Semoga Allah SWT membantu keberanian Iran untuk menghapuskan malapetaka dunia buatan Amerika Syarikat dan terikut-ikuti I-sewel yang “gila perang”. Iran bangkit dengan Operasi True Promise manakala USA-I-sewel menamakan serangan yang dimulakan pada 28 Februari lalu sebagai Rising Lion Operation.

Jika dilihat dari segi nama, ia jelas kedua-dua konflik ini adalah sambungan dari serangan yang dimulakan oleh I-sewel ke atas Iran pertengahan tahun lalu (Jun 2025) selama 12 hari. Amerika Syarikat mengambil bahagian pada hari-hari terakhir serangan tersebut setelah I-sewel gagal memusnahkan loji nuklear Iran yang ditempatkan di kawasan berbukit-bukau dan di kedalaman lebih 200 meter dalam perut bumi.

Ia dibina dengan tembok yang tebal, sukar ditembusi oleh peluru berpandu biasa. Amerika Syarikat menghantar pesawat B2 Spirit untuk melaksanakan misi tersebut, tetapi hanya berjaya mengebom di bahagian luar tiga loji – Fordow, Natanz dan Isfahan. Iran sebenarnya sudah memindahkan semua kelengkapan dan peralatan ke kawasan lain lebih awal.

Dalam peperangan kali ini, strategi Iran dikatakan cukup membingungkan. Peringkat awal, Iran menggunakan senjata yang lebih lama dan dron yang teknologinya tidak begitu canggih. Ia bertujuan agar USA menghabiskan lebih banyak belanja. USA perlu menggunakan dron, alat pengesan radar dan peluru berpandu yang canggih. Sebab itulah dikatakan untuk minggu pertama, USA sudah berbelanja lebih 20 bilion dolar.

Iran terus melakukan serangan dengan melepaskan peluru berpandu yang dibuat sendiri bersama dron secara bertali arus, seolah-olah seperti serangan kawanan lebah. Sebilangannya tidak mampu dikesan. Inilah yang menyebabkan peluru berpandu Iran berjaya menerobos sistem pertahanan I-sewel dan USA di pengkalan tenteranya di beberapa negara Arab. Iran berjaya merosakkan satelit pengesan dan isyarat perhubungan utama yang menjadi nadi arahan menyerang (CENTCOM).

Bagi menambahkan kekeliruan, Iran menggunakan lambakan longgokan replika senjata, pesawat dan helikopter serta kereta kebal yang dibeli daripada China. Teknik ini telah menyebabkan USA-I-sewel terpaksa menggunakan peluru berpandu canggih memusnahkan kelengkapan palsu itu. Ia menjadikan USA-I-sewel menghabiskan belanja yang besar. Teknik peperangan yang bertujuan meruntuhkan sistem ekonomi ini dikenali sebagai asimetrik. Iran sedar, jika melaksanakan peperangan konvensional, ia tidak mungkin dapat mengalahkan pasukan penyerang tersebut.

Sebagaimana diketahui, Iran kekurangan pesawat tempur. Iran yang telah lama disekat tidak mampu mendapatkan peralatan yang canggih sebagaimana dimiliki oleh sebahagian dunia Arab dan Israel. USA turut mengharamkan penjualan senjata kepada Iran.

Gerombolan serangan dron dilihat seperti serangan lebah atau pasukan burung-burung di langit. Ia mengingatkan kisah serangan burung ababil. Semoga burung-burung ababil berterbangan menjatuhkan burung-burung besi yang dibanggakan sebagai ciptaan paling dahsyat dan mematikan, yang tidak boleh dilawan oleh mana-mana negara seperti dakwaan Donald J Trump. Tidak ada negara yang mempunyai senjata lebih hebat daripada USA.

Trump menjadi semacam “cacing kepanasan” apabila terpaksa belanjakan trilion dolar hanya untuk memberikan kekuatan kepada I-sewel, sedangkan rakyatnya sendiri persoalkan “sistem jaminan keselamatan sosial” dan insuran kesihatan selain pembabitan ganas cucu Yahudi dari Poland itu.Trump dipersoalkan, kenapa berikan wang pembayar cukai untuk sebuah “kegilaan” yang sedang dihancurkan oleh sebuah negara yang hampir 50 tahun ditindas? Itu adalah kesilapan besar Trump, yang mungkin akan terus diperdebatkan sampai bila-bila.

Bangsa penindas tidak pernah merasai seksanya ditindas. Tetapi kini siksaan itu sedang dirasai dalam trauma psikologi lara tenteranya yang berjuang untuk kebanggaan I-sewel, bukannya mempertahankan negara sendiri. USA terperangkap, terus mendokong dan membantu I-sewel, bererti menempa imej dan petunjuk yang betul dari hubungan diplomatik, semakin kehilangan rakan. Tidak mendokong, akan dituduh antisemitic dan anti-Yahudi.

Adikuasa, atau superpower semakin lemah walaupun setiap hari ucapan Trump kedengaran seumpama trump-it semakin banyak lubang angin tertutup, rakan setia semakin ramai yang berani bersuara, untuk tidak lagi percaya. Mereka mahukan sebuah tatadunia yang berpaksikan kebebasan, bukan ditakluki oleh hanya satu negara, yakni negara yang suka membuli dan dipimpin oleh pembuli paling dajal. Kroniknya dunia, jahat macam mana pun akan dilihat bagaikan “seorang hero” yang menyelamatkan dunia. Ia seperti dongeng Superman mahupun John Rambo dan Marvel Captain America bertindak menurut nafsu sendiri tanpa pedulikan peraturan dan norma hidup bernegara.

India yang sedang menggelupur masalah bekalan tenaga, menjadikan Iran tempat berlindung (kubu akhir). Sebelumnya India adalah negara yang menjadi harapan terbesar Amerika Syarikat sebagai pengimbang. India menderita, kerana 1.4 bilion rakyatnya sedang berhadapan dengan “kegelapan”. Stok minyak dan gas semakin habis dan dianggarkan jutaan rumah kehabisan gas memasak. Jika Iran terus mengekalkan sekatan ke atas Selat Hormuz, India adalah negara pertama yang akan bergelap, dan kembali kepada cara tradisi untuk memasak (tidak gunakan gas dan elektrik). (Sinar Harian, 15 Mac 2026).

Amerika Syarikat tidak boleh menjamin apa-apa lagi, kerana harga minyak dan gas akan terus melambung tinggi. Iran bertekad, selagi perniagaan minyak yang menggunakan Selat Hormuz tidak menggunakan mata wang Yuan, kapal-kapal tangki tidak dibenarkan memasukinya, yakni membeli minyak. Ia suatu titik terbesar dalam kejatuhan petrodolar, yang akan menyebabkan Amerika Syarikat tergelupur. Ia akan menjadikan sistem perdagangan minyak dalam dua dominasi, dolar dan yuan. Cabaran besar buat greenback yang sudah mendominasi ekonomi dunia sejak petrodolar dimulakan pada tahun 1974.

PM India sudah berusaha untuk “bersahabat dengan Iran” walhal semua orang tahu di awal serangan USA-I-sewel ke atas Iran, ramai yang bersorak riang. Tetapi, India sebenarnya terlupa, negaranya sangat perlukan minyak dan gas yang murah. Rusia tidak mampu memenuhi kesemua keperluan tersebut, ia perlu membeli daripada negara-negara Teluk, termasuk dari Iran. Iran tidak akan menjual selagi India tidak mengubah haluan sokongannya. India mula menunjukkan “bermusuh” dengan USA dan I-sewel demi survival.

Sepanyol cukup lantang menentang serangan USA ke atas Iran, dan tidak akan membenarkan ruang udaranya digunakan sebagai lokasi pelancaran serangan. Switzerland juga mengambil sikap tidak bersetuju bersama-sama Belgium. Itali, dengan kerasnya menolak untuk bersama USA dalam perang kali ini. Itali akan berada dalam situasi rumit bila tidak ada bekalan minyak dan gas. USA tidak boleh membantu walaupun sudah merampas telaga minyak Venezuela. Sebabnya, laluan perdagangan akan menjadi semakin jauh dan harga akan terus meningkat. USA akan melakukan pelbagai sekatan kerana penjualan minyak dan gas akan menjadi senjata untuk menghentikan industri negara-negara lain. USA melihat itulah yang bakal diraihnya dalam kamus Make America Great Again.

Kapal-kapal perang USA yang bertaburan di Lautan Hindi sebenarnya sedang mempertahankan diri sendiri, bukan lagi mampu menyelamatkan sekutunya. Kapal-kapal itu sedang berjuang dalam keadaan hati-hati, peluru berpandu Iran dari dalam air sedang giat mencari sasarannya. Iran tidak akan “berunding” dan telah memberikan pengakuan, proses damai tidak akan bermula selagi tiga perkara besar tidak dilakukan oleh Amerika Syarikat dan I-sewel:

(1) Trump meminta maaf kepada seluruh dunia, termasuk negara-negara Islam di atas kejahatannya membela I-sewel;

(2) I-sewel dihapuskan dan wilayah Palestin dikembalikan kepada rakyat Palestin; dan

(3) USA tidak akan mengganggu atau melibatkan diri di Timur Tengah. Biarkan Timur Tengah menentukan sendiri suasana politik dan ekonominya, tanpa sekatan dan diskriminasi, serta mengembalikan seluruh aset kepunyaan Iran yang dibekukan di luar negara sejak lebih 40 tahun.

Tentunya, sangat sukar bagi Trump untuk memenuhinya. Tetapi, Iran cukup berhati-hati dalam pujukan Ketua Mafia dunia itu, cukup banyak perangkap dan muslihat. Iran sudah lama belajar daripada negara penindas itu, yakni sejak bagaimana USA membantu memberikan kuasa kepada kerajaan boneka, Dinasti Pahlavi berkuasa mutlak dan menggunakan polis rahsia, Savak menzalimi rakyat Iran.

Iran tidak gentar kerana perjuangan mereka adalah jihad yang sangat dituntut oleh agama demi survival umat Islam sendiri. Sudah terlalu lama (sejak kejatuhan Daulah Uthmaniyah), umat Islam ditindas oleh dasar ekonomi kapitalis (Yahudi) sehingga menempatkan umat Islam sebagai “khadam” dan juga “pengguna”.

Tetapi, Iran kini sedang “mengajar” negara-negara Arab untuk menjadi sebuah negara kuat, bukan sebuah negara “boneka” lagi. Iran mengajar negara-negara Arab, atas alasan apa pun, negara-negara Arab yang dianugerahkan minyak dan gas wajib menggunakan kuasa “minyak dan gas” untuk menundukkan kapitalis Yahudi. Mereka inilah yang menghuru-harakan dunia, dan menyebabkan perpecahan besar negara-negara Arab. Iran melihat keupayaan itu ada, kerana sejarah telah memberikan petunjuk bila OPEC jadikan ia sebagai senjata politik pada tahun 1973.

Iran mengajar Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Bahrain, UAE dan Oman agar kembali ke landasan yang tidak lagi dikawal oleh Adikuasa gila, Amerika Syarikat, kerana kerosakan sebenar ialah disebabkan oleh I-sewel. I-sewel sendiri tidak ada kekuatan, tetapi mengharapkan sokongan Amerika Syarikat sehingga Setan-jahat menjadi “cukup kebal”.

Lupakanlah Amerika Syarikat, kerana dengan cara itu, ia mengajar kaedah bagaimana barat sepatutnya menghormati kedaulatan dan kemandirian sesebuah negara. Itu sepatutnya sudah lama berlaku, tetapi kerana melihat kekayaan di atas anugerah minyak, negara-negara Arab “berpecah” dan cukup ingin menjadi seperti negara barat. Masing-masing seperti pucuk enau berlumba-lumba untuk merebut cahaya matahari.

Ia sudah lebih 800 tahun dinukilkan oleh Jalaluddin Rumi tentang kisah seekor serigala yang ingin menjadi “burung merak”. Oleh kerana “burung merak” itu cukup cantik, maka seekor serigala memasukkan dirinya ke dalam tong-tong cat. Kemudian setelah kering, ia keluar dan mempamerkan kecantikannya, lalu terlupa bahawa dirinya adalah serigala dan bukanlah seekor burung merak

Lain-lain serigala cukup kenal. Serigala memulaukan “burung merak” itu, dan akhirnya, “burung merak” sedar bahawa dirinya adalah serigala. Ia akan pulang semula ke dalam kawannya, sebagai serigala. Dan, tentunya, banyak kesulitan yang timbul termasuklah bagaimana untuk membuang seluruh cat yang sudah bertempek di bulunya.

Dilema itulah juga yang sedang dihadapi oleh negara-negara Arab walaupun sudah muncul kesedaran, untuk tidak lagi memberikan ruang kepada USA kekalkan pengkalan tenteranya di negara-negara mereka. Iran tidak menyerang negara-negara Arab, tetapi, Iran telah lama memberikan amaran, jika USA dan I-sewel menyerang negaranya, Iran akan membalas dengan menyerang seluruh aset USA di Timur Tengah. Kini diberitakan bahawa Iran sedang melakukan serangan ke atas kedutaan USA di Beirut.

Operasi True Promise Iran benar-benar menyasarkan lokasi tersebut. Akibatnya, negara-negara Arab ikut merasakan tekanan dan kemusnahan. Ia sesuatu yang memang boleh dijangka, kerana laluan peluru berpandu, dron tetap meraung di langit negara-negara terbabit, dan tentunya akan meledak di bumi terbabit.

Pertembungan itulah yang membawa kemusnahan dan kecemasan sukar bagi negara yang telah “membenarkan” USA membina benteng pertahanan tenteranya, yang awalnya ditujukan untuk mengawal kemaraan komunisme, yakni pengaruh Rusia dan China. USA menggunakan alasan untuk membantu negara-negara Arab berhadapan dengan serangan musuh, termasuk komunisme.

Tetapi selepas berakhirnya Perang Dingin, ia disasarkan secara tersembunyi untuk mengawal negara-negara Arab, kerana itu, Islam diisytiharkan sebagai musuh peradaban barat (Teori Henry Kissinger dan dikembangkan oleh Samuel P Huntington dengan istilah pertembungan peradaban). Islam akan menghancurkan kapitalisma dan akan menjadi kuasa serta penentu geopolitik masa depan. Itulah yang dilakarkan oleh Henry Kissinger. Beliau yang pernah menjawat jawatan sebagai Penasihat Keselamatan dan Setiausaha Negara USA ketika Presiden Richard Nixon dan Gerald Ford.

Binaan kerangka dasar luar itulah yang ditafsir dan dikembangkan oleh pentadbir Rumah Putih, yang dikuasai oleh pelobi Yahudi hingga sekarang.

Sekarang, Donald J Trump adalah “boneka” pelobi Yahudi. Beliau cukup setia dengan zionisme. Bahkan ada yang memberikan amaran, Benjamin Netanyahu (Setan-jahat) semakin bertambah jahat, dan kemuncaknya ialah setelah lebih 40 tahun menunggu seorang Presiden USA yang boleh ditabalkan sebagai Maharaja Mafia, yang tidak pedulikan apa pun pendapat dan pandangan. orang lain. Sekarang adalah masanya. Ada yang cuba samakan permulaan Perang Dunia I yang berputik sejak tahun 1914 bakal kembali jika Perang Iran-USA-I-sewel berlarutan.

Kini setelah mendapat kutukan, kritikan, kecaman dan sanggahan masyarakat antarabangsa, USA dan I-sewel kehilangan sekutu, dan memberikan kesan terhadap politik dalam negara. Trump menyalahkan pemimpin-pemimpin Amerika Syarikat yang tidak “tahu mencari titik perdamaian” dan membiarkan I-sewel kekal dicabar, dan kini, Iran tampil lebih berani. Iran mungkin kembali dengan semangat Parsi melawan Bizantium pada zaman klasik.

Sebenarnya, dakwaan Trump itu cukup menjengkelkan kerana beliau sedang berusaha menutupi kesilapannya menyerang Iran dan berperanan bagi pihak I-sewel. Trump semakin terdesak untuk membangunkan “line of propaganda” baharu, dengan mengatakan Iran telah meminta damai.

Iran tidak pernah meminta (damai), tetapi USA dan I-sewel yang terhegeh-hegeh untuk berdamai,. Peter Hedgeth disalahkan, John Krushcer salah perhitungan. Tetapi,.yang salah sebenarnya ialah Trump dalam menentukan “national estimate” terhadap Iran.

Iran bukan semudah Libya, walaupun dicuba untuk mempengaruhi puak Kurdish agar melawan IRGC. Ia bukan sebuah perhitungan yang cukup baik untuk membantu walaupun sedia memberikan senjata. Rakyat Iran sebenarnya “tidak mahu dijajah”. Itulah semangat terbesar yang lahir dari jiwa yang kental dalam setiap insan yang dikenali sebagai bangsa Parsi.

Bangsa Parsi tidak mudah diperkotak-katikkan seperti bangsa Arab. Bangsa Parsi tidak pernah takut berperang kerana bangsa Parsi sudah beberapa kali mengukir sejarah peradaban gemilang, baik sebelum Islam mahupun ketika Islam berada pada zaman keemasannya.

Bangsa Parsi juga berjaya melawan Bizantium Timur dan mengalahkan Romawi. Kemudian, semasa zaman keemasan Islam, ia cukup lama berpusat di Parsi (Iran dan Iraq) sebelum berpindah ke Istanbul pada zaman Dinasti Umayyah. Di Istanbul itulah Islam mula beransur-ansur hilang kekuatan apabila mula dipengaruhi oleh sekularisme, yakni pembaratan dalam sistem berkerajaan.

Sebab itu saya cukup tertarik dengan pengamalan seorang wartawan Indonesia, Mustahfa Abd. Rahman yang menulis buku Mengapa Bangsa Arab Terpuruk? (Kompas, 2022). Saya tidak bercadang untuk mengulasnya, sebab ia cukup banyak kesilapan yang berlaku ke atas bangsa Arab sejak Abad ke-19 lagi. Mereka menjadi “tali barut British” yang menawarkan kemerdekaan bila bersedia menentang Utsmaniyah. Arab Saudi termasuk dalam negara yang terpengaruh dan ikut sama hanyut dalam dengungan menolak Utsmaniyah, mahu berkerajaan sendiri.

Akhirnya, Dinasti Utsmaniyah tersungkur oleh gerakan pembaharuan (tanzimat) dari Young Turk, yang dipengaruhi oleh ideologi politik barat. Keruntuhan itu bukan sahaja menjadikan Islam mudah diperkotak-katikkan, bahkan Islam mula dipandang sebagai kuasa yang lemah, tidak bermaya dan ketinggalan arus zaman (pemodenan).

Akhirnya, berlumba-lumbalah untuk pemodenan, dan terlupa, ada sisi yang telah disisihkan. Semuanya mahu jadikan dirinya sebagai ‘burung merak’. Tentunya, “burung merak” itu adalah dalam dakapan estetika barat dan nuansa teknologi mereka. Iran tidak terpengaruh dengan impian untuk menjadi “burung merak’, ingin bangkit sebagai sebuah negara yang kuat, tidak dicucuk hidung oleh mana-mana kuasa. Iran bersedia bekerjasama dengan mana-mana negara yang ada kaedah dan cara menghormati setiap negara: kedaulatan, kebebasan dan kemandiriannya. Hubungan kerjasama yang bersifat saling hormat dan saling memerlukan, bukan dicucuk hidung.

Itulah sedikit sebanyak apa yang dapat kita pelajari dari apa yang telah dan sedang berlaku sekarang. Iran tidak akan tunduk kepada sesiapa, kerana Iran hanya tunduk kepada kuasa Allah. Kata-kata Allahyarham Ali Khamenie sebelum dilaporkan terbunuh, cukup membakar jiwa setiap pejuang dan rakyat kekal menyokong IRGC: dirinya tidak penting, kerana Islam itu lebih penting. “Saya sudah lama cemburu, kerana sudah ramai yang mati syahid. Saya terus berdoa untuk itu.”

Dan, Allahyarham benar-benar mati dalam keadaan syahid, kematian yang sangat dirindukan oleh setiap umat Islam.

Semangat dan perjuangan rakyat Iran tidak mudah luntur sebab mereka sudah dilatih hidup dalam tekanan. Iran cekal hadapi kekurangan dan tanpa kemewahan seperti kebanyakan Muslim di negara-negara Arab. Kekayaan sumber tenaga menjadikan mereka hamba dalam permainan politik barat. Rakyat Iran sudah lama menderita dalam tekanan barat, dan kini mereka bersatu untuk memecahkan “tekanan” biarpun terasa perit dan pahit.

Mereka mahukan negara Iran dilihat sebagai sebuah negara yang berdaulat, dan USA tidak lagi mengepung ekonominya, dan membekukan segala asetnya yang ada. Mereka mahukan USA dan sekutunya kembalikan kesemuanya, hak dan harta Iran yang dibekukan itu. Selagi USA berkeras dengan ‘sanction’, Iran akan bangkit “melawan” tetapi tidak akan memulakan serangan.

Kini, Amerika dan Israel sedang memainkan mesej propaganda, “Kami tidak memulakan perang, tetapi kami akan akhirinya”. Trump berkata, matlamatnya “hampir tercapai”, dan akan tentukan proses damai. Iran sudah membalas, proses damai hanya oleh Iran, bukan USA atau I-sewel.

Ketika ini, pelbagai lelucon, satira, parodi, dan ungkapan-ungkapan sinis tersebar perihal keputusan “bijak” Donald Trump menyerang Iran dan “kemabukan” penasihat-penasihatnya. I-sewel juga tidak kurang galak untuk menyekat sebarang akses, laporan dan berita mengenai kejatuhan regim, kelemahan sistem pertahanan IDF. Tetapi masyarakat antarabangsa cukup faham, dan sudah ada yang berkata: pengganas sebenar ialah Israel, bukan Hizbullah bukan Iran bukan Houthi, dan bukan Palestin.

Sebaliknya, USA dan I-sewel berusaha mengubah rejim pemerintahan di Iran. Ia tidak mudah berlaku seperti di Libya, Mesir, Venezuela, Irak dan sedang dirancang selepas Iran ialah Turkiye. USA selama 40 tahun (1971-2021) telah membunuh lebih 38 juta orang di seluruh dunia atas peranan yang didakwanya sebagai “polis dunia”.

Itu kata seorang ahli akademik yang banyak menulis tentang kekuatan dan pengaruh lobi Yahudi di koridor kuasa Rumah Putih, Prof John J Mearsheimer, penulis bersama (Stephen M Walt) buku The Israel Lobby and US Foreign Policy (2007). Mearsheimer adalah Pengarah Program Kajian Dasar Keselamatan di Universiti Chicago manakala Stephen M Walt ialah Dekan Hubungan Antarabangsa di John F Kennedy School of Government di University Harvard.

Dan, tentunya, dengan mengambil kira tempoh pentadbiran Donald J Trump, angka itu boleh meningkat ke paras yang cukup memperlihatkan, politik dan keganasan adalah dua ‘anak kembar” yang saling mengejar, dan membunuh hanya kerana keinginan memperluaskan ego. Negara yang paling banyak terlibat aktif membunuh ialah USA, maka USA dan I-sewel patut dibicarakan sebagai penjenayah di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Iran mahukan ICJ dan ICC melakukan tindakan keras ke atas Benjamin Netanyahu, kerana sejak meletusnya konflik Israel-Hamas pada 7 Oktober 2023, Setan-jahat sudah melakukan pembunuhan ke atas lebih 72,000 orang penduduk Gaza dan ribuan lagi di Lubnan, Yaman dan Iran.

Sanggupkah PBB berbuat demikian? Keputusan terakhir PBB cuba menyalahkan Iran, walhal pemulanya USA dan I-sewel. PBB seolah-olah sedang bertindak bagi pihak dua negara “penjenayah” yang seringkali menggambarkan mereka adalah mangsa, walhal merekalah pemangsa yang paling kejam, malah lebih kejam daripada Fir’aun (Pharaoh). Setan-yahu lebih kejam dari Hitler dan Trump lebih ambisius dari Napoleon Bonaparte.

KAMARUN KH

Translate »