Setan-yahu (Netanyahu), setan terbesar dalam dunia sekarang yang muncul dalam diri seorang gila dan narsis, tetap akan melakukan kerja gila dan ganas tanpa henti.
Benjol pada otaknya semakin besar tetap menjadi pengawal yang mengarahkan kepada pelbagai tindakan ganas, seumpama anaconda yang terdesak.
Kini, otaknya digunakan untuk menghancurkan Iran seperti dilakukan ke atas Gaza. Tetapi, semua dunia tahu, semangat perjuangan Gaza tidak pernah padam walaupun tanahnya dihentakkan hingga ke kerak bumi. Iran bukan sebuah negeri yang boleh dilakukan seperti Is-sewel lakukan ke atas Tebing Barat, kerana PLO sudah jadi sebahagian daripada alat dan tangan zionis (sejak Perjanjian Oslo 1993).
Hamas muncul kerana PLO sudah berubah menjadi “pelacur berjemaah”. Iran membangunkan kekuatan dalam sekatan dan tekanan, dan tentunya, semangat dan jiwa kental telah lama tertanam. Ia tidak mudah dipatahkan semangat juangnya. Iran benar-benar memahami muslihat dan perangkap kata-kata, gelintar bahasa diplomasi dan senyuman yang diukir tanpa keikhlasan.
Ketika ini, Is-sewel benar-benar awek, kerana Iran boleh sahaja menamatkan riwayat negara haram itu jika tanpa dilindungi oleh Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa Eropah. Kini beberapa buah negara Eropah sudah mula cuak, dan sedar telah lama mereka ditipu. Sekurang-kurangnya Sepanyol sudah berani “melawan” dan mengambil keputusan tegas.
Sepanyol tidak mahu ditipu sekali lagi setelah tertipu ketika berganding bahu menyerang Irak atas alasan memiliki Senjata Pemusnah Besar-Besaran (WMD). Kali ini mereka cuba menjual bahawa Iran sedang membangunkan senjata nuklear. Iran berkali-kali menafikan, tetapi Is-sewel dan Amerika Syarikat tidak rasa bersalah walaupun sudah memilikinya. Mereka salahkan Iran sebagai “pengacau”, akibatnya Timur Tengah tidak stabil.
Hakikatnya, Timur Tengah akan menjadi stabil dan aman sekiranya Amerika Syarikat benar-benar bertanggungjawab sebagai “polis dunia” dengan menangkap Setan-yahu dan nyahkan negara haram Is-sewel. Is-sewellah puncanya, maka cukup ironi bila “polis dunia” melindungi penjenayah, dan menggalakkan penjenayah melakukan aksi ganas, samseng dan bersamaan dengan aktiviti mafia.
Negara-negara Arab juga sedang menanyakan diri sendiri: untuk apakah perlu membenarkan tanah airnya dijadikan pengkalan tentera USA? Saudi seperti menyesal, selain ditinggalkan sisa alatan perang yang rosak, USA sudah menipu, keselamatan sebenar negara sendiri adalah obligasi sendiri, bukan boleh diharapkan kepada orang lain, terutama si penipu yang cukup brutal, Donald Trump. Arab Saudi mula merasai betapa pedihnya bila kena tipu sedangkan Iran sudah lama sedar perangkap sebegitu. ( Baca: https://www.facebook.com/share/p/18F3cziCkD/)
Negara-negara Teluk sudah benar-benar berubah kerana pengkalan tentera dan aset Amerika Syarikat menjadi teluk akibat peluru berpandu balistik Iran. Iran bukan menyerang negara-negara terbabit, tetapi Iran hanya menyerang setiap entiti yang tersenarai sebagai aset strategik si penipu dari keturunan penjajah yang merampas hak dan milik penduduk asal benua Amerika setelah Columbus berjaya menemuinya.
Setan-yahu sebenarnya berguru dengan peradaban kolonial yang membentuk Amerika Syarikat. Ia turut menjadi model dalam menyusun propaganda dan tindakan brutal di Palestin, yang akan dikembangkan ke Iran jika kali ini berjaya menceroboh masuk. Is-sewel bukan sahaja sahabat karib Washington, tetapi berjaya menjadikan penguasa Rumah Putih sebagai “kuda Trojan” bagi mencapai matlamat zionis, New World Order. Itulah kekuatan lobi Is-sewel sejak Amerika Syarikat menang Perang Dunia II (1945).
Sebelumnya, zionis menafikan matlamat tersebut, tetapi kini sudah dibentangkan dengan jelas The Greater Israel, dan dalam perkamusan dasar luar negara, Henry Kissinger sudah memasakkan asasnya sebagai World Order, yang tentunya boleh kita baca dengan rasa benci, marah mahupun kagum bagaimana “lalat kumbahan ” boleh “memerintah dan mengawal gajah”.
Tentunya, untuk menggunakan kaedah yang sama “GENOCIDAL GAZA PLAYBOOK” ke atas Iran bukan sesuatu yang mudah, sedangkan ke atas Palestin yang setelah memasuki tahun ke-79 pun belum mampu, inikan pula Iran yang cukup terkenal dengan semangat dan kekentalan jiwa Parsi.
Semangat Parsi tidak mudah luntur, dan Parsilah merupakan satu-satunya peradaban yang mampu mengalahkan Romawi dan Israel. Itu sejarah. Itu hakikat yang cukup sukar untuk Is sewel terima. Tetapi, Is-sewel terus bermain dengan retorik, propaganda dan segala bentuk pembohongan untuk meraih simpati dunia. Sekarang, dunia tidak lagi bersimpati dengan
Is-sewel, bahkan Adikuasa Amerika Syarikat semakin goyah.
KAMARUN KH
Recent Comments