Ishaq ialah salah seorang putera Nabi Ibrahim a.s daripada isteri bernama Sarah. Baginda lahir semasa Ismail berusia kira-kira 14 tahun. Ismail juga putera Nabi Ibrahim tetapi dengan isteri yang bernama Hajar.

Sejak kecil, Ishaq dididik dan diajar oleh Sarah dan Nabi Ibrahim agar taat menjalankan perintah Allah s.w.t dan menjauhi larangan-Nya. Setelah dewasa,  baginda meneruskan dakwah ayahnya.

Baginda termasuk salah seorang nabi yang mendapat limpahan keberkatan sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Kami limpahkan keberkatan atasnya (Ibrahim) dan Ishaq.” (Q. 37: 113).

Di dalam al-Quran, nama Ishaq disebut sebanyak 16 kali. Daripada Ishaq inilah muncul sebahagian besar nabi dan rasul yang disebut di dalam al-Quran.

Ishaq ialah nenek moyang Bani Israel (Yahudi). Pada usia 180 tahun, baginda wafat di Jirun yang kini dikenal sebagai Kota Madinah.

SARAH

Nabi Ibrahim dan Sarah telah lama berkahwin namun belum juga dikurniakan anak. Walaupun demikian, Sarah tetap berdoa kepada Allah agar dianugerahkan anak. Oleh sebab tidak dapat melahirkan anak, akhirnya Sarah mengizinkan suaminya menikahi Hajar, hamba pemberian raja Mesir.

Pada saat usianya semakin tua, Sarah mendapat khabar gembira daripada malaikat. Beliau akan dikurniai Allah seorang anak yang soleh dan Allah akan mencurahkan rahmat-Nya (Q.11:71-74;37:112-113).

“TERTAWA”

Sarah hairan dan tertawa mendengar berita gembira yang beliau akan dianugerahkans eorang putera. Oleh sebab itulah anaknya diberi nama Ishaq. Nama itu berasal daripada bahasa Ibrani yang bererti ‘tertawa gembira seraya terkejut’.

NABI BEKETURUNAN ISHAQ

Ishaq berkahwin dengan Rafiqah. Daripada keturunan mereka, muncul ramai nabi dan rasul yang dalam al-Quran kadang-kadang disebut dengan istilah al-Asbat yang bererti “suku-suku Bani Israel”.

Daripada dua orang anak mereka, iaitu Yaakub dan ‘Aish, lahirlah keturunan nabi.

Daripada keturunan Yaakub, lahir Nabi Yusuf, manakala daripada keturunan ‘Aish, lahir NabiAyub. Nabi Musa yang menerimaS epuluh PerintahT uhan juga merupakan keturunan Ishaq.

Susunan FAUZIAH YAAKUB

Translate »