Tahun lalu, Donald J Trump sangat mengimpikan Anugerah Nobel Perdamaian tetapi hasratnya tidak kesampaian walaupun mendakwa berjaya menamatkan lebih tujuh peperangan yang berlaku.
Dunia terus mementaskan rasa sinis dan curiga terhadap Trump kerana beliau tidak ada satu pun petunjuk yang boleh dibanggakan sebagai seorang yang layak diberikan anugerah tersebut.
Sebelumnya, beliau meletakkan gencatan senjata yang berlaku antara Hamas dan Israel dalam konflik yang bermula 3 Oktober 2024 sebagai kejayaannya yang besar, kerana mengugut akan “membakar Gaza” jika tidak berjaya diselesaikan sebelum mengangkat sumpah bagi penggal kedua pada 20 Januari 2025.
Dipersetujui gencatan senjata mulai 19 Januari 2025, tetapi perang benar-benar belum berhenti. Israel terus mengganas, seolah-olah tidak ada apa yang boleh mengganggu atau melambatkan tindakan penghapusan etnik dan genosid di Gaza. Benjamin Netanyahu menjadi semakin besar kepala sebaik sahaja Trump mengangkat sumpah dan beliau merupakan pemimpin asing pertama yang bertemu di Rumah Putih sebulan kemudian.
Sebelum bertemu Trump, Netanyahu berbincang penuh harapan dengan Elon Musk yang dilantik sebagai ketua penasihat reformasi pentadbiran Amerika Syarikat (yang tidak bergaji) dan diberikan tempat di sebuah jabatan yang dinamakan Department of Government Efficiency (DOGE).
Trump mempunyai akses yang meluas dan boleh memeriksa fail-fail rahsia dengan tujuan mendapat input bagi memberikan nasihat kepada Trump. Akhirnya, beberapa perubahan dibuat. Antaranya mengurangkan bilangan penjawat awam, memansuhkan Jabatan Pendidikan dan fungsinya diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan dan negeri.
Namun, di akhir tempoh jawatannya selama enam bulan, Elon Musk muka berkrisis dengan Trump. Elon Musk mula mengkritik beberapa dasar yang diputuskan Rumah Putih, terutama berkaitan dengan ICE – Immigration and Custom Enforcements. Dasar ini akan menyebabkan Amerika berhadapan dengan masalah pekerja kerana ia akan menghalang kemasukan pekerja asing dan juga boleh membantut pengeluaran produk.
Selain itu, harga produk Amerika akan menjadi semakin mahal kalau pun tidak ada penolakan daripada beberapa buah negara sebagai langkah tindak balas Perang Perdagangan. Trump berusaha keras untuk memaksa firma-firma Amerika agar kembali melabur di dalam negara dan menghentikan operasi pengeluaran di negara asing. Ia sebagai langkah untuk membina semula ekonomi domestik dan pengeluaran produk dalam negara.
Hasrat itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah bahkan dasar tarif timbal balas turut menjadikan produk tidak dapat bersaing akibat kos berganda. Kanada dikatakan cuba mempengaruhi firma Amerika Syarikat untuk membuka kilang mereka setelah memindahkan operasi di China, Vietnam mahupun India.
Selain kos buruh yang tinggi, Amerika berhadapan dengan masalah tenaga elektrik apabila Kanada yang selama ini menjadi sumber utama ikut berusaha meningkatkan harga sebagai reaksi dikenakan tarif timbal balas. Lebih separuh tenaga elektrik dibeli daripada Kanada.
Walaubagaimanapun, setelah beberapa bulan tarif timbal balas dilaksanakan, keputusan yang mencabar Kuasa Eksekutif yang ditandatangani oleh Donald J Trump akhirnya menjadi isu yang cukup besar. Berbilion dolar yang telah dibayar itu wajib dikenalkan kepada negara terbabit, sebagaimana diputuskan oleh mahkamah.
Kuasa Eksekutif tersebut diputuskan tidak sah. Ia menjadi tamparan hebat tentang kuasa seorang Presiden yang dikatakan cukup autokratik. Menurut peruntukan undang-undang, cadangan itu perlu mendapat kelulusan Kongres dan Dewan Senat terlebih dahulu sebelum dilaksanakan. Trump tidak melakukan proses tersebut.
Penguatkuasaan Kastam memberikan implikasi yang cukup besar, terutama beberapa produk penting dalam teknologi. Musk mula risau dengan sekatan tersebut, industri automotifnya semakin bermasalah kerana komponen asas bateri kereta elektrik, mikrochips dan wafer, apabila Trump mula menetapkan tarif timbal balas.
China yang mengawal sekitar 80 peratus industri bahan nadir bumi (REE) mengambil langkah tegas, tidak lagi akan mengeksportnya sebagai langkah tindak balas terhadap Perang Perdagangan yang dikenakan. Dunia menjadi tercengang besar apabila hampir kesemua produk yang dibawa masuk ke Amerika Syarikat dikenakan sekatan melalui tarif timbal balas yang sebelum ini tidak berlaku.
Trump turut berhadapan dengan kaitan dan skandal setelah Files Epstein menjadi kontroversi. Jeffrey Epstein merupakan seorang broker kewangan dan ikut terbabit dalam menawarkan skandal seks kepada mana-mana pemimpin politik. Beliau telah meninggal dalam tahanan pada tahun 2019. (Baca: https://www.facebook.com/share/p/1BA41S8y6g/).
Butiran pembabitan beberapa orang pemimpin politik seluruh dunia mula terbongkar, dan Trump dikatakan sebagai salah seorang kenalan Epstein yang pernah menggunakan khidmat muncikari itu.
Serangan ke atas Iran kali kedua setelah serangan 13 hari pada bulan Jun tahun lalu dilihat sebagai satu tindakan politik untuk mengalihkan isu pembabitannya dalam fail Epstein. Itulah sebabnya Trump cukup bersungguh-sungguh untuk meruntuhkan Iran dengan harapan, akan dikenang sebagai “penghancur” kebimbangan terhadap kekuatan dan kebangkitan semula Islam.
Kebangkitan semula Islam yang bermula pada tahun 1979 benar-benar menjadi cabaran terbesar kepada Pan-American atau dikenali sebagai Amerikanisasi. Negara-negara Islam mula mencari dan membentuk sistem ekonomi dan kewangan berdasarkan paruh syariah, selain meletakkan setiap produk yang dibawa masuk ke negara tertentu mesti mempunyai tanda halal. Walaupun tidak semua produk mempunyai label terbabit, industri halal menjadi cabaran yang perlu dihadapi oleh banyak negara sekiranya produk mereka ingin memasuki negara majoriti umat Islam. Umat Islam semakin peka terhadap asas-asas tersebut.
Perdagangan produk halal di seluruh dunia sedang berkembang pesat, dan tentunya sebahagian produk akan ditolak oleh pengguna Muslim sekiranya tidak mempunyai tanda halal. Ia mesti melalui piawaian yang bertepatan dengan keperluan syariah dan dikeluarkan agensi yang dikendalikan oleh umat Islam. Ini menjadikan sebahagian produk tanpa sijil halal akan terus dipersoalkan apabila dijual di beberapa buah negara. Amerika Syarikat cukup merasai kesannya yang sangat ketara, dan ia ditambah dengan kempen BDS- Boycott, Deinvestment and Sanction yang dilancarkan sebagai kaedah bukan perang terhadap produk jenama yang menyumbang kepada Israel. Sumbangan itu digunakan untuk melakukan genosid ke atas Palestin.
Setelah serangan ganas Israel ke atas Gaza yang disokong dan dibantu oleh Washington, BDS menjadi semakin ditakuti oleh jenama tertentu sehingga ada yang mengalami kerugian ketara serta terpaksa ditutup operasinya. Sebahagian besar ialah pemilik makanan segera (fastfood). Beberapa outlet atau francaisi telah dihentikan akibat sentimen Umat Islam yang berpatah arang dengan pemilik makanan antarabangsa menyumbangkan makanan kepada IDF yang cukup brutal dan ganas.
Kesemua isu ini menyebabkan Trump pening kepala memikirkan bagaimana merealisasikan Make America Great Again (MAGA) di tengah-tengah kebangkitan China sebagai pencabarnya. China bukan sahaja berjaya membebaskan ratusan juta rakyatnya dari belenggu kemiskinan, bahkan semakin membina rangkaian bilionernya sendiri. Perjuangan rakyat China dalam memakmurkan ekonomi negara bukan atas penonjolan peribadi, tetapi atas keinginan untuk menjadikan semua produk dan sistem pengurusan kewangan serta perdagangan tidak lagi bercorak rejim barat yang terkenal dalam pelbagai bentuk diskriminasi dan dikawal oleh oligarki.
Sebab itulah tidak ramai yang mengetahui siapakah yang memiliki jenama besar produk China. Ia berbeza dengan masyarakat barat, sangat diagung-agungkan kecekapan individu dalam menguruskan lonjakan keusahawan mereka, seperti masyarakat dunia lebih mengenali Elon Musk, Bill Gates, Steve Job, Larry Page, Marc Zuckerberg daripada pengasas Tik Tok, pencipta Deep Sake, pemilik BYD, pembangun jenama Oppo, Vivo mahupun pemilik platform e-dagang Temu. Kisah pemilik dan penguasa e-dagang Alibaba menjadi pengajaran besar dalam nilai budaya China, sebab itu mereka tidak menonjolkan diri dan bekerja keras untuk mencabar teknologi barat. Jepun kini semakin bermasalah dan kedudukannya semakin jauh ketinggalan daripada China bahkan Jepun dilihat semakin cuba menjauhi hegemoni Amerika Syarikat.
Percaturan sedemikianlah yang menjadi tunjang penentangan Trump sehingga beliau dilihat cukup agresif dan keras kepala. Siapa pun yang cuba menasihatkannya, akan dianggap sebagai sesuatu yang tidak patriotik. Contoh yang cukup jelas ialah bagaimana Trump memberikan amaran kepada Elon Musk untuk tidak lagi melindungi produk di bawahnya termasuk Space X dan Starlink yang menerima geran kerajaan.
Musk akhirnya berusaha untuk menubuhkan sebuah parti baharu. Musk turut “diancam” untuk dihalau keluar dari melakukan perniagaan di Amerika Syarikat sekiranya terus mengkritik keputusannya (Trump). Musk dilahirkan di Afrika Sekatan tetapi membina kekayaan sehingga muncul sebagai manusia terkaya di dunia ialah di Amerika Syarikat. Musk juga pernah terbabit dalam pelan pembangunan semula Gaza sebagai Reviera Timur yang dianjurkan oleh Trump. Setakat ini pelan pembangunan semula Gaza sebagai lokasi serba mewah terhenti seketika, tetapi Trump penuh yakin akan tetap dilanjutkan apabila Board of Peace mula mengambil posisinya di Gaza.
Board of Peace menjadi blueprint Trump untuk menguasai Gaza. Trump memikirkan adalah lebih mudah menguasai Gaza berbanding memiliki Greenland dan menawarkan Kanada berdaulat di bawah kesatuan Amerika Syarikat. Potensi untuk berjaya di Gaza sudah dibayangkan kerana Israel tidak pernah berhenti membunuh dan menghentak kerak bumi Gaza, sedangkan untuk berhadapan dengan Kanada dan Denmark, ia boleh menjadi cukup sukar. Jadi, sebab itulah Trump cukup memberikan tumpuan untuk membelasah Iran, kerana Iran merupakan satu-satunya negara yang mempunyai kekuatan senjata dan terus membantu perjuangan rakyat Palestin, terutama Hamas.
Bagi melumpuhkan Hamas, pada perkiraan Mossad, Iran perlu dihancurkan terlebih dahulu sebagaimana Bush Jr lakukan ke atas Iraq. Iraq juga merupakan negara yang cukup kuat mendokong Palestin, dan menolak hegemoni Amerika apabila Saddam Hussein berkeras intim tidak menggunakan dolar dalam urusan menjual minyak. Setelah Saddam dibunuh, sasaran seterusnya ialah Muammar Gadafi, kerana Gadafi adalah seorang pemimpin yang cukup lantang mengkritik dasar luar Amerika Syarikat. Gadafi bersama Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad pernah mengecam PBB yang dilihat cukup lantang bercakap tetapi tunduk kepada kehendak Amerika. lantaran itu, Gadafi menjadi sasaran kerana Gadafi juga tidak lagi mahukan menggunakan dolar bagi eksport minyaknya.
Hak ini dapat dilihat dengan jelas kata-kata Trump ke atas bekas Presiden Amerika Syarikat. Trump mengatakan Presiden sebelumnya gagal dalam “memetakan proses damai” kerana tidak memberikan keutamaan besar terhadap Israel, dan kadangkala terpengaruh dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB. Trump tidak gentar, bahkan mengancam keluar sebagai anggota PBB dan menyekat semua bantuan kepada mana-mana organisasi di bawah PBB. Trump marah kerana ICJ sudah mengeluarkan waran tangkap ke atas Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Galant.
Trump juga marah apabila Francesca Albanese mengeluarkan laporan Israel telah melakukan genosid ke atas Palestin. Trump juga marahkan Nicolas Maduro, Presiden Venezuela yang ikut berdemonstrasi di New York ketika hadir di Majlis Keselamatan PBB, dan kerana itu tindakan perlu dilakukan. Hakim yang membuat keputusan mengeluarkan waran tangkap dikenakan larangan daripada memasuki Amerika Syarikat manakala Nicholas Maduro diculik di kediamannya di Caracas pada awal tahun ini (3 Januari 2026).
Beliau dan isterinya ditahan di Amerika atas dakwaan terbabit dalam perniagaan dan pengedaran dadah ke Amerika Syarikat. Suatu tuduhan yang disengajakan bagi melemahkan kemarahan masyarakat antarabangsa sebenarnya, Trump melaksanakan agenda besar yang kemudiannya dijelaskan, penangkapan Maduro adalah kaitannya dengan penjualan minyak ke China. China mendapat bekalan minyak yang murah dari Venezuela dan urusniaga tidak dilakukan menggunakan dolar.
Pada perkiraan Trump, selagi China mendapat bekalan minyak yang murah, selagi itulah China akan kekal menjadi pencabar hegemoni Amerika Syarikat. China juga merupakan negara peneraju BRICS yang semakin menjadi punca kelemahan ekonomi Amerika Syarikat, kerana selain menawarkan harga produk yang lebih rendah, keupayaan teknologi China ikut mencabar kehebatan Amerika Syarikat dan corak pelaburan agresif China yang disokong oleh agensi pelaburan milik negara.
Amerika melihat, jika ekonomi China kekal positif, keupayaannya akan sukar untuk melawan dan meletakkan semula dominasi ekonomi. Ini kerana kekuatan ekonomi akan mempengaruhi kawalan politik dan strategi, maka sasaran kedua ialah dengan menyerang Iran secara intensif. Iran menjual minyak dengan banyaknya ke China dan menjadi rakan perniagaan, kerjasama tentera yang cukup besar manakala Rusia membantu dari aspek pemodenan sektor nuklear dan latihan saintis.
Selepas berjaya menahan Maduro, Trump percaya dengan menukarkan rejim pemerintahan di Iran, semuanya akan dapat dikawal dan akan melumpuhkan ekonomi China. China akan berhadapan masalah mendapat bekalan tenaga, tetapi, ramalan Trump tidak tepat sepenuhnya. China masih mempunyai penjual dan pembekal gas yang mampu menghidupkan industrinya, iaitu Rusia. Namun, perhitungan Trump mempunyai konsekuensi yang cukup besar, kerana Trump memang sudah dikategorikan sebagai seorang yang tidak peduli apa pun, kecuali hukum akalnya sendiri.
Dalam menegakkan MAGA Trump bersedia dengan apa sahaja kemungkinan, namun setiap perhitungannya penuh tipu daya dan muslihat. Walaupun berhadapan dengan pelbagai tekanan dari rakyatnya sendiri Trump tidak peduli. Begitu juga kritikan yang dibuat oleh Obama, sehingga ada yang meramalkan bakal mencabar pencalonan semula Trump untuk Pilihan Raya Presiden 2028. Ilham Omar sudah menyatakan hasratnya untuk menawarkan diri sebagai calon presiden manakala Trump kekal dengan kegilaannya.
Bila mahkamah memutuskan tarif timbal balas tidak sah, Trump memberikan solusi baharu dengan mengenakan kadar 10 peratus dan ditingkatkan ke 15 peratus kepada semua negara yang mengeksport ke Amerika Syarikat. Namun dalam peperangan dengan Iran, nampaknya Trump seperti kebingungan memikirkan keengganan Iran untuk berdamai. Sangka Trump dengan terbunuhnya Ali Khameini, dan kemudian Alireza selepas tujuh jam mengambil alih Majlis Kepimpinan Interim, Iran akan menjadi lemah. Sangkaan itu sangat meleset.
Kemelesetan harapan itu ikut meruntun ego Trump yang mendakwa teknologi perangnya tidak ada gandingan oleh mana-mana negara di dunia. Hasilnya, kecanggihan USS Abraham Lincoln yang dilengkapi sistem keselamatan berlapis-lapis telah berjaya dihentam oleh empat peluru berpandu Iran. Kapal pengangkut yang berharga hampir seratus bilion dolar terpaksa dikeluarkan dari medan pertemuan di Selat Hormuz dan dilaporkan berada di Laut Merah.
Trump juga bingung apabila pengkalan tentera, kapal perang Amerika berjaya dihentam peluru berpandu dan dron IRGC, bahkan merungut semakin kekurangan logistik. Saka ego Trump terus berkata, peperangan ke atas Iran akan berlanjutan selama enam minggu, Iran sebalinya tidak menyatakan ketakutan. Keberanian tentera IRGC semakin memuncak apabila laporan menyatakan Amerika dan Israel semakin melemah akibat tidak mampu memahami strategi perang yang dilakukan oleh Iran. Iran melancarkan peluru berpandu berlapis-lapis sehingga kecanggihan Iron Dome dan teknologi radar tidak mampu mengesan kehadiran peluru berpandu balistik dan hipersonik Iran.
IRGC terus menyerang Tel Aviv sehingga bandar raya itu dilihat bakal diedarkan sepenuhnya sebagaimana IDF lakukan ke atas Gaza. Strategi perang Iran kali ini cukup berbeza dengan apa yang dilakukan dalam serangan balas pada bulan Jun tahun lalu, bahkan beberapa peluru berpandu yang lebih canggih mula digunakan. Bahkan, Amerika dan Israel kebingungan apabila muncul peluru berpandu dari dalam air, yang turut berjaya melumpuhkan beberapa buah kapal perang Amerika Syarikat. Atas kecekapan itu, Trump mula memberikan “lines of propaganda” bahawa serangan ke atas kapal perang adalah sesuatu yang tidak wajar, tetapi jika kapal perang menembak Iran ia adalah hal yang wajar. Ia sudah menampakkan kenanaran minda Trump dalam berhadapan dengan bayang-bayang gilanya sendiri.
Trump setakat ini belum mahu melaporkan jumlah kematian tenteranya, tetapi berbangga berjaya membunuh Ali Khameini. Ia mungkin sebagai satu bentuk hiburan bagi menenggelamkan rasa kecewanya kerana kecanggihan teknologi keselamatan USS Abraham Lincoln telah berjaya dirobek oleh hanya empat buah peluru berpandu Iran yang tidak semahal harga sebuah pesawat F 15. Tiga buah pesawat F 15 juga dijayakan tersalah tembak oleh Qatar manakala beberapa buah lagi tidak dapat dikawal apabila cuba menerjah udara.
Perang yang sudah memasuki hari kelima dilaporkan memaksa Trump berbelanja besar sehingga melangkaui tiga trilion dolar. Tentunya, rakyat Amerika sekali lagi akan mempersoalkan bajet yang digunakan, kerana mereka tetap menganggap ia adalah suatu kegilaan yang tidak boleh dimaafkan. Trump yang memulakan serangan ke atas Iran, bukannya bertindak balas atas serangan Iran. Amerika yang memulakan, dan ia cukup memalukan Trump sendiri yang menggelarkan dirinya “pendamai”; dan jika ada anugerah dunia terhadap “orang gila perang” Trump mungkin menjadi orang pertama pemenangnya manakala Benjamin Netanyahu, pemenang anugerah “ketua mafia dan genosid moden”.
Apa pun, dunia akan tetap melihat Trump adalah seorang yang paling gila dalam sejarah politik Amerika, dan manusia paling narsis abad ke-21. Semoga Allah memberikan kemenangan jerih keringat, kekentalan semangat juang dan kecekapan strategi perang Iran yang berjaya mengelirukan Amerika-Israel. Dalam ego yang tinggi Trump dan Netanyahu akan diberikan pengajaran yang cukup berharga oleh Allah SWT sebagaimana kita tahu kegilaan Rasputin, Napoleon Bonaparte, Adolf Hitler, Yitzhak Rabin, Ariel Sharon, Pol Pot, Ferdinand Marcos dan Slobodan Milesovic, mereka meninggal dengan nama yang buruk, walaupun awalnya dilihat sebagai tokoh.yang hebat dan berkarisma.
Namanya menjadi rujukan kejahatan kutukan kerana penyudah hidupnya tersangat buruk. Trump dan Netanyahu akan diingati sebagai penghuni planet bumi yang paling ganas dan gila perang untuk dekad kedua Abad 21, abad yang dilihat sedang meleburkan peradaban Amerika apabila dipimpin oleh “orang bodoh yang berlagak pandai”.
KAMARUN KH
Recent Comments