allah s.w.t untuk mengingatkan umat keturunan Qabil yang telah bersikap derhaka. Idris merupakan keturunan keenam Nabi Adam a.s. Di kalangan bangsa Ibrani, ia dikenal dengan nama Khunuh. Idris belajar agama sejak kecil daripada Nabi Syits, anak lelaki Nabi Adam.

Idris berdakwah kepada kaumnya dengan gigih sehingga menerima gelaran Asad al- usud, yang bererti “singanya singa”.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w melakukan Israk Mikraj, baginda bertemu dengan Nabi Idris di langit keenam. Ketika itu Nabi Idris tidak banyak diceritakan di dalam al-Quran. Namanya hanya disebut dalam surah Maryam ayat 56-57 dan surah al-Anbiya’ ayat 85-86.

Nabi Idris merupakan manusia pertama yang dapat menulis dengan kalam (alat tulis yang diperbuat daripada buluh). Idris dikurniai Allah s.w.t dengan beberapa kepandaian dan kemahiran. Ia menguasai ilmu hisab, ilmu haiwan, menunggang kuda, dan menjahit pakaian.

Catatan Ibnu Khaldun

Translate »